Pages

Saturday, August 22, 2009

panggilan papadom

haha ampeh my lil nephew. main tekan-tekan hp pastu pegi call number Scha. 1 minit lebih!?
abis kredit aku dol. tak pasal-pasal Scha heran aku call dia tengah2 malam ni pastu dgr bunyik background cite P Ramlee kat channel RTM je. padahal aku tgh masak nasik kat dapur tuh hahahaha.

sampai dia call balik ckp cenggini.

"ye cik ariza, kenapa senyap je td? bisingnye kat umah tu."

kwang-kwang-kwang. biasa ler umah welware mmg cenggini beb. huahuahuahua.

selamat berpuasa everyone.

damnn lama gila tak update blog nih. well, Iman made me to.

ok jumpa raya nanti hahahahahaaha

ok am just being sarkastik. hueheu.

p.s : dalam byk-byk number, number Scha yg ko pilih ye Iman! Mentang-mentang nama ko Iman.. hahaha sabar jelah!

p.s 2 : aku nak letak gak gambar ni tak kira. pic ni mmg buat aku gelak nak mati. hehehehehe jgn marah babe! this pic of yours has been made as yr default photo for caller id in my phonebook. matilah setiap kali u call i will LMAO first! pls spare 1 min for me to laugh 1st then i will ans yr call ok. kwang kwang kwang!

chun lee ting tong! heee heeee ampun babe! =P adoiyai. tak tahan nengok MOLE tuh!!
ohh ye. ni pic masa shooting Awan Dania 2nd season. yeah dah masuk 2nd season uols!! nantikan tayangannya insyaAllah hujung september or awal oktober. "Dania" is wittier this time around. its gonna be a hilarious season! ngeee! =D

ohh, as usual if u wanna know abt her latest news, head over to her Official Fan Page in Facebook which i've created since last year. proudly to announce tht it has reached 40k fans in 8months time!! yay baby yeahhh!!! do become a fan, n of course u'll need an account in facebook. well, everyone got fb, aite. she always updated it herself whenever she's free n if she cant make it, she'll tell me the info n i'll update it for her. well its quite frustrating too when it comes to some fans yang tak faham konsep ber"fan page". some of them just made into conclusion that we as admins hanya menyamar n tipu semua fans. what the __ ? takde keje deyh nak buat semua tu. apa aku dpt pon, kan. all they need to do is to be an OPTIMISTIC fan. thats all. we're giving all the updates n infos that u wanted. pikir logik sudeyh la. huhuhu. well, everything happen for a reason.

ok. till next update, (dunno when) see ya! =)


ieja.logs.off

Tuesday, July 28, 2009

duduk dalam lori sampah lagi wangi dari mengadap orang-orang yang berhati busuk.

ha'ah ya. seorang tak sedar diri menumpang, yang seorang tak habis-habis dengki.

jangann ingat selama ni aku diam je.. buat hal sendiri, tak kacau org, ingat aku takde 'mata' n 'telinga' ?
sorry la beb, semoga berbahagia la dgn dunia kau.
kat dunia bleh la aku maafkan.. the rest, tanggung sendiri.

Monday, July 27, 2009

kau pergi

sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Am listening to aizat - pergi sambil teringat 1 scene in talentime where Hafiz's mother has finally gone... tht scene really 'touched' me.. i remembered my arwah mum at that time, my tears were running down my cheek, n i saw everyone was crying too .. n they didnt stop even they walked out from d cinema .. =(

u were so great Yasmin Ahmad.
Such a big loss .. She died just like my arwah mum, the same way. Sigh..

Al-fatihah to them ...

life is not worth to be cried over spilt milk

so i decided to delete all posts related to 'it' .

Wednesday, June 10, 2009

Di tepi Tangkuban Perahu


Seorang tua melepaskan dahaga setelah kepenatan menjaja makanan di tepi Tangkuban Perahu, Bandung.

Taken on January 25, 2009 at 12.10pm MYT

Camera: Nikon D80
Exposure: 0.013 sec (1/80)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 80 mm
ISO Speed: 100

Gambar original : http://www.flickr.com/photos/avriliza/3614126228/


p/s : Tak main la curik2 gambo org lain pastuh claim sendiri tangkap. Macam bingai! *Sape yg terasa kelat pi makan pengat.

Sunday, April 26, 2009

Melancholia~

aku rasa mcm nak hantuk kepala kat dinding 888888 kali. =(

haihh.....




Sigh...










=(

Monday, March 09, 2009

Setelah sekian lama.

Hmm. Agak lama juga aku meninggalkan dunia blogging yeah?
Gara-gara sibuk dgn beberapa perkara, lantas ku tinggalkan blog ni. Kesian.
Okay, aku sambung balik, ye?

Aku agak lupa bagaimana nak menyusun ayat bagi tak berapa terabur supaya org tak pening bace. Help!!! Duhh. Mula la dah kena syndrom mengong aku nih.
Okay, mulanya xtvt blogging aku agak terhenti kerana sibuk bercuti. Ha-ha, ye bercuti.
Alergik je word ni kan. Yelah, aku ni bukan selalu bercuti pun. Jarang-jarang. Tak pernah pun ye.
Takpelah, at least sampai jugak aku ke sana. Dari org lain yg tak pernah langsung kan?

Pastu, ada gak beberapa perkara yg menggembirakan telah terjadi ke atas aku. And I am so thankful for that.. Really.. bersyukur sgt =)
Ape dia? Bak kata Farhan ~ Hanya Aku Saja Yang Tahu :D

Yang paling aku tak sangka, aku dah start buat wedding job!! Arghhhhh, rase nak jerit sambil hantuk-hantuk kepala buat head banging sambil menari dangdut.
Hahaha.. seyes, aku tak sangka sebenarnya yg aku akan buat wedding shoot. Adeh, terasa kerdil sgt diri ini nak dibandingkan dgn photographer-photographer di luar sana. Yelah, aku kan masih baru, rasa jauhhhhhhhh lagi perjalanan 'penembakan' aku nih. Aku pun tak rasa diri aku ni photograper. Aku hanya hobbyist. Banyak lagi mende aku kena belajar. Tapi takpe, aku anggap ianya proses pembelajaran jugak. Practice makes perfect, omputih kate. Dan, baru lah aku merasa, betapa penat nye buat wedding shoot nih. Sampai skrg betis ku terasa kembang-kembang kempis tali kecapi. Wahahahaha!!~ Giler weyh, 1st job je aku dah kena buli dowh.
Mana taknya, partner shoot aku belah kul 2, aku sensorang terkontang-kanting sampai la abes kenduri, membawak ke outdoor shoot. Gilerrrrrrrrrr~ mana tak ketaq lutut cheq!!!
Tapi hasilnya tunggu la aku bincang dgn pengantin baru tu nnt. Tunggu dia balik bercuti n hanimunnn duluk. Tapi kalo nak tgk serba-sedikit hasil, cam tak biase lak, masuk je la kat Flickr aku tuh!!

So, itu lah dia beberapa update dari aku.. ceh mcm artis plak kasik update2 nih.

Last but not least, nak kasik tgk pics cun~



Yeah, she's the best thing tht ever happened to me. =)

Luv ya always my bestie!!
Eternity.. :-*

Liss & Ieja, BFF 4 Eva

Wednesday, February 18, 2009

terlalu..


aku rela jika dia masih ada
aku rela dimarahi hari-hari (oleh dia)
aku rela diherdik hari-hari (oleh dia)
aku rela dibebel hari-hari (oleh dia)
aku rela dipaksa hari-hari (oleh dia)

tapi hari-hari ku kosong setelah dia tiada

lalu bagaimana?

aku terlalu rindu

aku nak duduk tepi dia (lagi)
aku nak urut badan dia (lagi)
aku nak bagi dia makan (lagi)
aku nak bagi dia minum (lagi)
aku nak suap dia ubat (lagi)
aku nak mandikan dia (lagi)

yang paling penting

aku nak peluk dia (lagi)
aku nak cium dia (lagi)
aku nak manjakan dia (lagi)

tapi hari-hari ku kosong setelah dia tiada

lalu bagaimana?

aku terlalu rindu.

rindu mahu menatap wajah tua itu...



terlalu....


al-fatihah kepada kedua-dua arwah ayahanda & bonda ku...

Sunday, February 08, 2009

Jagung Bakar di Puncak; Bogor, Jakarta.


DSC_0854
Originally uploaded by ieja | photography
Sit back & relax, enjoy this lil teaser. =)

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Tuesday, February 03, 2009

Gurindam 12

Gurindam Dua Belas ditulis oleh Raja Ali Haji di Pulau Penyengat, Riau, pada tarikh 23 Rajab 1263 Hijriyah atau 1847 Masehi dalam usia 38 tahun. Karya ini terdiri atas 12 Fasal dan dikategorikan sebagai “Syi‘r al-Irsyadi” atau puisi didaktik, karena berisikan nasihat dan petunjuk menuju hidup yang diridhoi Allah. Selain itu terdapat pula pelajaran dasar Ilmu Tasawuf tentang mengenal “yang empat” : yaitu syari‘at, tarikat, hakikat, dan makrifat. Diterbitkan pada tahun 1854 dalam Tijdschrft van het Bataviaasch Genootschap No. II, Batavia, dengan huruf Arab dan terjemahannya dalam bahasa Belanda oleh Elisa Netscher.

Fasal 1

barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

barang siapa mengenal yang empat
maka yaitulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya

barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat


Fasal 2

barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut

barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang

barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa

barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat

barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji


Fasal 3

apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita

apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping

apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah

bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan

apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi’il yang tiada senonoh

anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat

hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi


Fasal 4

hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh

apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah

mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir

pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala

jika sedikit pun berbuat bohong 
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka

bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah

barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar

barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor

di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi

pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih


Fasal 5

jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai


Fasal 6

cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat

cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru

cahari olehmu akan isteri 
yang boleh menyerahkan diri

cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan

cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi


Fasal 7

apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta

apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka

apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat

apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih

apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang

apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar

apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan

apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut

apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar

apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar


Fasal 8

barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya

kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya

lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya

daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar

orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa

kejahatan diri sembunyikan 
kebajikan diri diamkan

keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka


Fasal 9

tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan

kejahatan seorang perempaun tua
itulah iblis punya penggawa

kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja

kebanyakan orang yang muda-muda 
di situlah syaitan tempat bergoda

perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan

adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat

jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru


Fasal 10

dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka

dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat

dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai

dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa

dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil


Fasal 11

hendaklah berjasa 
kepada yang sebangsa

hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela

hendak memegang amanat
buanglah khianat

hendak marah
dahulukan hujjah

hendak dimalui
jangan memalui

hendak ramai
murahkan perangai 


Fasal 12

raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri

betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja

hukum adil atas rakyat 
tanda raja beroleh inayat

kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu

hormat akan orang yang pandai 
tanda mengenal kasa dan cindai

ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti

akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta

-----------------------------------------------------------------------------
p/s: saya berpeluang memegang n membaca naskhah gurindam 12 yg di pamerkan di dlm rumah Riau, dalam Taman Mini Indonesia tapi bukan yg original lah, yg telah dibesarkan n di jadikan statue yg mcm besi tu. Byk manfaatnya, kan? =)

Saturday, January 10, 2009

it seems like forever.

yeay, backo. lol. it seems i didn't write in here like, forever? huhu.

well, sorry cause lots of thing coming up.

actually i dunno what to write cause i dunno what to write.

sigh. i am a total psycho. am i?

eck! what happened to me? i am totally lost.
maybe it has got something to do with someone i like. heehee.
don't get me wrong. i'm not talking abt bf. not yet, okayh?

btw i did received the responses from her. i am like, so excited. heehee.
and her fren told me that she was the one telling her abt me.
ohh well. that was sweet. thank you dear :)

and i am so can't hardly wait till the time comes. yippieeee.

eh, why am i writing like this ah? i dont have any stupid idea.

oh. she asked my number. yeah she did. and now i am waiting for her call like crazy. ha-ha.

whatever.



iejasigningoff.

Tuesday, December 30, 2008

Urgent! I need buyer for my Roland Drum System V-Compact series TD-3KW (Details inside)

Item(s): Roland Drum System V-Compact series TD-3KW

Price: RM3,500

Warranty: None (3 months void already, coz i bought it on September)

Dealing method: Cash On DeliveryAge of item: 4 months (as at today)

---

Item(s) conditions: New, still in box. (WITHOUT KICK PEDAL)

Picture: Reason for sale: I need cash. Urgent! Please PM me for details.
Or email me at avriliza(a)gmail.com Thanks!
=)

Monday, December 29, 2008

Tribute to Anis Qistina

Dedicated to my niece.. Anis Qistina.







B&W Conversion..





Anis is my niece, a little 3 years old, 
She fills my heart with warmth, so I never feel cold, 
She might just be a little kid, but I can talk to her, 
She listens as if she’s older, more like a young lady, 
If she ever needs someone, she should always know I’m there,
Irf she ever needs to talk to me, I will listen because I care.


This is her when she was just 3 months old.
Adorable, isn't she? =)

Sunday, December 28, 2008

Unsangkarable!

Sebetulnya aku pun tak tahu apa maksud tajuk di atas itu. Cumanya sekarang ini aku hanya mampu ungkapkan perkataan itu kerana aku tak mampu berkata apa dah!!
Aku terlalu excited dan.. apa ya? Hahahaha.. Hanya masa dan waktu yang mampu tentukan.
Apa-apa pun aku tak mengharap terlalu tinggi dan aku harap orang itu jangan juga mengharap aku terlalu tinggi kerana aku masih lagi baru dalam bidang ini..
Tapi yang aku paling harap sekali, moga diberi tunjuk ajar sepenuhnya.. insyaAllah.

Go D_____lS________! =D



Alhamdulillah...

Thursday, December 25, 2008

Siri bercakap bersama kucing.


Exposure : 0.001 sec (1/1000)
Aperture : f/2.8
ISO Speed : 320


Gitu la gamaknya dialog kucen nih kalau dia diberi kesempatan utk berfikir atau bercakap.

Exposure : 0.017 sec (1/60)
Aperture : f/2.8
ISO Speed : 100


Exposure : 0.01 sec (1/100)
Aperture : f/2.8
ISO Speed : 100


Yang ni pulak suka datang rumah aku. Suka-suki dia je buat rumah aku macam hotel. Kuar pagi balik malam. Huhhhhh! Manyak chantek muka kao ~

Bermain dengan Warna..



Wednesday, December 24, 2008

Lagi 10 minit..

Masa yang tinggal utk aku meng'upload' sedikit gambar yang telah dijanjikan. Maaf, terpaksa 'delay' di atas tuntutan kursus yang bakal tamat petang ini. Yang selainnya bakal di muat-naik kemudian ya. Sementara itu tataplah dulu yang beberapa ini... khas untuk rakan-rakan setia ku.




Ok.. masa utk pergi. Till then.

Tuesday, December 23, 2008

Terbang Ke Awan Scha! =D


Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh....
Siapakah diri ini?


Download lagu nih.

Sang by Atilia specially for Awan Dania drama series. Tak  pernah tengok?
Rugi, rugi.. sila google or search Awan Dania dalam Youtube.Nak lagi senang, masuk je http://www.youtube.com/sharimie1
Sesiapa yang dah tgk sure 'jatuh chenta' dgn lakonan Scha yg selamba sengal akan buat kita tersengih-sengih mcm.. mcm apa ah? Hehehe aku pun dah 'indescribable' pasal Scha nih. Aku dah demam Awan Dania. Pendek kata korang mesti suka punyalah kat budak nih.Budak ke? Baya aku daa.. =P
Awan Dania ni pasal apa ar? Beskut ke? Baca sinopsis kat bawah.
Sinopsis
Awan Dania mengisahkan perjalanan hidup Dania (Scha Alyahya) yang ingin menjadi pramugari. Begitupun, Dania gadis lasak yang membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi.

Dania sering memikirkan mengenai masa depannya, malah cemburu melihat orang di sekelilingnya berjaya dalam kehidupan.

Perkara ini berlarutan hinggalah beliau terdetik untuk menjadi pramugari. Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih untuk mendaftarkan diri di akademi latihan.

Perwatakan Dania yang lebih agresif dan lasak membezakannya dengan rakan lain. Di sinilah bermulanya kisah Dania mengharungi suka-duka dalam kerjaya dan persahabatan yang dibinanya.
Aku tak kisah walaupun drama ni adaptasi dari drama Jepun Attention Please, sebab garapan yang pengarah dia buat membezakan drama ni dengan drama tu.. every drama has its own speciality kan? Maka sesiapa yg ada Facebook, minat Scha, sila-sila la join fan page dia yg aku buat ye.. banyak gambar-gambar dia dalam tuh..
http://www.facebook.com/pages/Scha-Alyahya/38797818702
members dah cecah 2,000 org dalam masa 2 minggu aku create fan page tuh. Memang meletop-letop dah Scha nih.. tambah lak Histeria dia tgh tayang sekarang kan.. Hari tu ada juga dia tinggal komen kat wall fan page tu.. skang ni bz betul dia.. maklum ler org makin popular, nama tengah panas.. heheheheh. Aku sebenarnya dah start perasan Scha ni masa iklan Gua.com.my yg dia dok "wahhhh wahhh" dulu. Lepas tu drama Bella, Sadiq, Terlalu Istimewa (dengan Nasha Aziz). Apa-apa pun, harap jangan cepat panas, cepat sejuk ye Scha.. please maintain your personality. You've got potential, hang on there, babe! Ailebiu sho much lah =D