Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang kemudian ditemui mati dibunuh secara kejam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak, selepas solat Jumaat.
Jenazah Nurin dimandi dan dikafankan di Madrasah Assa'Adah, Seksyen Satu, Wangsa Maju. Sementara itu Bernama melaporkan, ribuan orang dengan iringan doa, tanpa mengira peringkat umur dan kaum termasuk kanak-kanak sekolah menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu.
Antara mereka yang turut menziarah jenazah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Terdahulu, pagi ini bapa Nurin Jazlin, dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.
Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lepas walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada pukul 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.
Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Ngah" dalam kalangan keluarga dan jirannya. - 21/9/2007
Al-Fatihah
39 comments:
=(
So sad.. how can a sweet girl like her ended up just like that... ;(
sama2 sedekahkan al-Fateha buat allahyarhamah....!
sama macam kes kat spore di mana seorang kanak2 berumur 2 tahun dibunuh oleh ayahnya sendiri....!!! direndam kepala mangsa dalam baldi hingga lemas!!!!
Semoga roh alahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Amin
Amin.
Kanak2 yg tak berdosa tu, sydah tentu tempatnya di syurga..tapi yg membuat angkara tu should be dealt with....
alfatihah
Al-Fatihah utk allahyarhamah adik nurin......
no komen :X
Al Fatihah... Kepada keluarga Nurin harap bersabar.. Iringi pemergiannya dgn penuh keihklasan... Surga sudah pasti untuk dia..
Yang buat angkara tu wajib di pancung sahaja lehernya dan mayatnya dicampakkan sahaja kekandang harimau di zoo negara... jimat sikit duit zoo tak payah beli makanan utk harimau tu..
innalillahi wainna ilaihi roji'un
turut berduka cita...
semoga amal ibadah diterima Allah SWT
amin.
al-Fatihah
Al-Fatihah.
sedih sangat sampai nangis tgk kat TV3 tadi
masa lepas mandikan mayat baru nampak rupa Nurin yg sebenar.. mesti mak ayah dia sedih sgt tgk.. :(((
al fatihah buat arwah adik nurin...
sebak baca bila dpt tau yg mayat yg dijumpai tu adk nurin...
hmm.. cpt2 la pembunuhnya dijumpai n dihukum..
mmg patut bunuh trus..gantung terus sampai mati..jahat..geram btul
tu arr..mmg sakit ati n sedey. isk isk
tgh dengar lagu okid - derita nih .. sedey :`(
http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=931
kalau la kita dpt "binatang" tu.. nak jer aku sumbat dia ngan "terung and timun" mcm mana dia buat dkt arwah..
biar dia rasa sakit mcm mana... gerammm sungguh...
dan amat menakut kan.. nk biar budak² sorang²
so kpd parents suma... jaga² lah anak anda....
pls jgn lalai dan biar kan anak anda kesorangan... biar kita susah sikit tak per janji anak² kita selamat...
ucapan takziah kepada keluarga nurin .... moga nurin ditempat orang yang soleh .... kepada pembunuh tu, binatang lagi baik .... anda lebih teruk dari syaitan.
Al-Fatihah..Semoga akan terbalas segala perbuatan 'binatang' yang terkutuk itu..
Sungguh menyayat hati.... perbuatan kejam membunuh...lagi2 mangsa adalah anak kecik.... dia tak faham dan tak berdaya... tak dapat nak bayangkan bagaimana Allayarhammah Nurin mengharungi derita yang beliau tanggung.... semoga lakhanat yang bertanggungjawab dapat di berkas secepat mungkin!!!!
Al-Fatehah....
Semoga rohNya ditempatkan disisi orang2 yang beriman.... Amin!
smoga keadilan ditegakkan...
mmg sungguh myayat hati....tlalu sedih ...i hope keadilan dpt dtegakan..al-fatihah
tolonglah...manusia yg tak bertanggungjawab tu diberikan hukuman seberat2nya sblm dia menerima hukuman dari allah....binatang!!!
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga... hukuman dunia bolehlah dia escape, dibelakang hari...hhhmmmmm, there's NO ESCAPE!
hopefully they can catch the BEAST soon!
harap sgt org gila ni ditangkap secepat mungkin.. curse³!
just can't imagine wat she went thru d last few days of her life... :'(
takziah to the family, semoga Allah mencucuri rahmatNya. Alfatihah.
Saat duka seorang ayah...
Sad, sad.
dah dpt ka belom pembunuhnya ?
belom ler.. kan polis tgh mencari.. kalo dah dpt mesti dah terpampan dlm paper.
kalau dpt nanti .. hang post la cni :)
mesti punyerr..dun wori.
alfatihah.. semuga rohnya dicucuri rahmat...amin..
Al Fatihah...
hmmm...
Post a Comment