Pages

Sunday, February 16, 2014

Sejoli... Siapa cantas cinta siapa?


Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan kekasih 'perampas' pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? 
Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah CUN dan OMBAK RINDU, Osman Ali bersama Ikhwan Sha. 


Filem bergenre romantik komedi ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Phuket. Keindahan Phuket diterapkan secara visual untuk melengkapkan skrip dan penceritaan filem ini. Gabungan pelakon handalan seperti Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak dan Izara Aishah dipercayai dapat menyuntik kemahuan penonton wayang untuk menonton filem tempatan kita selepas ketandusan kutipan jualan tiket yang telah disaksikan pada tahun 2013. 

"Harapan terbesar saya adalah untuk mengembalikan semangat dan kepercayaan penonton kita kepada filem-filem tempatan. Para penerbit dan pengarah kita perlu bersatu untuk terus memastikan industri kita tidak ditenggelamkan arus deras filem-filem antarabangsa", ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance apabila ditanyakan akan harapannya bagi filem SEJOLI ini. 

Sejoli membawa penonton mengikuti perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phiket setelah hancur hatinya setelah ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa hendak bertolak ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak). Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta. 

Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing. 

Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir dengan bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompi (Azad Jazmin) sehingga tiba hari pernikahan Nita dan Hardy. 

Berjayakah misi mereka? Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan? Saksikan filem pembuka tirai tahun baru bagi Grand Brilliance, SEJOLI, mulai 20 Februari di pawagam berdekatan anda. 

 
Para pelakon Sejoli bersama penerbit dan pengarah

Wednesday, February 12, 2014

Empat kali Histeria! (Bakal bertambah..)



Yang sebenarnya, aku sudah pun mengarang review untuk filem ini seusai menonton untuk kali kedua ketika Malam Gala sebulan yg lepas namun sehingga sekarang masih belum sempat untuk di 'publish'. Mungkin juga aku mahu menunggu sehingga tarikh tayangan sebenar dan melihat feedback dari para penonton yang lain. Namun masih belum di 'publish' lagi walau sudah empat kali ku tonton kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja dan event yang berkaitan dengan ofis. Ok itu cerita lain.

Malam Gala Kami Histeria

 Ya, sudah empat kali aku menonton filem ini. (Setakat entry ini ditulislah. Dan bakal akan jadi lebih dari empat kali selepas ini.)

Cik Lang bersama Fazbulous Warriors nya :)

#FazbulousT boleh didapati di butik kepunyaan Fazura,
"House of Doll (@myhouseofdoll) dengan harga RM59.90.
Setakat ini hanya ada long sleeve sahaja.


Tumbler Kami Histeria. Jangan jeles. Hiks.

So, ini dari sisi pendapat aku yang sudah menonton sebanyak empat kali. (Perlu ke nak mention banyak kali atau mahu cukup quota sampai empat kali disebut?)
Ya, pertama ketika menonton pada Malam Apresiasi Filem di UiTM Shah Alam pada 12 Disember tahun lalu, yang kedua adalah ketika Malam Gala pada 15 Januari yg lepas, ketiga pula merupakan Special Screening yang diadakan oleh pihak produksi bersama peminat-peminat bertuah termasuklah aku yang sangat bertuah terpilih di antara 30 org Fazbulous Warriors pada malam Rabu 5 Feb sehari sebelum tarikh sebenar Kami Histeria dimulakan tayangan perdanya untuk satu Malaysia. Dan yang ke empat pula ketika menonton bersama rakan-rakan Fazbulous ku yg tetiba sahaja terserempak di KLCC di mana aku telah terkantoi mahu menerjah @missfazura yang dikatakan membuat terjahan lawatan wayang bersama 2 orang pelakon Kami Histeria di TGV KLCC itu. U terjah peminat, I terjah U balik. How sweet. Heheheh.


Ish. Panjangnya cerita mukadimah.

Mari masuk ke bab utama. Review.

Ok. Ehem. Kalau ada sedikit bias, abaikan ye. Jujur lah maksudnya itu.

Sebut tentang jujur, jujur ku katakan ketika mendapat tahu @missfazura kesayangan ku (dah mula dah bias dia)  terlibat di dalam filem Kami Histeria ini, aku menyangkakan yg beliau akan membawa watak salah seorang gadis yang tersampuk histeria. Hehe, maaf. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali, malah aku sangat teruja. Yelah, jadi langsuir yg cun melecun tu. Siapa yg taknak tengok kan. Bukan manusia je,  hantu raya pun confirm nak ngorat punya. Ok lagi sekali bias, tapi memang betul apa? Korang teruja tengok filem ni sebab Cik Lang kan, kan?



Sebelum aku review, meh aku cerita serba sedikit perjalanan kisah yang terjadi dalam band Histeria ni. Sikit ke? Banyak kot.. Haha.

Bacalah..

Aku tertarik melihatkan prolog yang dimulakan dengan kisah pekerja kedai mamak yang menghuni di satu apartment dihantui dengan bunyi-bunyian menyeramkan. Suara siapakah ittew? Paling menarik di sini ialah cara editor motion graphic designer (terbaiklah John Hafiz! Okay, sedikit salah faham kat sini. Semalam bermesej dengan John Hafiz, editor KH yg hebat di Instagram dan beliau memberitahu ini adalah kerja motion graphic designer. Yup, memang hasil yang terbaik! ) menyusun wording alih bahasa yang membuatkan aku tertanya beliau menggunakan effect apa ye? Nak jugak la buat mcm tu. (Ala2 seperti ternampak kawan kau post satu gambar yg cool di Instagram lalu gigih menanyakan apps apa yang beliau gunakan. Lol!) Ending prolog ditamatkan dengan wajah Sathia menjerit ketakutan bagai ternampak sesuatu yg mengerikan sangat menerujakan aku untuk tahu apa yang dia nampak sebenarnya? 

Selepas itu disambung permulaan intro 'credit montage' yang sangat catchy dengan lagu latar belakang yang rancak berirama rock & roll di mana tajuknya juga "Hidup Mati Rock & Roll" berserta editing graphic dan typography yg cool. Seriously, John motion graphic designer, u guna software n effect apa ek? Hahahaha.

Intro montage yang rancak habis (masa ni kaki aku tak stop menghentak sebab lagu dia best sgt - sori la kalau org sebelah aku rimas sebab bergegar2, Lol) dan dimulakan dengan babak kumpulan Histeria yang berpindah masuk ke apartment baru, eh salah. Laila kata Flat. Okay. So diorang pindah masuk ke flat baru yang tak la baru sangat dan mula berkenalan dengan seorang mamat cute yg bernama Pit yang happen to be their neighbour yang si Airin rasa terpikat pada pandangan pertama. Eceh. Kemain si Airin ni ye. Baik sangat la budak Pit ni sampai diorang buli-tapi-Pit-rela tolong kemaskan dan cuci satu rumah yang ditinggalkan begitu saja oleh pekerja mamak sebelum tu.



Setelah seminggu diorang mendiami rumah tu, masih tiada apa yang pelik berlaku. So one night, they decided to start jamming. Namun, sebelum bermula, mereka terdengar satu bunyi mengilai yg menyeramkan. Tapi diorang saja buat-buat tak dengar sebab malas nak melayan benda-benda gitu. Anggap tak berlaku je lah. So diorang pun teruskan jamming untuk rekod lagu baru. Esoknya ketika Jojo nak upload video diorang ke Youtube, dia terdengar suara mengilai yg dah dirakam bersama dgn lagu baru diorang tu. Erkk, suara siapakah ittew? Mereka mula cuak dan Laila teringat kata-kata Pit ketika dia turun membeli breakfast pada pagi itu yang menurutnya itu adalah suara Langsuir yang dah jadi kebiasaan pada penduduk di sekitar flat tersebut. Airin dan Jojo teragak-agak nak meng-upload namun ditegah Bad. (kat sini dah nampak point utama keseluruhan cerita, di mana kalau Bad tak degil mcm ni, tak jadi lah cerita ni dan tak wujud lah Cik Lang kesayanganku itu. Sob sob. Maka, bravo Bad! Haha) Laila pun menurutkan kata Bad dan menyuruh Jojo meneruskan upload walaupun mereka berasa sangsi dan seram.

Tak disangka-sangka, lagu yg diberi nama "Muzik" yang dicipta oleh si Peanut yang pendiam itu meletop-letop macam keropok lekor yang digoreng dalam minyak panas menggelegak. Memang betul #MatiMatiMestiLetop lah. Sedangkan lagu kedua "Pujaan Hati" milik si Bad yeng keras hati direkod mereka tanpa "perisa tambahan" kurang mendapat sambutan sedangkan lagu tu lagi sedap. Aku pun berpendapat yang sama. Lagu ni sangat menonjolkan vokal Laila. Rupanya ramuan istimewa bunyi-bunyian tu yang membuatkan lagu tu meletop. Bad memberi cadangan supaya memasukkan ramuan istimewa tu ke dalam setiap lagu diorang. Tp geng yang lain tak berapa bersetuju sebab.. Ye la gila ke apa? Kau nak masukkan suara langsuir dalam lagu. Femes la langsuir tu nanti. Kesian budak-budak Histeria ni takleh cari makan especially vokalis diorang si Laila. Ada gak yang kena tendang dari group plak karang pastu si Langsuir plak sign kontrak amik alih jadi vokalis baru. Eh ni dah lain ni. Hehehe. Salah, salah.. Takde dalam tu pun. Saje menambah-nambah :P Anyway diorang tak setuju cadangan gila tu namun setelah disogok dengan kata-kata manis si Bad yang menurut dia ini je lah jalan singkat untuk diorang famous n berjaya. Ingat senang ke indie band nak famous? Susah wey. Bad nampak semacam tamak di situ tapi bila fikir logik, betul jugak cakap dia. Dan separa logik bila masuk bab nak memasukkan suara langsuir tu. Setelah puas menunggu ketibaan suara magis nyanyian langsuir yang tak kunjung bersiaran, they decided to see the banshee and ask by themselves. Angkara si Bad la jugak ni, kalau ikutkan 4 yang lain jadi kepala, memang haram sampai mampus pun takkan pergi. Diorang semua penakut nak-nak si Jojo. Nampak je kental & macho tapi.. Tikus pun geli! Acaner tu bro? Hehe. Tapi main game tembak hantu berani pulak kau kan. Tau la tu game je. Kui kui kui!

Laila & Bad sentiasa tak sehaluan.


Sesampainya diorang di hutan belakang flat tu, Bad menggunakan jampi serapahnya dengan harapan Cik Lang keluar menunjukkan diri. Sekali tak datang-datang. Rupanya si Bad guna jampi serapah yang dia jumpa dalam internet. Hek eleh.. Ye ye je kau Bad. Ntah apa je yang kau baca, suka suki kau je. Patut la tak keluar Cik Lang kesayangan aku tu. Tak pasal-pasal terjadinya pergaduhan mulut secara minimal antara si Bad dan Laila kat situ dan tetiba ada benda jatuh lalu berterabur dan lintang pukang la diorang cabut lari. Lari punya lari entah macam mana diorang terjatuh dari bukit yang menyebabkan si Airin terseliuh kaki. Dalam masa yang sama, Bad ternampak sebuah rumah usang di mana itu lah rupanya kediaman Cik Lang yang mereka cari-cari selama ini. So kiranya jampi serapah Bad menjadi jugak la kan walau pun tak muncul tang tu jugak.

Ternganga nampak Cik Lang yang gorgeous!

Uiiiihh,  bila berjumpa depan-depan, lawa bebeno la Cik Lang yang sorang ni. Gedik-tapi-hawt pulak tu. Asal dari utagha rupanya, camana la hangpa boleh tersesat kat Sri Gombak naa? Bad memberanikan diri memberitahu tujuan asal mereka ke situ. Cik Lang berasa sungguh teruja kerana tak sangka budak-budak perempuan indie band ni berhajat nak memasukkan suaranya ke dalam lagu diorang. Mesti la seghonokk, jadi retis la dia lepaih ni. Mana pernah Langsuir jadi retis kan? Kalau kat oversea, dari filem dracula dan pontianak je yang glamer. Kesian Cik Lang. Kat Malaysia ni dia la langsuir cantik pertama yang berhajat nak jadi penyanyi. Boleh masuk Malaysian Book of Records nih.
Tapiiiii, bukan semudah itu ye wahai budak-budak Histeria. Hangpa ingat senang-senang ja hangpa nak dapat fame (bukan frame ye, jangan salah baca hahaha) dengan percuma? Ye laa, kat dunia ni mana ada benda percuma, masuk toilet pun kena bayaq tau. *hint hint*

Dah janji, kena la bayaq naa..

Haaa. Sebut pasal bayaq, apa kata korang pi sambung tengok kat wayang cerita ni. Apa yg jadi kat budak-budak Histeria ni? Berjaya ke jadi famous? Apa kaitan Afdlin Shauki dengan KitKat? Haaa.. Yg hat tu la hangpa kena pi terjah wayang. Cheq jamin, duit tiket yang hangpa bayaq sangat berbaloi dengan filem yang hangpa bakal tengok ni. Choiii! Mesti korang frust, dah sedap2 baca tapi cerita tak habis kan? Bukan taknak habiskan, kalau cerita detail sangat kang semua taknak tengok kat wayang sebab dah tahu cerita. Kang aku kena marah dengan tuan pengarah Shamyl Othman sebab cerita detail sampai habis. Naik histeria dia kang terus bertukar jadi Cik Lang versi jantan. Hiks. Serius korang kena tengok, baca je tak best. Kena ada audio visual, baru best.

Ok dah sampai bab review. Actually tak banyak yang aku dapat cakap sebab sama je seperti org lain yang dah tonton, di mana rata-rata semua bagi feedback kata cerita ni best giler. Memang betul pun! Aku setuju lima ratus peratus sampai seribu peratus. Overnya. Hahaha. Dah memang best, nak buat mcm mana? Kalau ada yang kata tak best, sila tinggalkan komen kat sini. Sila bagi reason yang valid. Nanti aku cuba forward kat production. Tapi make sure la kritikan membina. Kalau setakat komen sebelum tengok, baik tak payah. Ibarat orang tak kenal kau tapi tuduh kau macam-macam as if dia tinggal dengan kau seumur hidup. Mesti sakit hati kan. Gitew la ibaratnya mengutuk filem yang kau belum tonton. Sejujurnya bila dah tonton banyak kali ni, aku cuba la juga nak cari flaw, tapi tak jumpa. Mana kau menyorok hah?? Sakit hati betul tak jumpa. Hahaha..


Filem ni pada pandangan aku banyak menyentuh tentang friendship. Banyak isu yg realistik as loyalty, bermuka-muka/talam (maybe this part was portrayed as a symbolic - yg dah tengok maybe akan faham - part Pit bersemuka dengan Laila & Badariah dalam waktu yang sama, walaupun part tu... takleh kasi spoiler kat sini, korang kena fikir sendiri, heheheh..), backstabbing, some points yang sentiasa play big part in a friendship. Tak kira lah kawan berdua ke, bertiga ke, beramai ke.

Anyway, seperti yang korang tahu, filem ni adalah dari hasil produksi Red Films (a sub-company for filmmaking under RedCommunications, di mana lakonlayar/cerita asal dan skrip ditulis oleh Rafidah Aziz (eh bukan, tu mantan menteri MITI daa) Cik Rafidah Abdullah yang semakin cun sekarang yang lebih dikenali melalui rancangan 3R, dan hasil kerja beliau di temui dalam filem dan drama siri Gol & Gincu (Oh My Gucci! Terbayang muka gedik @missfazura kesayangan. Ok bias lagi, hihi), filem Istanbul Aku Datang, Pisau Cukur dan lain-lain. Laaaa no wonder la best giler. Kan aku dah kata best, taknak caya. Hahaha. Dari segi actingwise, tak payah cakaplah sebab Shamyl yang merupakan anak kepada pengarah Othman Hafsham ni sendiri melatih hampir kesemua pelakon selama sebulan. Serius, kalau korang tengok, setiap lakonan diorang tak nampak kaku langsung pun. Setiap watak diberi perangai dan kebolehan masing-masing. Laila dengan perangai mengalah dia tapi boleh menyanyi, Bad dengan perangai keras hati-degil nak mati-tapi ada rasa sense of responsibility terhadap kawan-kawan, Peanut pendiam tapi kreatif, hampir kesemua lagu dia yang tulis. Si Airin dengan perangai gedik-mengada-tapi tak annoying malah menyerikan kumpulan dan si Jojo drummer kental yg penakut. Cik Lang gedik tapi kelakar seram tapi tetap cun dan hawt. Yang paling menonjol dalam ni aku rasa si Nad Zainal sebab dengan mimik muka dia je dah cukup difahami walaupun tak bersuara langsung, dan si Mila sangat improve lakonan dia dari filem yang dulu tu. But actingwise yang nak kaitkan dengan plot, Bad paling win la. Watak dia la punca segala-galanya. Kedegilan, kekerasan hati, kekasaran dia sangat memainkan peranan untuk filem ni. Senang cerita dia lah sorang Bad Ass! Haha. Dari segi pengucapan dialog lagi la champion realistik dia. Takde la baku dan kaku sangat sebab korang akan rasa macam diorang ni semua ada depan mata. Scene Laila & Bad bergaduh dalam van tu part yang aku paling suka. WIN! Kat sini aku sangat puji kerja editor (Yes, baru betul John Hafiz, haha) yang dimly-slowly muted the voices of Laila  & Bad as background and concentrated on Airin & Jojo's scene at the front. Terasa macam kau adalah salah seorang yang berada di situ sebagai pemerhati. Pastu diorang main muzik pun dah macam band real. Sampai aku rasa nak diorang betul-betul wujudkan band Histeria nih la. Kalau jadi kan best. Ala-ala spin off gitew. Adakah akan dijadikan drama bersiri selepas ni? Macam gol & gincu? Best jugak kalau ada kan.



So, jangan lupa tonton (cliche sgt ayat ni kan) Kami Histeria yang sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam satu Malaysia. Sebanyak 72 pawagam menayangkan filem ni. Kalau tak jumpa kat satu pawagam tu, cari la pawagam lain yang berdekatan, confirm ada. Kalau takde, maknanya korang tengah duduk kat kutub utara or tersadai kat padang pasir. Hahahahaha. Ye la siapa suruh korang gi oversea. Tunggu je lah produksi keluarkan dvd nanti ek. (Aku sendiri pun tak tahu ada ke tak, tungguuuu. Tapi kalau ada aku pasti akan beli yeahuuuuuuu!) Dan jauh di sudut hati aku berharap produksi memanjangkan hari tayangan dengan lebih lama supaya lagi ramai orang dapat tonton filem yang menghiburkan ni. Bukan apa, korang jugak yang bising dengan industri filem yang entah apa-apa sekarang ni kan? Masa ni la nak buktikan yang korang sokong industri filem Malaysia dengan produk best yang tak cliche ni. Bosan kan dengan filem cliche je? Korang tak bengang ke tengok filem-filem merapu lagi banyak dapat sambutan kat luar sana tu? (Haaa keluar dah dialog ala Badariah.. Hehehe.. No pun intended!)

Jom layan video klip lagu-lagu best dari band Histeria ni. Nyanyian asal dari Diana Danielle, Mila dan Sara Ali (perghh Sara nyanyi siot)  dimana kesemuanya dicipta oleh Monoloque. Perghh, skor muzik sangat terbaik especially muzik gamelan babak Cik Lang. I'm lovin it. Harap-harap dapat menang Skor Muzik terbaik utk FFM akan datang. Eh, korang boleh download (dengar/beli) soundtrack Kami Histeria ni kat Spotify & iTunes tau. Dan Deezer juga.

Kami Histeria (Original Soundtrack)

Muzik (Original Soundtrack)

Pujaan Hati (Original Soundtrack)

"Afdlin Shauki" (Original Soundtrack)

Dari segi sinematografi dan camera view pun sangat bagus. Editing dan efek khas yang hebat tu takyah cakap la, John Hafiz kan. (Betul kan? Salah. Ni kerja motion graphic designer jugak. LOL. Anyway, tetap kredit banyak ke arah John juga. Haha.) Eh, siapa buat props? Aku tergelak setiap kali nampak troli supermarket kat rumah diorang tu. Lawak gila especially part Badariah duduk dalam tu. Even masa scene crucial time Peanut di dudukkan dalam tu selepas tragedi lemas tu pun aku dok terkekeh-kekeh gak. Memang win lah propsmaster korang. Kelakar wey..

Eh, tadi aku cakap aku bias kan?
Bias sangat ke? Takde kan..
Hahahahahahahaha...


K bai!


Lapchiu always Cik Lang!

Friday, December 06, 2013

Papadom 2.. Komedi yang berterusan!





"Papadom 2" mengisahkan tentang Saadom dan anak perempuannya, Mia yang kini sudah dewasa dan bekerja di Kuala Lumpur. Saadom yang ingin melawat anaknya mendapat tahu bahawa Mia kini sedang dilamun cinta dan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki idamannya. Untuk menyelidik latar belakang bakal menantunya, Saadom menyamar di tempat kerja Mia di sebuah rumah produksi untuk menyiasat adakah kekasih Mia itu sesuai untuk dijadikan menantu.


3 orang suspek dikenalpasti Saadom sebagai berpotensi menjadi teman lelaki Mia dan dia memulakan operasi mengintip mereka. Hasilnya? Mengecewakan Saadom yang merasakan tiada di antara mereka layak mengahwini Mia.

Saksikan kisah kasih sayang melampau seorang ayah kepada anaknya dan rintangan dua beranak ini menyelesaikan masalah mereka dalam Papadom 2.


Aku berpeluang menyaksikan filem yang merupakan sambungan daripada Papadom 1 bertempat di E Curve pada 4 Disember yg lepas.

Bahagian yang kedua ini bagi aku "touching" nya lain sikit, mungkin sebab watak Mia kali ini sudah mahu berkahwin. Namun masih tak hilang sarat dengan lawak yang selalu disajikan oleh Afdlin, yang mana aku tertarik dengan sentuhan lawak si bakal menantu Saadom. Nak tahu siapa? Saksikan di pawagam minggu depan ok!

P/s: Afdlin juga memberikan hint bahawa berkemungkinan akan ada Mamadom di mana Mia bakal merasakan apa yg Saadom lalui ketika membesarkan anak, nah.. Nanti Mia pulak yg rasa mcm mana nak jaga anak! Hehehe..

Sunday, November 04, 2012

Telemovie: Akhirnya Kisah Perempuan (RTM2)

"Akhirnya Kisah Perempuan - berjuang demi maruah, hak dan kasih sayang"

Telemovie Sempena MAAL HIJRAH 2012

Penerbit/ Pengarah: FAHMI SARINDI

Penulis Skrip: SITI JASMINA IBRAHIM

SIARAN: 15/11/2012 (KHAMIS), 10 Malam, TV2

PELAKON : DIRA ABU ZAHAR (Maisarah), ZILA BAKARIN (Lina), KHATIJAH TAN (June), CORINNE ADRIENNE (Christina), ROZIE RASHID (Mona), TANIA ZAINAL (Julia), IKA FARHANA (Elina), RUBY OOI (Ajun) & MOHAMAD IZZAM SYAFIQ (Kamil)


Sebuah sekuel dari telemovie PEREMPUAN yang telah memenangi SKRIP TV TERBAIK
dan DRAMA TV TERBAIK di ANUGERAH SERI ANGKASA 2010. Kali ini kisah PEREMPUAN
muncul semula setelah 12 tahun perjalanan hidup watak-watak utama PEREMPUAN iaitu
MAISARAH, LINA, JUNE, MONA dan CHRISTINA di mana dahulunya mereka mempunyai
perkaitan kisah hidup dalam dan luar sedar mereka. Akhirnya Kisah PEREMPUAN akan
memfokuskan proses hijrah watak-watak ini dalam kehidupan mereka kini.



Kali ini muncul dua generasi baharu iaitu ELINA (16 tahun) iaitu anak kandung Maisarah
yang masih dia tidak temui selepas bayinya dahulu dijual oleh “bapa ayam” yang telah
melacurkan dirinya dahulu. Hakikatnya Elina adalah anak angkat Christina.

Seorang lagi watak baharu iaitu KAMIL (16 tahun) iaitu cucu kepada June yang tidak pernah
dia temuinya semenjak dibuang oleh anaknya sendiri iaitu JULIA ketika dia berada di dalam
tahanan pusat pemulihan. Julia berasa malu lantaran mempunyai ibu seperti June yang
merupakan bekas penagih dadah. Julia kini telah menjadi janda kaya setelah ditinggal suami
kayanya. Walau hidup mewah, namun hatinya tidak pernah aman. Julia lebih rela bermati-
matian memburu bekas suaminya atas dasar kasih dan sayang sedang hakikat anaknya
sendiri – Kamil terabai sehingga menjadi nakal, degil dan liar.


Maisarah, June dan Lina tinggal serumah di sebuah flat murah di tengah Ibukota Kuala
Lumpur. Maisarah bekerja sebagai sukarelawan di YAYASAN CHOW KIT – sebuah badan
bantu diri yang memberi perlindungan dan penjagaan harian untuk anak-anak gelandangan
Chow Kit yang mempunyai ibubapa tersasar laluan hidup (pekerja seks atau penagih dadah).


Khatijah Tan sebagai June

June pula berniaga buah-buahan dan minuman ringan dengan “warong tolaknya” di sekitar
Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib.

Zila Bakarin sebagai Lina

Lina iaitu kawan brutal Maisarah dan June semasa di pusat pemulihan dahulu, kini kerap
bertukar kerja. Walau luaran nampak tidak banyak hijrah diri berbanding dahulu, namun
hatinya kini lebih kuat, lebih baik. Lina protective terhadap Maisarah dan June atau terhadap
sesiapa sahaja terutama golongan wanita dan kanak-kanak Chow Kit yang cuba dianiaya
manusia lain.

Rozie Rashid sebagai Mona

Mona masih mencuba untuk mengubah diri menjadi seorang ibu yang lebih baik buat
Maisarah namun naluri nakal dalam dirinya mengatasi segala. Mona kini semakin liar akibat
ketagihan judi hingga kerap memeras wang gaji Maisarah.

Christina yang sudah memeluk Islam dahulunya kini telah memegang jawatan sebagai Ketua
Editor majalah PEREMPUAN. Namun selepas kematian suami iaitu USTAZ ALIF yang telah
membawanya ke jalan Islam, iman Christina diuji. Christina membesarkan Elina sendirian
dalam kesibukan tugas harian yang semakin berat dan mencabar hingga menyebabkan Elina
memprotes diri termasuk identiti dirinya sendiri. Elina berkawan dengan remaja perempuan
yang terpesong jatidiri – pengkid.




Pecahan kecil kisah-kisah PEREMPUAN ini bertemu di sekitaran hidup Maisarah dan June
di tengah-tengah kesibukan Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib memperlihatkan putihnya
secalit dosa lama manusia-manusia di situ. Hakikatnya hanya mereka sahaja yang berhijrah.



Nantikan tayangan Akhirnya Kisah Perempuan di TV2 pada Maal Hijrah ini.


Thursday, November 01, 2012

Rahsia Kulit Cerah yang Begitu Berharga




Kuala Lumpur, 30 Oktober 2012 – Setiap wanita mahu tampil dan berasa hebat pada diri sendiri, jadi bagi membantu mereka berasa yakin untuk menyinar, mandian badan LUX White Impress memberikan pengalaman mandian mewah yang menghasilkan kulit cerah yang berharga.


LUX White Impress mempunyai “Triple-Action-System” yang unik yang dirumuskan secara sempurna dengan ekstrak mulberi bagi mencerahkan ton kulit, madu bagi mengekalkan kelembapan dan mikro-kristal bagi pengelupasan kulit, menjadikan kulit sehalus sutera dan lembut seperti kulit bayi!!

LUX memang dikenali dengan haruman memikatnya yang luar biasa dalam setiap mandian badannya di mana LUX White Impress tidak terkecuali apabila hadir bersama pesona menawan Lili dari lembah, Ros dan Melur yang digandingkan dengan buah-buahan yang bergemerlapan, dan pati vanila bagi mencipta wangian menggoda yang kontemporari.

Bagaimanapun, kemewahan ini bukan sekadar di bilik mandi kerana haruman memikat dalam LUX White Impress kekal berpanjangan selepas itu, lantas mewujudkan mood menawan dan sensual yang membolehkan potensi dalaman wanita terserlah sinarnya dengan yakin sekali gus memikat pandangan penuh kagum daripada orang lain!

LUX White Impress baru ini membolehkan setiap wanita bersinar dengan yakin yang terhasil dari kulit yang lebih cerah dan sehalus sutera, yang kini boleh diperoleh hanya dengan menikmati pengalaman mandian yang menyegarkan,” kata Pengurus Jenama Unilever bagi Pembersihan Kulit, Tanya Teng.

Hanya untuk masa yang terhad, pengguna berpeluang menjadi lebih berseri-seri dengan membawa pulang loket rantai Preciosa® Genuine Czech Crystal™ dengan setiap pembelian produk LUX bernilai RM20, yang mesti termasuk sekurang-kurangnya satu produk LUX White Impress di semua farmasi dan pasar raya yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook LUX bagi mendapatkan kemas kini.
Preciosa adalah pencipta kristal potongan indah yang terkemuka. Selaku pakar dunia dalam penciptaan potongan kristal, Preciosa terletak di tengah-tengah Republik Czech, rantau yang sinonim dengan tradisi pembuatan gelas.

Walaupun diperbadankan secara rasmi pada 1948, tradisi ketukangan kristal Preciosa bermula seawal tujuh abad lalu hingga 1376 apabila relau bagi membuat gelas pertama dinyalakan di utara pergunungan Bohemia. Hanya beberapa abad kemudian, candelier kristal Bohemian pertama mula dieksport ke seluruh Eropah.

Hari ini, Preciosa bukan sahaja merupakan pengeluar candelier kristal klasik terawal dan peneraju lampu moden yang inovatif, malah adalah salah satu pengeluar kristal terbesar di bawah jenama perdana Preciosa® Genuine Czech Crystal™.

Seperti yang dinyatakan oleh Tanya Teng, “Seperti kristal, wanita mempunyai banyak sisi yang membuatkannya bersinar." Gandingan LUX dan Preciosa mengadun beberapa potongan kristal edisi terhad yang amat dicari-cari bagi memberi inspirasi kepada Pencinta LUX untuk menyerlahkan Seri mereka. Dua jenama bersejarah ini masing-masing memperjuangkan kecantikan abadi, dan kami berbangga kerana dapat menjalin kerjasama dengan Preciosa.”


Mandian badan LUX White Impress boleh didapati di semua rangkaian kedai yang menawarkan produk LUX di seluruh Malaysia, pada harga RM15.90 (untuk botol 700ml) dan RM6.00 (untuk botol 220ml). Pek isian semula juga boleh didapati pada harga RM8.90 (untuk pek 600ml).
###

Mengenai LUX
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.
LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.
Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan yang terbaru, Nur Fazura. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.
Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, Wake Me Up dan White Impress. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

Diterbitkan bagi pihak LUX Malaysia oleh WestCoast Communications.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Adelina Halim di 03-7954 4505 / adelina@westcoast.my

Tuesday, October 16, 2012

Pasport Ekspres by Rewan Ishak

I think this is by far, the best local short film I ever watched.

I love the cinematography.

I love the scenery.

I love the acting.

I love the colour.

I love the plot.

Pasport Ekspres.

Here it is.



"bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa" -usman awang

Thursday, September 13, 2012

Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

C/O
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang C/O]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku 

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


DOWNLOAD (Rapidshare)

DOWNLOAD (4Shared.com)
MTV Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)


Nota kaki : Sejak 'ter' layan drama bersiri adaptasi dari novel Aisya Sofea 'Adam & Hawa', lagu tema ni lah yang dok diulang dengar buat masa ini. Siap repeat mode on lagi tu. Hiks!