Pages

Wednesday, October 03, 2007

Berhati-hati especially buat Muslimah (Pencuri di surau)

**Forwarded from e-mail***

Assalamualaikum...

Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Pengalaman kehilangan beg tangan di tempat yang saya tidak jangkakan iaitu di dalam surau.

Pada 2 Jun 2007, saya pergi ke Mid Valley bersama seorang rakan. Bila tibanya waktu solat Zohor,kami ke surau Mid Valley yang terletak berhampiran Jusco. Pada hari itu, muslimah yang mengunjung ke surau teramat ramai sehinggakan kami terpaksa beratur panjang. Jadi, untuk mengelakkan beratur panjang, kami lepak dulu di dalam surau sambil berborak.

Tiba-tiba kami didatangi seorang gadis yang tidak bertudung,berbadan gempal,tinggi dalam 155cm,memakai kaca mata,bermata bundar , memakai baby t, sluar jeans ala2 indon.... Dia datang dan berborak dengan kami.. Kami agak kehairanan kerana cara dia menyapa kami seolah2 dia dah lama kenal kami.. Perempuan ni amat ramah sehinggakan kami blh rasa kemesraan walaupun kali pertama bertemu. Dia memberitahu kami yang handsetnya kehabisan bateri dan ingin menghubungi suaminya yang berkerja di Shah Alam. Jadi, diatas "kemesraan" yang ditunjukkannya, kami rasa, tak salah kalau kami membantu dia..lagipon,dia meminta "suaminya" yang menghubungi handset saya. Tibe2 handset bdering dan ternyata, suara seorang lelaki mencari nama "Mira". Perempuan td mengiakan yang dialah "Mira". Lantas, saya member handset N70 kpdanya atas dasar ingin membantu. Tiba2, perempuan itu bangun, dan meminta izin keluar dr surau kerana katanya, suaminya sudah ada d depan pintu surau. Jadi, saya tidak mengesyaki apa2.

Mengucap panjang saya bila 5 minit perempuan itu tidak kembali. Kami terus keluar mencari "Mira". Puas kami cari, rupenye perempuan tu dah blah... Habislah kali ini... Kami terus berjumpa dengan Pak Guard Mid Valley dan membuat report police. Selepas membuat report police,kami dibenarkan melihat cctv. Kelibat "Mira" memang wujud dan kami ternampak semasa dia keluar,dia tidak menggunakan handset itu,namun meletakkan handset itu di dalam beg dan terus keluar dari surau. Mengikut kata pihak Mid Valley,kejadian seperti itu telah lama berlaku. Pihak security Mid Valley jugak dikaburi dengan cara pemakaian yang berlainan oleh perempuan itu untuk mencuri dan hanya menerima maklumat selepas kejadian berlaku. Selain itu, "Mira" ini jugak telah menjalankan kegiatan mencuri handset,dompet dan barangan yang telah dibeli oleh pengunjung surau. Wallahualam.

31 Ogos 2007, saya ke Sogo untuk bershopping. Mcm biasa,baru lepas gaji... Kali ni saya pergi lewat kerana pada petang itu saya ke Kuala Selangor kerana mengahdiri kenduri kahwin sepupu. Selepas membeli beberapa helai baju,saya ke surau Sogo untuk solat Maghrib. Kali ini saya lebih berhati2 kerana takut pisang berbuah 2 kali. Semasa saya masuk ked lm surau, saya terpandang seseorang yang saya kenali... Yaa... Saya msh ingat rupe pencuri itu walaupun dia memakai baju kurung & memakai tudung. Betuler kata pak guard di Mid Valley. Kadang2 dia sanggup mengenakan jubah dan tudung labuh semata2 ingin mencuri. Saya menegur dia... "Mcm pernah nmpak adik ni.. Tak pergi Mid Valley ke?". Dia senyum dan menjawab " Saya tak pnah pergi Mid Valley, kak. Saya baru datang dari kampong". Saya terus melemparkan senyuman dan saya mengambil air sembahyang. Saya pastikan saya memegang beg dan plastik2 shopping walaupun amat sukar semasa saya mengambil air sembahyang. Saya perhatikan pencuri iru masih tersengih d tepi almari.

Saya terus menunaikan solat.. saya fikir lepas ini,saya nak "basuh" pencuri ni. Memang dlm hati,saya berterimakasih kepada Yang Maha Esa kerana menemukan saya dengannya.

Bila saya habis sembahyang,saya tengok pencuri tu dah xde. Melepas kali ni... Haduhlah... Takpe, saya dah tahu "cara kerja" dia. Sekurang-kurangnya,dia akan kembali ke surau untuk "berkerja". Tiba-tiba saya terdengar bising... Seorang gadis kehilangan beg tangan !!!! Tidak syak lagi. Saya membantu gadis itu, dan pergi ke security office di level 7. Sebelum itu,kami membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Mungkin saudara/I tertanya2 kenapa saya "busy body"? Saya mengambil kesempatan ini untuk melihat adakah benar pencuri tadi juga yang melakukannya.

Yes !!!! Ternyata benar,mengikut kata Sarjan yang bertugas,perempuan yang mencuri beg ini aktif di sekitar Lembah Kelang dan pernah beberapa kali ditangkap. Tempat2 yang selalu dikinjungi adalah Mid Valley, Sogo, Kl Sentral, Times square, Jusco Maluri, Jusco, Sg Wang dsb. Dlm cctv sendiri saya melihat kelibat perempuan itu memegang beg tangan yang baru dicuri... Astaghfirullah...

Siapakah perempuan yang mencuri ini? Kenapa dia jd begini? Wallahualam... Beware!! Saya berharap agar pada masa hadapan,kita akan lebih berhati2 agar perkara ini tidak berulang.. jikalau saya tahu dia akan lari sblm saya siap sembahyang,mungkin saya akan menghadiahkan sebiji penumbuk ke mukanya.

Ciri - Ciri :

* Tinggi dalam 155cm

* Bertubuh gempal

* Bermata bundar

* Berkulit sawo matang

* Berkacamata

* Tudung ( on / off )

* Rambut lurus paras bahu

* Matanya sedikit merah dan bila bercakap dengan kita,matanya bergerak2

* Memakai baby T / jeans dan kadang2 boleh bertukar fesyen

* Dia akan duduk di satu sudut dan memerhati sambil menegur org lain

* Pura-pura menyikat rambut,membaiki kain tudung & makeup

* Pura2 bergayut telephone

* Berasal sekitar KL,Selangor @ Perak (berdasarkan percakapan)

7 comments:

Heldamelissa (",) said...

mmg tak leh percaya...
ari tu ada orang nak pinjam tepon...mmg tak bg..
cakap tak de kredit..hehehe...
sbb public phone ada kat situ..
sibuk nak pinjam lak...

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

yeap.. jgn sekali2 bg kat org..kalo ye pun biar dpn mata.. yg dia xleh nk lari..tp sebaik2nye takyah kasi la.. heheeh

Heldamelissa (",) said...

tu laaa...tak berani laa...
kalau pi solat pun...
beg tu letak kat kaki...bior laa...janji selamat...

raewo tuleen said...

tu le .... buat apa bawak barang banyak sangat .... macam aku senang je .... beg masuk dalam poket .... hehehehe

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

org lelaki tak bwk beg senang la.. org perempuan ni mcm2 nk di bawak..heeheheh

Patricia Charles-King said...

kalo aku dpt pompuan tu aku tampo sampai pecah mulut dia..pastu jari2 dia aku piat2 sampai patah.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

heheehehe..marahnye..sabo kak..bulan posa ni ;p