Pages

Sunday, November 04, 2012

Telemovie: Akhirnya Kisah Perempuan (RTM2)

"Akhirnya Kisah Perempuan - berjuang demi maruah, hak dan kasih sayang"

Telemovie Sempena MAAL HIJRAH 2012

Penerbit/ Pengarah: FAHMI SARINDI

Penulis Skrip: SITI JASMINA IBRAHIM

SIARAN: 15/11/2012 (KHAMIS), 10 Malam, TV2

PELAKON : DIRA ABU ZAHAR (Maisarah), ZILA BAKARIN (Lina), KHATIJAH TAN (June), CORINNE ADRIENNE (Christina), ROZIE RASHID (Mona), TANIA ZAINAL (Julia), IKA FARHANA (Elina), RUBY OOI (Ajun) & MOHAMAD IZZAM SYAFIQ (Kamil)


Sebuah sekuel dari telemovie PEREMPUAN yang telah memenangi SKRIP TV TERBAIK
dan DRAMA TV TERBAIK di ANUGERAH SERI ANGKASA 2010. Kali ini kisah PEREMPUAN
muncul semula setelah 12 tahun perjalanan hidup watak-watak utama PEREMPUAN iaitu
MAISARAH, LINA, JUNE, MONA dan CHRISTINA di mana dahulunya mereka mempunyai
perkaitan kisah hidup dalam dan luar sedar mereka. Akhirnya Kisah PEREMPUAN akan
memfokuskan proses hijrah watak-watak ini dalam kehidupan mereka kini.



Kali ini muncul dua generasi baharu iaitu ELINA (16 tahun) iaitu anak kandung Maisarah
yang masih dia tidak temui selepas bayinya dahulu dijual oleh “bapa ayam” yang telah
melacurkan dirinya dahulu. Hakikatnya Elina adalah anak angkat Christina.

Seorang lagi watak baharu iaitu KAMIL (16 tahun) iaitu cucu kepada June yang tidak pernah
dia temuinya semenjak dibuang oleh anaknya sendiri iaitu JULIA ketika dia berada di dalam
tahanan pusat pemulihan. Julia berasa malu lantaran mempunyai ibu seperti June yang
merupakan bekas penagih dadah. Julia kini telah menjadi janda kaya setelah ditinggal suami
kayanya. Walau hidup mewah, namun hatinya tidak pernah aman. Julia lebih rela bermati-
matian memburu bekas suaminya atas dasar kasih dan sayang sedang hakikat anaknya
sendiri – Kamil terabai sehingga menjadi nakal, degil dan liar.


Maisarah, June dan Lina tinggal serumah di sebuah flat murah di tengah Ibukota Kuala
Lumpur. Maisarah bekerja sebagai sukarelawan di YAYASAN CHOW KIT – sebuah badan
bantu diri yang memberi perlindungan dan penjagaan harian untuk anak-anak gelandangan
Chow Kit yang mempunyai ibubapa tersasar laluan hidup (pekerja seks atau penagih dadah).


Khatijah Tan sebagai June

June pula berniaga buah-buahan dan minuman ringan dengan “warong tolaknya” di sekitar
Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib.

Zila Bakarin sebagai Lina

Lina iaitu kawan brutal Maisarah dan June semasa di pusat pemulihan dahulu, kini kerap
bertukar kerja. Walau luaran nampak tidak banyak hijrah diri berbanding dahulu, namun
hatinya kini lebih kuat, lebih baik. Lina protective terhadap Maisarah dan June atau terhadap
sesiapa sahaja terutama golongan wanita dan kanak-kanak Chow Kit yang cuba dianiaya
manusia lain.

Rozie Rashid sebagai Mona

Mona masih mencuba untuk mengubah diri menjadi seorang ibu yang lebih baik buat
Maisarah namun naluri nakal dalam dirinya mengatasi segala. Mona kini semakin liar akibat
ketagihan judi hingga kerap memeras wang gaji Maisarah.

Christina yang sudah memeluk Islam dahulunya kini telah memegang jawatan sebagai Ketua
Editor majalah PEREMPUAN. Namun selepas kematian suami iaitu USTAZ ALIF yang telah
membawanya ke jalan Islam, iman Christina diuji. Christina membesarkan Elina sendirian
dalam kesibukan tugas harian yang semakin berat dan mencabar hingga menyebabkan Elina
memprotes diri termasuk identiti dirinya sendiri. Elina berkawan dengan remaja perempuan
yang terpesong jatidiri – pengkid.




Pecahan kecil kisah-kisah PEREMPUAN ini bertemu di sekitaran hidup Maisarah dan June
di tengah-tengah kesibukan Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib memperlihatkan putihnya
secalit dosa lama manusia-manusia di situ. Hakikatnya hanya mereka sahaja yang berhijrah.



Nantikan tayangan Akhirnya Kisah Perempuan di TV2 pada Maal Hijrah ini.


Thursday, November 01, 2012

Rahsia Kulit Cerah yang Begitu Berharga




Kuala Lumpur, 30 Oktober 2012 – Setiap wanita mahu tampil dan berasa hebat pada diri sendiri, jadi bagi membantu mereka berasa yakin untuk menyinar, mandian badan LUX White Impress memberikan pengalaman mandian mewah yang menghasilkan kulit cerah yang berharga.


LUX White Impress mempunyai “Triple-Action-System” yang unik yang dirumuskan secara sempurna dengan ekstrak mulberi bagi mencerahkan ton kulit, madu bagi mengekalkan kelembapan dan mikro-kristal bagi pengelupasan kulit, menjadikan kulit sehalus sutera dan lembut seperti kulit bayi!!

LUX memang dikenali dengan haruman memikatnya yang luar biasa dalam setiap mandian badannya di mana LUX White Impress tidak terkecuali apabila hadir bersama pesona menawan Lili dari lembah, Ros dan Melur yang digandingkan dengan buah-buahan yang bergemerlapan, dan pati vanila bagi mencipta wangian menggoda yang kontemporari.

Bagaimanapun, kemewahan ini bukan sekadar di bilik mandi kerana haruman memikat dalam LUX White Impress kekal berpanjangan selepas itu, lantas mewujudkan mood menawan dan sensual yang membolehkan potensi dalaman wanita terserlah sinarnya dengan yakin sekali gus memikat pandangan penuh kagum daripada orang lain!

LUX White Impress baru ini membolehkan setiap wanita bersinar dengan yakin yang terhasil dari kulit yang lebih cerah dan sehalus sutera, yang kini boleh diperoleh hanya dengan menikmati pengalaman mandian yang menyegarkan,” kata Pengurus Jenama Unilever bagi Pembersihan Kulit, Tanya Teng.

Hanya untuk masa yang terhad, pengguna berpeluang menjadi lebih berseri-seri dengan membawa pulang loket rantai Preciosa® Genuine Czech Crystal™ dengan setiap pembelian produk LUX bernilai RM20, yang mesti termasuk sekurang-kurangnya satu produk LUX White Impress di semua farmasi dan pasar raya yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman Facebook LUX bagi mendapatkan kemas kini.
Preciosa adalah pencipta kristal potongan indah yang terkemuka. Selaku pakar dunia dalam penciptaan potongan kristal, Preciosa terletak di tengah-tengah Republik Czech, rantau yang sinonim dengan tradisi pembuatan gelas.

Walaupun diperbadankan secara rasmi pada 1948, tradisi ketukangan kristal Preciosa bermula seawal tujuh abad lalu hingga 1376 apabila relau bagi membuat gelas pertama dinyalakan di utara pergunungan Bohemia. Hanya beberapa abad kemudian, candelier kristal Bohemian pertama mula dieksport ke seluruh Eropah.

Hari ini, Preciosa bukan sahaja merupakan pengeluar candelier kristal klasik terawal dan peneraju lampu moden yang inovatif, malah adalah salah satu pengeluar kristal terbesar di bawah jenama perdana Preciosa® Genuine Czech Crystal™.

Seperti yang dinyatakan oleh Tanya Teng, “Seperti kristal, wanita mempunyai banyak sisi yang membuatkannya bersinar." Gandingan LUX dan Preciosa mengadun beberapa potongan kristal edisi terhad yang amat dicari-cari bagi memberi inspirasi kepada Pencinta LUX untuk menyerlahkan Seri mereka. Dua jenama bersejarah ini masing-masing memperjuangkan kecantikan abadi, dan kami berbangga kerana dapat menjalin kerjasama dengan Preciosa.”


Mandian badan LUX White Impress boleh didapati di semua rangkaian kedai yang menawarkan produk LUX di seluruh Malaysia, pada harga RM15.90 (untuk botol 700ml) dan RM6.00 (untuk botol 220ml). Pek isian semula juga boleh didapati pada harga RM8.90 (untuk pek 600ml).
###

Mengenai LUX
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.
LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.
Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan yang terbaru, Nur Fazura. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.
Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, Wake Me Up dan White Impress. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

Diterbitkan bagi pihak LUX Malaysia oleh WestCoast Communications.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Adelina Halim di 03-7954 4505 / adelina@westcoast.my