Pages

Tuesday, September 04, 2007

Kerana Cintaku Saerah - 6 Sept @ Samarinda, TV3

Tak sabar nak tgk malam esok.. cite ni bakal menggantikan drama siri Kasih Suci di Slot Samarinda TV3.. antara reason aku nak tgk sgt² sbb drama ni hasil karya Shahrul Ezad yg pernah menghasilkan drama² terbaik spt Emil Emilda, Sutun 1 & 2, Seputih Qaseh Ramadhan.

Waktu siaran : Setiap Rabu & Khamis, 10.30 pm

Lagu Tema : Seribu Tahun by
Imran Ajmain

Pelakon² Utama

 Jibek... Benjy
 Saerah... Umie Aida 
 Nomi... Noorkhiriah
 Mak We...  Wan Maimunah 
 Jenal... Isma Yusoof 
 Yatie... Sharifah Shahora 
 Cik Ros...  Engku Faridah 
 Dato' Z... Mubarak Majid 
 Mustazar... Ezani
 Yaya... Amy Suraya

Pelakon² pun boleh tahan.. malatop! Yg aku respek kalo RadiusOne nye produksi, setiap kali buat drama mesti ada poster.. ala² filem lak. Ni baru drama.. blom filem lagik. Mmg cun ar poster nih. Siap ada official website tuh.. mcm
Emil Emilda aritu.
Klik sini utk masuk website dorang.

Ape²pun mari le support drama melayu yg berkualiti.. Layannnnnnnnn!

Sinopsis
Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya. Drama ini akan membawa penonton kepada kisah suka duka Jibek memelihara anaknya sehinggalah anaknya besar. Banyak laluan getir dan dugaan yang terpaksa dihadapi Jibek. Antaranya terpaksa menghadapi kerenah seorang pemuda jonggang yang samseng bernama Jenal (lakonan Isma Yusoof) dan ibunya, Cik Ros (lakonan Engku Faridah) yang suka membuat onar tanpa belas kasihan terhadap Jibek. Ibu Jibek banyak berhutang dengan Cik Ros dan Jibek tidak mampu membayar kesemua hutang tersebut. Kewujudan watak Nomi (lakonan Noorkhiriah) yang mengalami penyakit terencat akal menjadi kawan Jibek sejak kecil sehingga besar sedikit sebanyak memberi penawar pada Jibek. Mungkinkah akan ada cinta antara Nomi dan Jibek? Apakah yang akan berlaku pada Saerah ketika di Kuala Lumpur? Apakah yang akan menimpa Jenal dan ibunya Cik Ros? Untuk jawapan dan kesudahan drama ini, anda perlu tontonnya sendiri.

Sesuai Dengan Suasana Hari Raya
Drama ini pastinya akan menyentuh perasaan anda kerana di penghujungnya anda akan saksikan ketika menjelang Aidilfitri nanti. Mengikut Isma, beliau pun menangis ketika menyaksikan shooting drama ini kerana ia memang sesuai dengan hari raya. Di mana suasana bermaaf-maafan ada kena mengena dengan tema drama ini. Walaupun membawa watak jahat, Isma masih lagi berjiwa sensitif. Hehehe. Menyentuh cabaran dalam menghayati watak jahat, Isma yang sebelum ini membawa watak lembut dalam Emil Emilda, katanya terpaksa memakai gigi palsu untuk menukar rupa gigi kepada jongang dan menghodohkan raut wajahnya. Satu cara untuk menjelmakan watak yang menjengkelkan sehingga timbulnya perasaan benci di kalangan penonton. Memang susah juga terutama kena pakai gigi palsu ketika makan. Dahlah banyak adegan makan-makan dalam drama ni. Pertama kali membawa watak seorang pemuda kampung yang hidup kaya raya yang berlagak samseng yang angkuh, Isma Yusoof mengaku bahawa watak tersebut memang mencabar dan bukannya senang. Keunikan skrip ini, walaupun watak Isma serta ibunya terlalu jahat dan samseng, namun mereka adalah antara pak lawak yang menghiburkan dalam drama ini.

Sinopsis diambil drpd website
Budiey.
Kredit kpd
Isma Yusoof selaku designer poster n juga RadiusOne Sdn Bhd.

Keep up da great work guys! :)

                       

Edited : Drama ni terpaksa ditunda ke 6hb esok sbb mlm ni final Kasih Suci. Terdapat perubahan schedule sbb slot ari Selasa di isi dgn MyTeam 2. Ape² pun, jgn lupa mlm esok!

17 comments:

Heldamelissa (",) said...

wahh best nie..........mesti tgk..

esok lak tu mula..:)

Imran Ajmain said...

:)

slamba slamanya said...

pehhhh.... btoll ka tuanpunya nama ni

Heldamelissa (",) said...

telenovela nie..hehehe..siap ada poster...

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

tgk jgn tak tgk.. bro im, thanks for droppin by ;)

Aida Arifin said...

fuuhhhhh,,,,,Best ..layannnnnnnn ... Esok ........... Tonton sekali erkk.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

jgn lupe ye!

Heldamelissa (",) said...

dah letak note..heheheh..malam nie laa...

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

Kasih Suci mlm ni final.. so citer ni akan start esok..jap nak edit posting.

Heldamelissa (",) said...

laa..ye ke....a'aa ek...my team semalam..

NaShD xoxo said...

umi aida??grrr....ada lagik isma yusuf tu?huh kroni nie...sejak Sutun 2 lagik..n way layanzz...

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

hehe dah lama x tgk umie aida dlm drama bersiri.. isma yusooff tu best gak dia berlakon.. n poster2 ni rasanya dia yg buat.. dia mmg graphic designer.
most drama sharulezad ada pelakon yg sama.. tp yg bagusnye dorang tak terbawak2 watak yg sama.. cam dlm sutun 2 n emil emilda isma bawak watak lelaki lembut tp dlm cite ni dia jd jahat.. kita tgk camne pembawakan watak dia nnt.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

sinopsis updated!

Aida Arifin said...

Thanks .. lagi smangat la nak tonton malam ni ..... LAYAnnnn...........zass ,,,,!!!!!!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

mlm esok! bkn mlm ni. read my last sentence dlm post atas. hehehehe

Aida Arifin said...

Sounds Gooood ..... yay ... xyah la guek tunda guek nyer .. Futsal training .. YAY ..!!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

Malam ni.. jgn lupe! :P