Pages

Thursday, September 27, 2007

Aidilfitri bersama ANUAR ZAIN!

Acara : AIDILFITRI BERSAMA ANUAR ZAIN
Anjuran: Anuar Zain Network Sdn Bhd
Hari/Tarikh : Khamis, 8 Nov 2007
Tempat : Akan diberitahu kemudian
Bayaran: Tidak melebihi
RM80

Adakah anda berminat? Jika ya, sila beri kan nama penuh,
no. telefon dan email add anda ke :


bellaestrada2211(at)yahoo.com.au @ 012-9313659 (belle)
atau shee7510(at)yahoo.com @ 013-2587500 (shee)

untuk yang berada di Singapura sila hubungi

Ms Diana di
just_anuar_zain(at)yahoo.com

Friday, September 21, 2007

Allahyarham Nurin selamat dikebumikan






Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang kemudian ditemui mati dibunuh secara kejam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak, selepas solat Jumaat.

Jenazah Nurin dimandi dan dikafankan di Madrasah Assa'Adah, Seksyen Satu, Wangsa Maju. Sementara itu Bernama melaporkan, ribuan orang dengan iringan doa, tanpa mengira peringkat umur dan kaum termasuk kanak-kanak sekolah menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu.

Antara mereka yang turut menziarah jenazah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Terdahulu, pagi ini bapa Nurin Jazlin, dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lepas walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada pukul 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.

Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Ngah" dalam kalangan keluarga dan jirannya. - 21/9/2007

Al-Fatihah

Thursday, September 20, 2007

Al-Fatihah... (Nurin Jazlin Jazimin - Confirmed Murdered)


Mayat budak perempuan itu adalah Nurin

PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.
Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.
Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas - BERNAMA

Naked Body Stuffed In Sports Bag Is Nurin Jazlin - Police

PETALING JAYA, Sept 20 (Bernama) -- Police confirmed the DNA test on the body of a girl found stuffed in a sports bag at a shophouse in Petaling Jaya Utama on Monday is that of Nurin Jazlin Jazimin who was missing since a month ago.

Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said blood tests on the body and Nurin's parents confirmed their blood ties.

He said Nurin's parents were informed of the DNA finding this affernoon.

Nurin Jazlin, 8, a Standard Two pupil of Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, was reported missing on Aug 20 after going alone to a night market near her house at Section 1 in Wangsa Maju.

The body of a naked girl, believed to have been sexually abused, was found by a shophouse owner at Jalan PJS 1 on Monday morning.

In KUALA LUMPUR, Nurin's father, Jazimin Abdul Jalil, 33, refused to accept the DNA result that the girl's body was his daughter's.

"I am Nurin's father...I know my daughter better than anyone else. My heart is saying the body is not my daughter.

"If police ask me to take the body, I will accept, I will perform the funeral rites and bury it. But I want the police to pursue the search for Nurin because I know Nurin is still safe out there," the taxi driver told reporters outside the Kuala Lumpur Hospital mortuary.

Jazimin said he was sure the body was not his daughter's based on her teeth and the scar.

He said Nurin had no gaps in her teeth and had a scar on her thigh.

Jazimin said he was informed of the DNA test result at 12.30pm by the Petaling Jaya police who summoned him to the Kuala Lumpur Hospital mortuary to identify the body.

Jazimin and his wife, Norazian Bistaman, 35, who were called to the hospital for identification on Monday did not accept that the body was their daughter based on the physical condition of the girl's body.

A distraught Norazian told reporters she would accept the authorities' decision.

"What else can I say. The DNA test shows she is my daughter. I will accept the will of God.

"As a mother, I still hope the body is not my daughter's. No mother will accept the reality that her daughter was raped and killed brutally.

"Only God knows the extent of my sadness and grief," she said in tears.

Norazian said this year's Hari Raya Aidil Fitri celebrations would be the most joyous and meaningful in her life in the event Nurin was found safe and sound.

"In fact, we've already bought Nurin's Hari Raya dress and I will patiently wait for her return," she added.

To add salt to injury, Norazian said while her family was grieving over Nurin's long disappearance, some people have the heart to ridicule and poke fun at her and her husband, making phone calls to say Nurin, whom they have nicknamed "Kak Ngah", was with them.

The housewife said the latest anonymous call she received yesterday from an unknown man saying Nurin was under his care.

"I'm too weak and don't have the energy to receive such hurtful calls anymore.

"I hope God will punish the murderer for the brutal killing of my innocent daughter to commensurate what has been done to her," she said, recounting the sufferings endured by her daughter during her one-month disappearance until her body was found stuffed in a sports bag.

Nurin is believed to have been killed 24 hours before her nude body was found on the stairs of a three-storey business premises.

Post-mortem on the body revealed the murderer had inserted a brinjal and a cucumber in her private parts, forcing the rupture of her rectum and to be infected with bacteria, resulting in her gruesome death.

The parents could not positively identify Nurin when they were first called in on Monday to identify the girl's body found with skin and bones, with bruise marks on her neck, suggesting strangulation.

Many parties came forward offering cash rewards to informants leading to the arrest of the murderer when Nurin's photograph was published in the local media.

The foreign media also joined in the search by providing updates on the search for the missing girl.

-- BERNAMA

Kepada mereka yg telah melakukan perbuatan kejam tu.. bersedialah.. Neraka lah tempat mu..
Semoga arwah Nurin ditempatkan bersama orang² yg beriman..

...how cruel people are nowadays *sigh*
Updated 21/09/2007

Alfatihah

Due to the overwhelming scientific evidence produced, the parents of Nurin Jazlin have decided to accept the body they inspected as of their daughter's.

The body will be claimed this morning and funeral (burial) would probably be held after Friday prayers today. --- http://nurinjazlin.blogspot.com/

Saturday, September 08, 2007

'Anuar Zain' dah kuar!!

Dpt sms from a fren, she told me that Anuar's long awaiting album (The famous 'Lelaki Ini' track also included) has finally out today.
Available at Music Valley n Speedy n all music stores. Grab ur own copy now!
*am gonna grab 1 4 myself too* :)

Friday, September 07, 2007

Kerana Cintaku Saerah - Recap Episod 1 [6 September 07]


Disclaimer : recap ni mengikut apa yg aku ingat jer la.. kadang tu ade yg telepas tgk. Pls dun mind my rojak language ye ;P

-Drama dimulakan dgn scene Jibek (Benjy) dan Era (Umie Aida) semasa kecik, Jibek berlari² sambil memeluk seekor kambing putih ke arah Era yg tgh duduk kt pondok di tgh bendang. Dia meng'introduce'kan kambing putih tu kt Era sbg anak dorang, konon² main kawin² laa kan. Jibek ckp dah besar nanti dia nak kawin ngan Era. Era malu² dan lari dr pondok sambil menanyakan nama kambing tu kt Jibek, Jibek ckp nama kambing tu Mary, tp Era tanak, dia nak namakan kambing tu Siti. Time ni Jibek melompat nak kejar Era. [Scene abis]

-Scene dimulakan dgn sambungan Jibek melompat td menjadi Jibek yg dah besar. Jalan terhenggut² (karakter mcm spastik, terencat akal) sambil mendokong kambing kaler itam n di ejek dek budak² kampung. Dia introduce kt bebudak kg tu yg nama kambing tu Yam, kononnya anak cucu cicit kpd Mary, anak Jibek n Era.

-Scene Era (dah besar) tgh baca gosip dlm majalah hiburan sambil kepala berbalut plastik (letak inai rasanye kot). Berangan nak kawin ngan datuk sambil di perli dek maknya Mak We (Wan Maimunah), toksah nak berangan ler.

-Tetibe dtg 3 'ekor' samseng kampung yg salah seorangnye si Jenal (Isma Yusoof - Era panggil dia Jenal Jongos berdasarkan keadaan fizikal mulutnye yg agak jongang..hehe) dgn motor dorang. Jenal usik² Era tp Era x layan lalu Jenal trus jumpa Mak We mintak hutang mak dia (Cik Ros - Engku Faridah) yg tertangguh beberape bulan. Jenal mengutuk² keluarga Mak We yg miskin sambil membanding²kan mak dia (Cik Ros) lagi kaya dr dorang. Jenal mengugut, kalo dorang tak bayar utang, baik suruh Era gadai badan je. Time ni Era mengamuk sambil baling majalah td kat Jenal. Mak We berkali² menjelaskan kt Jenal bahawa dorang akan membayar utang tersebut. Tetiba si Jibek datang menyerang Jenal dr bawah rumah, dorang bertumbuk. Balaci Jenal 2org pun dtg meleraikan n bawak Jenal pegi sambil Jenal menjerit² suh dorang byr utang. Si Jibek lak menjerit² bagai Incredible Hulk, marah gile la kat Jenal kononnya.

-Scene malam di tgh rumah, Mak We bgtau kt Era yg duit tak cukup nak bayar utang Cik Ros. Era bgtau kat Mak We yg kawan dia yg keje kat KL ajak dia dtg keje kt sana gak. SO boleh la dia bayar utang dorang. Mak We marah, takut Era nak jd GRO kt sana. Tetibe si Jibek datang bawak sebungkus plastik berisi duit syiling + kertas n letak kat depan Mak We n Era. Dia suruh dorang byr utang guna duit tu, kononnya upah dia panjat pokok kelapa, angkat barang etc. Mak We tanak terima memula, tp Jibek berkeras suruh amik.

-Esoknya Cik Ros ngan Jenal datang umah Era kononnya nak mintak gantirugi atas sebab Jibek membelasah si Jenal lebam². Siap tunjuk bil hospital. RM500. Era curious takkan bil sampai RM 500. Cik Ros bgtau kononnya kena bil ginaekologi la, consultation doktor la, lebam la ntah ape2. Mak We tgk Jenal takde pun lebam². Tetibe Jenal kluarkan pembalut leher n terus pakai n buat² sakit. Era buat muka bengang je. Mak We pun gi blakang ambik duit Jenal n kasi kat Cik Ros. Cik Ros ambik bungkusan tu sambil ckp kalau tak cukup nnt diorang dtg amik baki lagi (Boleh??). Last² Mak We terpaksa kasi gelang tangan emas dia kat Cik Ros nak setelkan baki utang. Cik Ros n Jenal pun bergerak pulang sambil bgtau yg dibayar td hanya bunga je, belum utang lagi. Utang tu kira lain. (Siot je..). Mak We sedeyh sbb tu satu²nya gelang emas yg dia ada. Era buat muka masam n terus masuk dlm umah.

-Era yg tgh mkn tebu dtg sergah Jibek yg tgh main ngan kambing dia kat pondok bendang. Time ni Era manje² ngan Jibek sambil mintak tlg Jibek supaya pujuk Mak We kasi dia keje kt KL. Jibek ckp dia pun nak ikut skali, Era tak kasi, suruh jaga mak kat umah. Jibek ckp kalau camtu dia pun taknak Era pegi. Tetiba Era ternampak kawan lama dia yg keje kt KL, Yatie (Sharifah Shahora) yg baru sampai dgn sorang kwn lelaki, Mustazar (Ezani). Yatie introduce Era kat Mustazar sambil puji Era ni lawa. Era senyum sambil Jibek tgk je dr pondok...

Bersambung minggu depan...

Bonus - [Tgk video sedutan The Making Of]

Thursday, September 06, 2007

Tazkirah (Maafkan saya)

Assalamualaikum wbt.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Bersama² ini disertakan Jadual Waktu pada Bulan Ramadhan.
Sila 'right-click n save target as'.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Attachment: Ramadhan 1428.pdf

Tuesday, September 04, 2007

Kerana Cintaku Saerah - 6 Sept @ Samarinda, TV3

Tak sabar nak tgk malam esok.. cite ni bakal menggantikan drama siri Kasih Suci di Slot Samarinda TV3.. antara reason aku nak tgk sgt² sbb drama ni hasil karya Shahrul Ezad yg pernah menghasilkan drama² terbaik spt Emil Emilda, Sutun 1 & 2, Seputih Qaseh Ramadhan.

Waktu siaran : Setiap Rabu & Khamis, 10.30 pm

Lagu Tema : Seribu Tahun by
Imran Ajmain

Pelakon² Utama

 Jibek... Benjy
 Saerah... Umie Aida 
 Nomi... Noorkhiriah
 Mak We...  Wan Maimunah 
 Jenal... Isma Yusoof 
 Yatie... Sharifah Shahora 
 Cik Ros...  Engku Faridah 
 Dato' Z... Mubarak Majid 
 Mustazar... Ezani
 Yaya... Amy Suraya

Pelakon² pun boleh tahan.. malatop! Yg aku respek kalo RadiusOne nye produksi, setiap kali buat drama mesti ada poster.. ala² filem lak. Ni baru drama.. blom filem lagik. Mmg cun ar poster nih. Siap ada official website tuh.. mcm
Emil Emilda aritu.
Klik sini utk masuk website dorang.

Ape²pun mari le support drama melayu yg berkualiti.. Layannnnnnnnn!

Sinopsis
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya. Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Sesuai Dengan Suasana Hari Raya
Drama ini pastinya akan menyentuh perasaan anda kerana di penghujungnya anda akan saksikan ketika menjelang Aidilfitri nanti. Mengikut Isma, beliau pun menangis ketika menyaksikan shooting drama ini kerana ia memang sesuai dengan hari raya. Di mana suasana bermaaf-maafan ada kena mengena dengan tema drama ini. Walaupun membawa watak jahat, Isma masih lagi berjiwa sensitif. Hehehe. Menyentuh cabaran dalam menghayati watak jahat, Isma yang sebelum ini membawa watak lembut dalam Emil Emilda, katanya terpaksa memakai gigi palsu untuk menukar rupa gigi kepada jongang dan menghodohkan raut wajahnya. Satu cara untuk menjelmakan watak yang menjengkelkan sehingga timbulnya perasaan benci di kalangan penonton. Memang susah juga terutama kena pakai gigi palsu ketika makan. Dahlah banyak adegan makan-makan dalam drama ni. Pertama kali membawa watak seorang pemuda kampung yang hidup kaya raya yang berlagak samseng yang angkuh, Isma Yusoof mengaku bahawa watak tersebut memang mencabar dan bukannya senang. Keunikan skrip ini, walaupun watak Isma serta ibunya terlalu jahat dan samseng, namun mereka adalah antara pak lawak yang menghiburkan dalam drama ini.

Sinopsis diambil drpd website
Budiey.
Kredit kpd
Isma Yusoof selaku designer poster n juga RadiusOne Sdn Bhd.

Keep up da great work guys! :)

                       

Edited : Drama ni terpaksa ditunda ke 6hb esok sbb mlm ni final Kasih Suci. Terdapat perubahan schedule sbb slot ari Selasa di isi dgn MyTeam 2. Ape² pun, jgn lupa mlm esok!