Pages

Thursday, May 31, 2007

Nilai Kasih Seorang Ibu..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai - RM4.00
2) Tolong jaga adik - RM4.00
3) Tolong buang sampah - RM1.00
4) Tolong kemas bilik - RM2.00
5) Tolong siram bunga - RM3.00
6) Tolong sapu sampah - RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya. 

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara...

7 comments:

Heldamelissa (",) said...

PERCUMA......hehehe....

XXXX YYYY said...

..bak kata pepatah..."Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.."

Heldamelissa (",) said...

kasih ibu bawa ke syurga............sayang ibu.........

XXXX YYYY said...

adehhhh..begitu terasa di jiwaku..

dyx dzu said...

free for life

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

jadi, sayangilah ibu anda selagi hayatnya masih ada.. ok kawan2? :)

dyx dzu said...

okies