Wednesday, October 10, 2007
;))
isskk.
tp from d 1st place..camne la gambo tu bleh tersebar..org yg pertama menyebarkan tu mmg takde perasaan tol laa. iskkk.
edited : ni jumpe kat blog Nurin. Memo from her Uncle, Jasni. Pls take note.
"It has come to our attention that Post Mortem Photographs and Report said to be of Nurin Jazlin are currently being circulated through e-mails.
Please be advised that the Police has been notified of this development and subject to their confirmation on the authenticity of the photographs and report, a Police Report will be lodged.
In the meantime, we seek your kind understanding to refrain from circulating the said photographs and report as such improper use and circulation is an offence under the Penal Code.
Thank you.
Telah sampai ke pengetahuan kami bahawa Gambar-gambar Bedah Siasat dan Lapuran yang dikatakan berkaitan dengan Nurin Jazlin kini sedang disebarkan melalui e-mel.
Sila ambil perhatian bahawa pihak Polis telahpun dimaklumkan tentang perkembangan ini dan tertakluk kepada pengesahan mereka tentang kesahihan gambar-gambar serta lapuran tersebut, satu Repot Polis akan dibuat.
Sementara itu, kami mohon pertimbangan wajar tuan untuk mengelak dari mengedarkan gambar-gambar serta lapuran tersebut memandangkan pengunaan serta penyebarannya secara salah adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Terima kasih."
amik la korang.. agak-agak nak merasa kena tangkap ngn polis..sebar2 la gambo tu ye..
Monday, October 08, 2007
+I'm The Lucky One...Hanya Milikmu+
I'm The Lucky One
Ku persembahkan satu cita ku
Setulus hati hanyalah untukmu
Dan ku lakukan semampu aku
'Tuk menyayangi mu
Hingga kau merasa menjadi pujaanku
C/O:
Meski bercinta kadang tak indah
Tapi 'tuk buktikan kau yg terindah
Dan ku pastikan
I'm the lucky one
Nikmati cinta
Lebih dari segalanya
Jiwa ku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
'Tuk jauh dari mu
Kerna kau yang bisa buat ku bahagia
Bridge:
Caramu membuat ku tak berdaya
Mata hatiku pun ikut terjaga
Kau ubah hidupku ini
Jadi sempurna
Composer/Lyricist : Tengku Shafick
Hanya Milikmu
Aku tak salahkan hatimu
Bila harap itu tak ada
Tak relakan bila terjadi
Hanya waktu yang tentukan
Ku ingin kuatkan hatimu (setiamu)
Yakin ku hanyalah milikmu
Besar cintaku tak berubah...
Walau kini rasa itu luluhkan hatimu
C/O:
Ku hanya milikmu
Coba kau rasa yakinnya hatiku
Meskipun kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah cinta ini
Tak akan pernah sedikit pun pudar
Selain 'tukmu (untukmu)
Ku harapkan hanya padamu
Ketulusan ini nanti kan ku jalani
Tetap ku milikmu
Mengertikah bila cinta ini
Memang tak pernah sedikit pun pudar
Selain untukmu
Composer/Lyricist : Nico Adjie Bandy
Wednesday, October 03, 2007
Berhati-hati especially buat Muslimah (Pencuri di surau)
**Forwarded from e-mail***
Assalamualaikum...
Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Pengalaman kehilangan beg tangan di tempat yang saya tidak jangkakan iaitu di dalam surau.
Pada 2 Jun 2007, saya pergi ke Mid Valley bersama seorang rakan. Bila tibanya waktu solat Zohor,kami ke surau Mid Valley yang terletak berhampiran Jusco. Pada hari itu, muslimah yang mengunjung ke surau teramat ramai sehinggakan kami terpaksa beratur panjang. Jadi, untuk mengelakkan beratur panjang, kami lepak dulu di dalam surau sambil berborak.
Tiba-tiba kami didatangi seorang gadis yang tidak bertudung,berbadan gempal,tinggi dalam 155cm,memakai kaca mata,bermata bundar , memakai baby t, sluar jeans ala2 indon.... Dia datang dan berborak dengan kami.. Kami agak kehairanan kerana cara dia menyapa kami seolah2 dia dah lama kenal kami.. Perempuan ni amat ramah sehinggakan kami blh rasa kemesraan walaupun kali pertama bertemu. Dia memberitahu kami yang handsetnya kehabisan bateri dan ingin menghubungi suaminya yang berkerja di Shah Alam. Jadi, diatas "kemesraan" yang ditunjukkannya, kami rasa, tak salah kalau kami membantu dia..lagipon,dia meminta "suaminya" yang menghubungi handset saya. Tibe2 handset bdering dan ternyata, suara seorang lelaki mencari nama "Mira". Perempuan td mengiakan yang dialah "Mira". Lantas, saya member handset N70 kpdanya atas dasar ingin membantu. Tiba2, perempuan itu bangun, dan meminta izin keluar dr surau kerana katanya, suaminya sudah ada d depan pintu surau. Jadi, saya tidak mengesyaki apa2.
Mengucap panjang saya bila 5 minit perempuan itu tidak kembali. Kami terus keluar mencari "Mira". Puas kami cari, rupenye perempuan tu dah blah... Habislah kali ini... Kami terus berjumpa dengan Pak Guard Mid Valley dan membuat report police. Selepas membuat report police,kami dibenarkan melihat cctv. Kelibat "Mira" memang wujud dan kami ternampak semasa dia keluar,dia tidak menggunakan handset itu,namun meletakkan handset itu di dalam beg dan terus keluar dari surau. Mengikut kata pihak Mid Valley,kejadian seperti itu telah lama berlaku. Pihak security Mid Valley jugak dikaburi dengan cara pemakaian yang berlainan oleh perempuan itu untuk mencuri dan hanya menerima maklumat selepas kejadian berlaku. Selain itu, "Mira" ini jugak telah menjalankan kegiatan mencuri handset,dompet dan barangan yang telah dibeli oleh pengunjung surau. Wallahualam.
31 Ogos 2007, saya ke Sogo untuk bershopping. Mcm biasa,baru lepas gaji... Kali ni saya pergi lewat kerana pada petang itu saya ke Kuala Selangor kerana mengahdiri kenduri kahwin sepupu. Selepas membeli beberapa helai baju,saya ke surau Sogo untuk solat Maghrib. Kali ini saya lebih berhati2 kerana takut pisang berbuah 2 kali. Semasa saya masuk ked lm surau, saya terpandang seseorang yang saya kenali... Yaa... Saya msh ingat rupe pencuri itu walaupun dia memakai baju kurung & memakai tudung. Betuler kata pak guard di Mid Valley. Kadang2 dia sanggup mengenakan jubah dan tudung labuh semata2 ingin mencuri. Saya menegur dia... "Mcm pernah nmpak adik ni.. Tak pergi Mid Valley ke?". Dia senyum dan menjawab " Saya tak pnah pergi Mid Valley, kak. Saya baru datang dari kampong". Saya terus melemparkan senyuman dan saya mengambil air sembahyang. Saya pastikan saya memegang beg dan plastik2 shopping walaupun amat sukar semasa saya mengambil air sembahyang. Saya perhatikan pencuri iru masih tersengih d tepi almari.
Saya terus menunaikan solat.. saya fikir lepas ini,saya nak "basuh" pencuri ni. Memang dlm hati,saya berterimakasih kepada Yang Maha Esa kerana menemukan saya dengannya.
Bila saya habis sembahyang,saya tengok pencuri tu dah xde. Melepas kali ni... Haduhlah... Takpe, saya dah tahu "cara kerja" dia. Sekurang-kurangnya,dia akan kembali ke surau untuk "berkerja". Tiba-tiba saya terdengar bising... Seorang gadis kehilangan beg tangan !!!! Tidak syak lagi. Saya membantu gadis itu, dan pergi ke security office di level 7. Sebelum itu,kami membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Mungkin saudara/I tertanya2 kenapa saya "busy body"? Saya mengambil kesempatan ini untuk melihat adakah benar pencuri tadi juga yang melakukannya.
Yes !!!! Ternyata benar,mengikut kata Sarjan yang bertugas,perempuan yang mencuri beg ini aktif di sekitar Lembah Kelang dan pernah beberapa kali ditangkap. Tempat2 yang selalu dikinjungi adalah Mid Valley, Sogo, Kl Sentral, Times square, Jusco Maluri, Jusco, Sg Wang dsb. Dlm cctv sendiri saya melihat kelibat perempuan itu memegang beg tangan yang baru dicuri... Astaghfirullah...
Siapakah perempuan yang mencuri ini? Kenapa dia jd begini? Wallahualam... Beware!! Saya berharap agar pada masa hadapan,kita akan lebih berhati2 agar perkara ini tidak berulang.. jikalau saya tahu dia akan lari sblm saya siap sembahyang,mungkin saya akan menghadiahkan sebiji penumbuk ke mukanya.
Ciri - Ciri :
* Tinggi dalam 155cm
* Bertubuh gempal
* Bermata bundar
* Berkulit sawo matang
* Berkacamata
* Tudung ( on / off )
* Rambut lurus paras bahu
* Matanya sedikit merah dan bila bercakap dengan kita,matanya bergerak2
* Memakai baby T / jeans dan kadang2 boleh bertukar fesyen
* Dia akan duduk di satu sudut dan memerhati sambil menegur org lain
* Pura-pura menyikat rambut,membaiki kain tudung & makeup
* Pura2 bergayut telephone
* Berasal sekitar KL,Selangor @ Perak (berdasarkan percakapan)
Tuesday, October 02, 2007
Gol & Gincu.. finally ends!
As it's shown the last episode on last Sunday nite, it was officially ends.
Omg.. what am i gonna watch every Sunday evenings? uhuksss..! My Sun nites will be bored after tis.. huhuhuhuhuhuhu.. anyway, i like the way they did the ending.. so sweet! N surprise.. there would be no more Season 3.. NO?? Yes.. no more..huhu!
Quoted from Daniel's(crew of GnG) official last entry on his Gol & Gincu Blog -
"it's not that we are running out of stories. but i guess all good things just have to come to an end"
huhu. maybe it was coz they want to concentrate more on KAMI the series n KAMI the film project. Definitely i will miss Putri & Reza, Shasha & Haikal, Mia & Eddy, Aina & Riki, the BTB gang..not to be missed.. the biacth AYU! hahahaa..mostly all of them.. they had brought sunshine into my Sunday nites.. *sob*
Anyway, for those who missed the last episode, you can tune in to 8tv website to watch it online.. u can also watch the whole season 2 videos.
Still drooling over scene of Reza proposed Putri.. shoo romantic! *smiles* heeehee!
Thursday, September 27, 2007
Aidilfitri bersama ANUAR ZAIN!
Anjuran: Anuar Zain Network Sdn Bhd
Hari/Tarikh : Khamis, 8 Nov 2007
Tempat : Akan diberitahu kemudian
Bayaran: Tidak melebihi RM80
Adakah anda berminat? Jika ya, sila beri kan nama penuh,
no. telefon dan email add anda ke :
bellaestrada2211(at)yahoo.com.au @ 012-9313659 (belle)
atau shee7510(at)yahoo.com @ 013-2587500 (shee)
untuk yang berada di Singapura sila hubungi
Ms Diana di just_anuar_zain(at)yahoo.com
Friday, September 21, 2007
Allahyarham Nurin selamat dikebumikan
Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang kemudian ditemui mati dibunuh secara kejam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak, selepas solat Jumaat.
Jenazah Nurin dimandi dan dikafankan di Madrasah Assa'Adah, Seksyen Satu, Wangsa Maju. Sementara itu Bernama melaporkan, ribuan orang dengan iringan doa, tanpa mengira peringkat umur dan kaum termasuk kanak-kanak sekolah menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu.
Antara mereka yang turut menziarah jenazah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Terdahulu, pagi ini bapa Nurin Jazlin, dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.
Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lepas walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada pukul 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.
Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Ngah" dalam kalangan keluarga dan jirannya. - 21/9/2007
Al-Fatihah
Thursday, September 20, 2007
Al-Fatihah... (Nurin Jazlin Jazimin - Confirmed Murdered)
Mayat budak perempuan itu adalah Nurin
PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.
Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas - BERNAMA
Naked Body Stuffed In Sports Bag Is Nurin Jazlin - Police
PETALING JAYA, Sept 20 (Bernama) -- Police confirmed the DNA test on the body of a girl found stuffed in a sports bag at a shophouse in Petaling Jaya Utama on Monday is that of Nurin Jazlin Jazimin who was missing since a month ago.
Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said blood tests on the body and Nurin's parents confirmed their blood ties.
He said Nurin's parents were informed of the DNA finding this affernoon.
Nurin Jazlin, 8, a Standard Two pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, was reported missing on Aug 20 after going alone to a night market near her house at Section 1 in Wangsa Maju.
The body of a naked girl, believed to have been sexually abused, was found by a shophouse owner at Jalan PJS 1 on Monday morning.
In KUALA LUMPUR, Nurin's father, Jazimin Abdul Jalil, 33, refused to accept the DNA result that the girl's body was his daughter's.
"I am Nurin's father...I know my daughter better than anyone else. My heart is saying the body is not my daughter.
"If police ask me to take the body, I will accept, I will perform the funeral rites and bury it. But I want the police to pursue the search for Nurin because I know Nurin is still safe out there," the taxi driver told reporters outside the Kuala Lumpur Hospital mortuary.
Jazimin said he was sure the body was not his daughter's based on her teeth and the scar.
He said Nurin had no gaps in her teeth and had a scar on her thigh.
Jazimin said he was informed of the DNA test result at 12.30pm by the Petaling Jaya police who summoned him to the Kuala Lumpur Hospital mortuary to identify the body.
Jazimin and his wife, Norazian Bistaman, 35, who were called to the hospital for identification on Monday did not accept that the body was their daughter based on the physical condition of the girl's body.
A distraught Norazian told reporters she would accept the authorities' decision.
"What else can I say. The DNA test shows she is my daughter. I will accept the will of God.
"As a mother, I still hope the body is not my daughter's. No mother will accept the reality that her daughter was raped and killed brutally.
"Only God knows the extent of my sadness and grief," she said in tears.
Norazian said this year's Hari Raya Aidil Fitri celebrations would be the most joyous and meaningful in her life in the event Nurin was found safe and sound.
"In fact, we've already bought Nurin's Hari Raya dress and I will patiently wait for her return," she added.
To add salt to injury, Norazian said while her family was grieving over Nurin's long disappearance, some people have the heart to ridicule and poke fun at her and her husband, making phone calls to say Nurin, whom they have nicknamed "Kak Ngah", was with them.
The housewife said the latest anonymous call she received yesterday from an unknown man saying Nurin was under his care.
"I'm too weak and don't have the energy to receive such hurtful calls anymore.
"I hope God will punish the murderer for the brutal killing of my innocent daughter to commensurate what has been done to her," she said, recounting the sufferings endured by her daughter during her one-month disappearance until her body was found stuffed in a sports bag.
Nurin is believed to have been killed 24 hours before her nude body was found on the stairs of a three-storey business premises.
Post-mortem on the body revealed the murderer had inserted a brinjal and a cucumber in her private parts, forcing the rupture of her rectum and to be infected with bacteria, resulting in her gruesome death.
The parents could not positively identify Nurin when they were first called in on Monday to identify the girl's body found with skin and bones, with bruise marks on her neck, suggesting strangulation.
Many parties came forward offering cash rewards to informants leading to the arrest of the murderer when Nurin's photograph was published in the local media.
The foreign media also joined in the search by providing updates on the search for the missing girl.
-- BERNAMA
Kepada mereka yg telah melakukan perbuatan kejam tu.. bersedialah.. Neraka lah tempat mu..
Semoga arwah Nurin ditempatkan bersama orang² yg beriman..
...how cruel people are nowadays *sigh*
Updated 21/09/2007
Alfatihah
Due to the overwhelming scientific evidence produced, the parents of Nurin Jazlin have decided to accept the body they inspected as of their daughter's.
The body will be claimed this morning and funeral (burial) would probably be held after Friday prayers today. --- http://nurinjazlin.blogspot.com/
Saturday, September 08, 2007
'Anuar Zain' dah kuar!!
Available at Music Valley n Speedy n all music stores. Grab ur own copy now!
*am gonna grab 1 4 myself too* :)
Friday, September 07, 2007
Kerana Cintaku Saerah - Recap Episod 1 [6 September 07]
Disclaimer : recap ni mengikut apa yg aku ingat jer la.. kadang tu ade yg telepas tgk. Pls dun mind my rojak language ye ;P
-Drama dimulakan dgn scene Jibek (Benjy) dan Era (Umie Aida) semasa kecik, Jibek berlari² sambil memeluk seekor kambing putih ke arah Era yg tgh duduk kt pondok di tgh bendang. Dia meng'introduce'kan kambing putih tu kt Era sbg anak dorang, konon² main kawin² laa kan. Jibek ckp dah besar nanti dia nak kawin ngan Era. Era malu² dan lari dr pondok sambil menanyakan nama kambing tu kt Jibek, Jibek ckp nama kambing tu Mary, tp Era tanak, dia nak namakan kambing tu Siti. Time ni Jibek melompat nak kejar Era. [Scene abis]
-Scene dimulakan dgn sambungan Jibek melompat td menjadi Jibek yg dah besar. Jalan terhenggut² (karakter mcm spastik, terencat akal) sambil mendokong kambing kaler itam n di ejek dek budak² kampung. Dia introduce kt bebudak kg tu yg nama kambing tu Yam, kononnya anak cucu cicit kpd Mary, anak Jibek n Era.
-Scene Era (dah besar) tgh baca gosip dlm majalah hiburan sambil kepala berbalut plastik (letak inai rasanye kot). Berangan nak kawin ngan datuk sambil di perli dek maknya Mak We (Wan Maimunah), toksah nak berangan ler.
-Tetibe dtg 3 'ekor' samseng kampung yg salah seorangnye si Jenal (Isma Yusoof - Era panggil dia Jenal Jongos berdasarkan keadaan fizikal mulutnye yg agak jongang..hehe) dgn motor dorang. Jenal usik² Era tp Era x layan lalu Jenal trus jumpa Mak We mintak hutang mak dia (Cik Ros - Engku Faridah) yg tertangguh beberape bulan. Jenal mengutuk² keluarga Mak We yg miskin sambil membanding²kan mak dia (Cik Ros) lagi kaya dr dorang. Jenal mengugut, kalo dorang tak bayar utang, baik suruh Era gadai badan je. Time ni Era mengamuk sambil baling majalah td kat Jenal. Mak We berkali² menjelaskan kt Jenal bahawa dorang akan membayar utang tersebut. Tetiba si Jibek datang menyerang Jenal dr bawah rumah, dorang bertumbuk. Balaci Jenal 2org pun dtg meleraikan n bawak Jenal pegi sambil Jenal menjerit² suh dorang byr utang. Si Jibek lak menjerit² bagai Incredible Hulk, marah gile la kat Jenal kononnya.
-Scene malam di tgh rumah, Mak We bgtau kt Era yg duit tak cukup nak bayar utang Cik Ros. Era bgtau kat Mak We yg kawan dia yg keje kat KL ajak dia dtg keje kt sana gak. SO boleh la dia bayar utang dorang. Mak We marah, takut Era nak jd GRO kt sana. Tetibe si Jibek datang bawak sebungkus plastik berisi duit syiling + kertas n letak kat depan Mak We n Era. Dia suruh dorang byr utang guna duit tu, kononnya upah dia panjat pokok kelapa, angkat barang etc. Mak We tanak terima memula, tp Jibek berkeras suruh amik.
-Esoknya Cik Ros ngan Jenal datang umah Era kononnya nak mintak gantirugi atas sebab Jibek membelasah si Jenal lebam². Siap tunjuk bil hospital. RM500. Era curious takkan bil sampai RM 500. Cik Ros bgtau kononnya kena bil ginaekologi la, consultation doktor la, lebam la ntah ape2. Mak We tgk Jenal takde pun lebam². Tetibe Jenal kluarkan pembalut leher n terus pakai n buat² sakit. Era buat muka bengang je. Mak We pun gi blakang ambik duit Jenal n kasi kat Cik Ros. Cik Ros ambik bungkusan tu sambil ckp kalau tak cukup nnt diorang dtg amik baki lagi (Boleh??). Last² Mak We terpaksa kasi gelang tangan emas dia kat Cik Ros nak setelkan baki utang. Cik Ros n Jenal pun bergerak pulang sambil bgtau yg dibayar td hanya bunga je, belum utang lagi. Utang tu kira lain. (Siot je..). Mak We sedeyh sbb tu satu²nya gelang emas yg dia ada. Era buat muka masam n terus masuk dlm umah.
-Era yg tgh mkn tebu dtg sergah Jibek yg tgh main ngan kambing dia kat pondok bendang. Time ni Era manje² ngan Jibek sambil mintak tlg Jibek supaya pujuk Mak We kasi dia keje kt KL. Jibek ckp dia pun nak ikut skali, Era tak kasi, suruh jaga mak kat umah. Jibek ckp kalau camtu dia pun taknak Era pegi. Tetiba Era ternampak kawan lama dia yg keje kt KL, Yatie (Sharifah Shahora) yg baru sampai dgn sorang kwn lelaki, Mustazar (Ezani). Yatie introduce Era kat Mustazar sambil puji Era ni lawa. Era senyum sambil Jibek tgk je dr pondok...
Bersambung minggu depan...
Bonus - [Tgk video sedutan The Making Of]
Thursday, September 06, 2007
Tazkirah (Maafkan saya)
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Bersama² ini disertakan Jadual Waktu pada Bulan Ramadhan.
Sila 'right-click n save target as'.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Tuesday, September 04, 2007
Kerana Cintaku Saerah - 6 Sept @ Samarinda, TV3
Tak sabar nak tgk malam esok.. cite ni bakal menggantikan drama siri Kasih Suci di Slot Samarinda TV3.. antara reason aku nak tgk sgt² sbb drama ni hasil karya Shahrul Ezad yg pernah menghasilkan drama² terbaik spt Emil Emilda, Sutun 1 & 2, Seputih Qaseh Ramadhan.
Waktu siaran : Setiap Rabu & Khamis, 10.30 pm
Lagu Tema : Seribu Tahun by Imran Ajmain
Pelakon² Utama
Jibek... Benjy
Saerah... Umie Aida
Nomi... Noorkhiriah
Mak We... Wan Maimunah
Jenal... Isma Yusoof
Yatie... Sharifah Shahora
Cik Ros... Engku Faridah
Dato' Z... Mubarak Majid
Mustazar... Ezani
Yaya... Amy Suraya
Pelakon² pun boleh tahan.. malatop! Yg aku respek kalo RadiusOne nye produksi, setiap kali buat drama mesti ada poster.. ala² filem lak. Ni baru drama.. blom filem lagik. Mmg cun ar poster nih. Siap ada official website tuh.. mcm Emil Emilda aritu.
Klik sini utk masuk website dorang.
Ape²pun mari le support drama melayu yg berkualiti.. Layannnnnnnnn!
Sinopsis
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya. Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.
Sesuai Dengan Suasana Hari Raya
Drama ini pastinya akan menyentuh perasaan anda kerana di penghujungnya anda akan saksikan ketika menjelang Aidilfitri nanti. Mengikut Isma, beliau pun menangis ketika menyaksikan shooting drama ini kerana ia memang sesuai dengan hari raya. Di mana suasana bermaaf-maafan ada kena mengena dengan tema drama ini. Walaupun membawa watak jahat, Isma masih lagi berjiwa sensitif. Hehehe. Menyentuh cabaran dalam menghayati watak jahat, Isma yang sebelum ini membawa watak lembut dalam Emil Emilda, katanya terpaksa memakai gigi palsu untuk menukar rupa gigi kepada jongang dan menghodohkan raut wajahnya. Satu cara untuk menjelmakan watak yang menjengkelkan sehingga timbulnya perasaan benci di kalangan penonton. Memang susah juga terutama kena pakai gigi palsu ketika makan. Dahlah banyak adegan makan-makan dalam drama ni. Pertama kali membawa watak seorang pemuda kampung yang hidup kaya raya yang berlagak samseng yang angkuh, Isma Yusoof mengaku bahawa watak tersebut memang mencabar dan bukannya senang. Keunikan skrip ini, walaupun watak Isma serta ibunya terlalu jahat dan samseng, namun mereka adalah antara pak lawak yang menghiburkan dalam drama ini.
Sinopsis diambil drpd website Budiey.
Kredit kpd Isma Yusoof selaku designer poster n juga RadiusOne Sdn Bhd.
Keep up da great work guys! :)
Edited : Drama ni terpaksa ditunda ke 6hb esok sbb mlm ni final Kasih Suci. Terdapat perubahan schedule sbb slot ari Selasa di isi dgn MyTeam 2. Ape² pun, jgn lupa mlm esok!
Sunday, July 15, 2007
Just For My Mom
Sometimes I feel my heart's so lonely
But that's OK
No matter how my girl just left me
I just don't care
Whenever the rain falls down 'n it seems
There's no one to hold me
She's there for me, she's my mom
Just for my mom I write this song
Just for my mom I sing this song
'Cause just my mom can wipe my tears
'Cause just my mom can only hear
Trapped in a subway
Can't remember the day
But I felt OK
Dumped in a damn situation in every condition
With no conclusion
Whenever the rain falls down 'n it seems
There's no one to hold me
She's there for me, she's my mom
Just for my mom I write this song
Just for my mom I sing this song
'Cause just my mom can wipe my tears
'Cause just my mom can only hear
You may say I have no one
To cover me under the sun
You'll only get it from your mom...!
Mom!!
Performed by Sheila On 7
Song / Lyric by Eross / Adam (Sheila On 7)
Tuesday, June 19, 2007
Ermmm...
Malam tadi, aku mimpikan arwah mak.
Suasana mimpi tu lebih kurang masa dia sihat la.. Aku n akak aku bwk dia pegi skolah lama dia (she's a teacher n kebetulan aku pun skolah sama tmpt dia mengajar, n she even teach in my class :)
Pastu aku pun bwk dia pegi jumpa org2 yg tak sempat melawat dia kat hospital or kt umah masa dia meninggal aritu.. lama gak la bwk dia jumpa, siap borak2, peluk2.. mmg mcm dia sihat betul la.. boleh jalan laju sume.. then.. tup2 aku terjaga subuh.. baru teringat yg mak dah takde.. Astaghfirullahalazim.. terus meleleh air mata aku.. mmg terasa mcm betul2 jumpa dgn dia, peluk n cium dia.. bau dia pun dpt rasa.. mungkin aku terlalu rindu kt dia kot.. malam sebelum pulak, akak sedara aku called.. dia ckp dia mimpi arwah mak gak. Dia ckp mak tgh seronok kt sana.. dpt jumpa arwah abah, atuk, my brother (meninggal lepas lahir), n sedara2 lain yg dah meninggal.. bila my cousin tu tanya, "mak andak (nama panggilan my mum) sakit ke?" n dia jawab, "takla, takde sakit pun, mak andak sihat je"..
terharu aku dgr... takpe lah.. dia pun dah aman n seronok kt sana..
Hanya doa yg je aku mampu sedekah utk dia...
Semoga dia aman kt sana... Al-fatihah.
Friday, June 15, 2007
Petua Yang 'PATUT' Dipelajari
2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat² Yg Kendur Tu..
3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak
5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut
6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya
7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum
8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo
10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah
11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket
13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok DgnKertas Pasir
14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga
15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi
16. Menghilangkan Lebam Di Mata -Elakkan Dari Kena Penumbok
Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu Dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan Kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi Sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA'LAM...
Thursday, May 31, 2007
Nilai Kasih Seorang Ibu..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai - RM4.00
2) Tolong jaga adik - RM4.00
3) Tolong buang sampah - RM1.00
4) Tolong kemas bilik - RM2.00
5) Tolong siram bunga - RM3.00
6) Tolong sapu sampah - RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara...
Wednesday, May 30, 2007
Salam Takzim...
Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...
Di atas pemergian ibunda yang dikasihi, saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan, sumbangan, keperihatinan dan doa ikhlas tuan/puan dan sahabat sekelian. Semoga roh arwah dimasukkan ke dalam syurga, dirahmati dan diberkati oleh-NYA." When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most us, we often find that it is those who, instead of giving much advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a gentle and tender hand. A friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares - mak... may you rest in peace... "
Hjh. Safiah Binti Hj. Ibrahim
(16/12/1943 - 20/05/2007)
| |||||
Sesungguhnya daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali....
Salam ikhlas,
Ariza Mohamed Saleh
Monday, May 28, 2007
Aku Redha... (Ku Izin Kau Pergi...)
Assalamualaikum sume..
1st skali, terima kasih kpd yg call, sms, n yg dtg umah aritu.. mmg pemergian arwah mak ni tak disangka.. terasa bagaikan mimpi..sbb masa hari yg dia sakit teruk tu, dia dialysis mcm biasa.. boleh jalan, my sis siap bwk dia pegi mkn, pegi kedai.. dia bukan bad ridden la.. tp mmg lately nampak dia mcm diam sikit.. n kitorang ingat dia letih jer la kan.. n kebetulan masa yg dia kene stroke tu, ieja takde kat umah.. sbb tgh rehearsal utk persembahan bakat miti kat bangunan matrade..sempat jumpa dia mlm sblum tu jer.. siap tunjuk kt dia baju yg nak dipakai masa persembahan lakonan tu..so masa hari khamis (malam), baru je turun stage, tetiba ieja terjatuh.. masa tu hati rasa mcm tak sedap tp just let it go je.. then tak sampai beberapa minit, my brother called, he's on d way to hospital from office sbb my sisters yg kt umah tu bergegas bwk dia pegi hospital sbb tiba2 je tak sedar..dia takde jatuh pun cuma tak sedar secara tiba2..then ieja mintak tlg few frens utk tlg hantar ke hospital..sampai kt hospital, dpt tau doktor ckp mak dah kritikal..pendarahan dlm otak terlalu besar..hampir lebih separuh otak..massive bleeding..sbb sedangkan kalau bleeding sebesar syiling 5 sen pun dah membimbangkan..inikan pulak dah separuh otak..masa tu kitorang diberi kebenaran utk tgk dia..masa ieja tgk dia mmg dah tak sedarkan diri..nurse tgh pam oksigen..after few minutes dorang ckp nk transfer naik ke wad..sampai kt wad, dorang pasang life support machine kt dia sbb xboleh nak bernafas sendiri kan, n ada monitor yg show her pulse turun naik..n that time doc bgtau, mak mmg takboleh diselamatkan coz her brain dah x function anymore..n masa tu kitorang adik beradik kena redha, coz anything happen, in case jantung dia berhenti, doc takkan buat cpr utk selamatkan dia.. n siap sign surat critical..so duduklah kitorang kt hospital dr mlm tu sampai lah ke ahad mlm tu..then masa maghrib,doc bgtau yg suruh tunggu sbb bila2 masa je dia akan pergi..bila dgr je ckp dia.. xtau nk ckp mcmana perasaan masa tu..rasa mcm nak luruh jantung..n bila kitorang semua 4 beradik mengadap dia, ucap kalimah syahadah di telinganya, minta maaf halalkan makan minum,.... tepat jam 11mlm, mak menghembuskan nafas terakhir dia..n saat tu, kitorang adik beradik, redha seredha redhanya, dia pergi.. sbb dia dah lama sakit..eloklah kiranya dia berehat panjang...rasa mcm terlalu pantas..sbb dia takde tinggal pesanan atau apa2 pun..pergi mcm tu je..dan yg paling buat kitorang adik beradik terharu..masa jenazah berada di rumah, wajahnya bersih dan ada riak senyum..mcm nampak sesuatu yg dia suka..mungkin dia dpt jumpa dgn arwah abah agaknya, nmpak muka dia bahagia sgt2..segala pujian bg Allah..
apapun, terima kasih byk2 lg sekali kpd yg mendoakan arwah mak..semoga Allah s.w.t yg dpt membalas jasa kalian..insyaAllah..i'm trying to be strong coz i hv my precious family here to support me..
Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin
Semoga mak bahagia disana....
Al-Fatihah
Bersama cucu² tersayang..
Tuesday, April 24, 2007
Kalis Cinta yg best giler!!
Sapa yg tgk Cerekarama TV3 Sabtu 21 Apr aritu? Drama komedi+cinta yg bertajuk Kalis Cinta lakonan mantap Catriona Ross n Adiputra. Rugi sapa tak tgk.. hehehe. As for me yg tak layan AF5, really worth it la tgk citer ni.. Kelakar gile.. Meh aku cite serba sedikit..
Drama ni mengisahkan tentang seorang 2 org adik beradik anak Hj Shamsuri, Wan Katrina (Catriona) si kakak n Wan Balqis (x ingat sapa nama dia tp dlm series Dunia Baru, yg jd awek Pierre tuh) yg bongsu.. (intro cite pun dah lawak.. cam 3 abdul jer) Si adik ni dah jumpe calon yg berkenan di hati n nak kawin, tp dihalang dek wasiat ibunya yg nakkan kakak sulung berkahwin dulu.. but, the problem is.. kakak dia ni seorang yg garang, moody, keje nak marah, asik terjerit² je kejenye. Kononnya dia adalah rakan kongsi kanan firma perundingan yang keempat terbesar di Mesia.. berlagak gile.. n seorang yg kalis cinta.. (tak caye pada cinta) maka, adiknye terpaksala mencarikan seorang jejaka utk dikahwinkan dgn kakaknye selama 40 hari.. kawin kontrak..semua bil ditanggung beres oleh adiknye. pujuk punye pujuk, akaknye pun setuju..dah bermula la hunting utk mencari calon suami selama 40 hari.. time ni la byk scene2 kelakar.. diorang siap iklan kat internet, maka beduyun2 la jejaka2 yg dtg interview, maklumle kawin free sape tanak..tp masalahnye semua yg dtg tu jd takut sbb bile tgkkan calon isteri tu Katrina.. sume jejaka2 takut gile ngan dia nih.. pompuan garang la katekan.. dipendekkan cite, dtg adiputra yg setuju nk kawin dgn dia (part nape dia setuju ni ada cite lain, malas nk type la hehehe).
Start dr sini mcm2 adegan klakar cthnya si Borhan (Adi) ni leh lupe tarikh dia kawin. Siap bg kad kawin kat member, padahal aritu gak kene kawin tu.. so berkejar la dia ke umah Kat.. org2 kt umah sume dah menunggu.. tok kadi sume la.. nak kawinkan si adik tak bleh, kene tunggu kakak dinikahkan dulu.. pastu bile sampai kt umah Kat, terus akad nikah (slambe je ngan tshirt n jaket jeans, hahaha).
Bila part nak sarung cincin ni la, si Borhan sarung cincin belah rotan kat Kat, Kat punye la marah, siap jerit, "awak bg cincin belah rotan kat saya?? awak tau tak saya ni rakan kongsi kanan firma perundingan yang keempat terbesar di M'sia tau tak??" punye la marah dia.. si Borhan tak tunggu lama, terus dia bawak Kat tu lari balik umah dia.. Kat berkeras xnak ikut, tp kene tarik gak.. time ni mmg lawak2 giloss.. Dia punye la jerit "Aku nak balikkkkkk" sekuat2 hati sepanjang2 jalan. hahahaha bengong tul. Yg paling best bile dah smpai umah, dia xnak kuar keta, tersangkut kat pintu keta xnak turun sambil ditarik dek Borhan.. adeh la.. terbahak2 aku gelak masa nih..
Lepas tu mcm2 insiden la sbb si Kat ni keras hati.. siap lari ikut tingkap umah tp dpt gak si Borhan ni kejar.. bape kali lari pun dpt gak kene tangkap.. heheheh. yg paling best bile dia dpt lari jauh, Borhan kejar dia ngan keta. Bila dah naik keta, Kat saja nk sakitkan ati si Borhan tu dgn jerit nyanyi kekuat.. siyes lawak masa nih.. dia dok ulang "Its my life, it is now or never, i aint gonna live foreverr!!" pastu ulang lagik n lagik till dorang smpai umah. Wakakakak. Ada part dialog ni lawak.. Kat ckp camni, "apa yg best sgt kt umah tu awak suh saya balik sana, dah la busuk.. blablabla" Borhan bengang dia jawab, "Awak ingat umah awak tu wangi sgt ke? Bau ubat gegat ade laa" hahahahaha. *LOL*
Sampai satu hari tu.. dorang dah start berbaik2 n tiba hari yg ke 40.. Borhan pun anto la si Kat ni balik umah dia.. memula dorang tanya gak samada nak teruskan.. tp dedua xde kata putus.. sampai umah bapak Kat.. marah gile org tua tu.. disuruh balik umah suh pikir balik.. masa nk balik ni pun scene yg aku suke.. sweet+lawak.. si Kat ni suh Borhan berenti kat kedai nk beli air.. Borhan bantai berenti jejauh, Kat pun marah la.. "Awak nak suruh saya jalan patah balik gi kedai tu??" Borhan pun jawab "Takpe la, biar awak kurus sikit." Kat lagi la hangin, "Awak ingat/kata (sumting like that la dialog dia) saya ni gemuk??" pastu Borhan balas balik, "Awak tak gemuk, cuma gendut jer" hehehehe so sweet.. n selepas tu ada scene klimaks.. malas nk cite la. ;p tp ending dia mmg dah predictable.. definitely they lived happily ever after..
Definitely drama ni mmg simple yet logic, script pun sempoi jer.. dpt tau scriptwriter cite ni yg tulis cite Dunia Baru.. patut lerr slambe je ayat. hehehe. Triple thumbs up to d drama production n the cast.. esp Catriona.. aku minat gile tgk dia nih.. sume cite dia best.. Sephia, Mek Salmah dr Scotland (kantoi mkn budu.. hahaha). She's a great actress.. Semoga dia cepat sembuh dr kemalangan baru2 nih.. sian tul. Tp latest news yg aku dpt dr blog dia.. dia dah semakin pulih, dah jalani fisioterapi, siap wat lawak, gurau2.. Uncle dia (Razzi Rahman) called dia kat spital, dia siap leh nyanyi2 lagi "its my life" mcm dlm drama tuh.. hahaha bengong tul la minah nih... anyways.. Get well soon Cat!!
Pic courtesy of her Friendster.
ATTN: Nak mintak tlg kepada sesapa yg ada access to Jiwang Torrent, pls download cite ni utk aku.. pastu upload kat mana2 hosting sbb aku xleh xcess torrent.. pls ek.. Mekasih bebanyak...