Pages

Wednesday, February 20, 2008

Don't Be Sad ;)

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan. Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan keceriaan kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup. Biasalah jika susah hati atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menangis. Dalam situasi anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak tenang.

Paling penting, anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan diri. Masalah akan selesai jika kita berusaha. Memang susah! Memang payah! Ada tikanya perit dan mengecewakan malah melukakan. Tapi bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai ujian, anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Inilah panduan:

1- Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.....Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2- Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui," .....Surah Al-Baqarah ayat 216

3- Kenapa ujian seberat ini?
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," .....Surah Al-Baqarah ayat 286

4- Kenapa rasa kecewa?
"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman," .....Surah Al-Imran ayat 139

5- Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)." .....Surah Al-Imran ayat 200

6- Apa yang aku dapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... Surah At-Taubah ayat 111

7- Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal." .....Surah At-Taubah ayat 129

8- Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." .....Surah Yusuf ayat 12


Just a note to someone, pls dun give up! Keep trying and whatever it is, i'm always supporting u n be around when needed. I know u're in a sad sad situation, but, pls hang on!!
I'm always here for u. Hadapi dengan senyuman..k?

24 comments:

kunyit nguyen said...

tq ieja, amat mengisafkan sy..harap kawan-2 amik iktibar jua..insyaallah..

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

yr welcome.. msg ni dikongsi utk kebaikan bersama gak ;)

fiffy fardila said...

thanks ieja..kata² kamu telah menyedarkan saya..skrg sy sdh fhm knapa saya dberi ujian yg sangat perit..thanks again =)

lizz lizard said...

uhuk3!!! aku cam nk menitiskan air mate keinsafan ni babe...ngehehe....baguih naa ko ni...bg aku semangat nk idup ngn lebih waras..wakaka!!!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

yerp.. setiap org x lari drpd diuji kan. terpulang pd kita camne nk menghadapi nyer. huhuhuhu ;)

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

nasib baikk ko insaf. kalo tak insaf aku tatau naa? ngeh ngeh ngehhh. ;P

Normasilla Ponijan said...

aku slalu baca mende ni kat fwded mail.. yep.. Allah sentiasa menguji hambaNya utk tau sejauh mana kita tahan..dan beriman pada Dia... tq for sharing again!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

well said bebeh!

lizz lizard said...

aku cpt insaf kalo ko nk tau babe...tp,cpt gak......ngehehehe....mau jwpn seterusnyer?jmpe di ym..wakikiki!!!

beehun goreng said...

Namanya lagi kehidupan..tentu ada suka dan dukanya.Setip manusia ada jalan cerita msg2.Dan bagaimana kalau u all menerima berita org yang disayangi hanya tinggal beberpa bulan saja lagi hayatnya?Dugaan ini sememangnya amat beratbuat diri aku tapi aku pegang pd hadis ini.."Allah akan memberi bantuan pada hambaNya,selama mana hambaNya memberi bantuan kepada saudaranya"Dan di saat spt ini wang atau harta bukan perkara utama tetapi semangat yang patut diberi pd pesakit itu utk tidak berputus asa.
Tq Ieja dan juga Tuhan yang memberi keizinan dan membukahati saya utk membaca di blog ini.Sekurang-kurang apa yang Ieja titipkan itu membantu kesdihan dihati dn membuat sy up.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

beegoz, i agreed with u.. btw, sapa yg u kata org yg disayangi tu.. dia sakit ke? apa² pun, harap u sabar k.. mcm kata² di atas tu..."ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".. dont give up, i know u're a strong person too, been reading yr comments in Cat's blog, it shows ;) just remember how Cat had inspired us with her courage kan.. pls dont be sad.. we're here for u ;)

*a note to myself too*

beehun goreng said...

Firstly,thanks ieja.Thanks kerana memahami dan bukan simpati atau dikasihani yang saya mahukan,cukuplah pengertian itu..berkongsi rasa dan cerita yg boleh dijadikan panduan dan bekalan dari pengalaman kita disini.Ye..kita mesti hadapi apa jua dengan tenang, yang terjadi dah terjadi,jangan terus putus asa dari berdoa dan berzikir kerana itulah kekuatan jiwa.
Andai masa mengizinkan saya akan menceritakan pada semua,apa yg saya hadapi sekarang inidarimula hingga akhir.Ianya umpama mimpi ngeri namun realiti,umpama drama tp kenyataan.Insyallah!Dan ianya berjudul 'Yang hidup ingin mati,Yang mati mahu hidup..'kisah benar seorang aku.doa buatku supaya panjang hayat ini utk kita bertemu laii..disini meneruskn impian ini.
Bye

lizz lizard said...

beegoz~share with us plz...whats going on???

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

yup, if u dun mind, pls share with us.. mana tau yr story will inspire us n boleh dijadikan panduan... but if u dun want to, its ok, i dun force u, apa² pun just take care ye..

beehun goreng said...

sabo..sabo..cik-cik dan puan-puan,hehe..Titlenya kan dah ada bermakna adlah..
saya sdg berfikir dari mana untuk memulakannya.Seperkara lg..mmg saya ingin kongsi cerita ini,kisah benar dlm kehidupan..perjalanan hidup saya,dugaan hidup saya,.Beri saya sedikit masa,kay adik2,kakak2....!!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

wahh..nak tulis buku ke? hehehe..anyway, kitorang tk saba nih hehehe.
keep us updated yehh ;p

beehun goreng said...

Sedih dan sebak aku masih belum reda sebenarnya,namun aku perlu akur pada ketentuan Allah..satu demi satu dugaan yang tiba,satu demi satu orang yang aku sayangi pergi buat selamanya.Memang aku down,kekadang sepanjang memandu pulang dari Hospital aku menangis.Menangis kerana aku begitu terusik dengan kehidupan yang mengelilingi aku setiap hari..aku rasa aku yang paling teruk diduga namun ada lagi yang lebih teruk dari aku hakikatnya.
SMS yang aku terima dari kakak aku 4hari lau aku baca berulang-ulang..
'Alhamdulillah kak dh dpt rsult dari Doc.Leukimia.Ada masa 18bln utk hidup'.Aku menangis..menangis dan menangis dan baru semalam hilang bengkak mata aku.
Aku tidak tahu apakah dugaan Allah ini.Semakin dekat aku dengan Allah semakin kuat aku di duga.Ya,Tuhanku ampunkan aku!Berikan aku kekuatan menghadapi dugaan Mu ini.
Baru semalam rasanya aku kehilangan seorang kakak.Kak Long aku(satu emaksatu bapak) menderita SLE Systemic Lupus Erythematosus.Dalam usia 45thn kak long pergi buat selamanya.Dari hari pertama diHospital sehingga hayatnya aku menjaganya di Hospital sehingga aku sendiri jatuh sakit.
Dan aku masih ingat lagi di Hari Raya Aidil fitri 2005 kak long call aku bagtahu dia sakit, masa tu aku tiada di Msia.Bila aku tanya sakit apa.Dia kata serious but dun wori!Berkali-kali dia tanya aku bila nak balik..bila nak balik..Aku masa tu..tak sedar yang sebenarnya kak long perlukan aku,rindu pd aku.Selepas tu aku tak dengar apa berita dari nya.April 2006 aku pulang ke Msia.Selama ada di Msia aku hanya berhubung dengan kak long melalui telefon shj kerana aku sibuk untuk mencari peluang bisnes yg baru.Namun Julai 2007 aku perasan yg suara kak long semakin bernada sedih,sayu dan lesu.
Suatu malam aku bermimpi,aku bersembahyang di sebuah kawasan yg luas tapi gelap dan tiba2 dtg seekor burung yg besar membawa aku terbang dan kak long ada bersama.Pelik sungguh mimpi tu..sampai aku teringat-ingat.
Minggu tu ntah apa yg mendorong aku untuk ke Penang.Seperti ada kuasa yg mendorong aku menjenguk kak long disana.Dan sesampainya aku dipintu rumah,yg menyambut aku adalah seorang perempuan yg sedang mengisut-ngisut,merangkak-rangkak mendepangkan tangannya utk memeluk aku...

Nanti aku sambung...Maaf aku terlalu sebak!

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

hmm .....

lizz lizard said...

uhuk3!!!

beehun goreng said...

Yang menyambut aku itulah kak long aku.Tak aku sangka sampai begitu sekali keadaannya.Aku ajak dia ke Hospital,dia memang mahu ke Hospital tp ada yg menghalang..siapa?aku tak nak sebenarnya mencerita hal keburukan org lain namun dpt korang pikir siapa tempat seorang isteri bersandar kalau bukan suaminya.Aku terpaksa berperang saudara kerana kes ini.Rupanya selama inikak long hanya berubat cara hemopati.Aku tak kata cara ini tak bagus tapi penyakit SLE sangat2 kronik.Virus yang boleh menyerang urat saraf,buah pinggang,paru2 dan akhir sekali ke otak.Dan sama sekali tak boleh terdedah pd matahari. Pendekkan cerita aku balik KL dengan rasa sedih,marah dan bersalah yg amat sgt pdkak long kerana tidak dapat membantu beliau.
Di KL aku cerita pd semua adik beradik aku.Yang dekat yg jauh semuanya terkejut.
Dan yg 'offer diri' memujuk..hmm rasanya bukan memujuk tapi meminta kebenaran suaminya nak bw ke hospital mendapat riaksi yg sama.BUkan setakat marah tapi kesal ada gak manusia yg educated bersikap begini.Lebih kepada ego seorang lelaki.
Di pendekkan cerita lagi..Bulan puasa 2006,seminggu lagi nak raya,Kak long call aku.Sekali lagi aku pulang ke sisinya hanya utk dia, sebagai tanggungjwb seorang adik.Kali ini aku terpaksa mungkir janji aku pd kak long..aku bawa emak aku yg selama ini tak tahu lansung anaknya sakit.Itu permintaan kak long jgn bagitahu emak.But aku tekad..alhamdulillah mak aku masuk campur,dengan izin Allah kami bawa balik kak long ke rumah mak.
First sekali,soknya ter

beehun goreng said...

Esoknya bawa kak long ke hospital.Dan apa kata Doktor?"Penyakit ini sangat kronik dan bukan main2,lebih bahaya dari kanser.U sudah ketinggalan satu tahun utk rawatan dn sekarang u mesti refer ke Hospital Besar as soon as possible..",
Dan nak tau apa kak long aku jwb?"Doktor,tak lama lagi hari raya,tolonglah saya mahu celebrate dengan family.."berkali-kali dia merayu berderai airmata dia.Aku takleh nakkata apa.Doktor pun setuju gan berat ati.Aku takkata apa.Dah dpt bw dia jumpa doktorpun aku bersyukur.
Pendekkan cerita lgi..Hari raya 2006 kak long aku raya sakan,semua rumah sedara mara dia pergi,semua benda dia makan.Dan katanya dia memang nak raya puas-puas kali ini bersama semua termasuk anak2nya.Alhamdulillah habis bab ini.
Tiga hari raya,kak long ke Hospital Besar.Seperti yg di jangka,kes ini serius.
Dengan persetujuan dan permintaan adik beradik yg lain aku di minta menjaga kak long kerana yg lain ada banyak komitmen pd family msg2 dan aku yg single juga freedom.Kali ini aku berkorban,projek bisnes aku stop dulu.
Rutin aku setiap hari berulang alik keHospital setiap hari dlm 150km pergi balik setiap hari.Sehingga keadaan kak long makin benar2 kritikal aku terpaksa bermalam di Hospital.Kekadang aku bergilir gan emak.Siang mak jaga,mlm aku jaga.Pagi2 aku drive balik umah mak,ptg aku pergi Hospital sehingga lah satu saat,aku sendiri jatuh sakit.Dan masa itu kak long aku cakap sori kat aku banyak kali sebab dia rs bersalah atas apa yg aku hadapi.Aku bawa diri jauh,duduk sorang2,aku sakit takpe lah,aku faham di Hospital trlalu banyak dan mcm2 virus jd org cam aku ni mudah terjangkit.
Seminggu aku bersendirian utk memulihkan diri, satu pagi kak long SMS,"Doc kata arini I boleh balik.."Alhamdulillah.Tapi esoknya,sepupu aku telefon."Hei..aku rasa kau kena balik,kakak kau sakit,please lah..baliklah sebelum smthg yg tak baik trjadi".Demam aku belum baik tapi aku tak nak menyesal atau terlewat.Dlm sakit2,mamai gan ubat2 aku drive gak balik umah emak.Lewat petang aku sampai.Aku jenguk kak long kat pintu bilik jerr..bahaya utk dia berdekatan org demam cam aku,dia akan mudah berjangkit gan virus yg aku bw ni..kerana daya ketahanan tubuh dia dah tak kuat.Oh lupa aku nak beritahu..sebenarnya utk seorang pesakit SLE,antibodi dlm tubuh mereka yg sepatutnya melawan virus2 yg datang sudah tidak berfungsi spt itu spt org yg normal.Sebaliknya antibodi dlm tubuh mereka bersama-sama virus merosakkan urat saraf pesakit.Bahayanya SLE ini.
Aku tengok kak long dari luar pintu bilik,aku sendiri sebenarnya dikurung dlm bilik oleh mak aku.Aku SMS kak long.."Be strong,I luv U,Everybody luv u...".Kak long balas..'U 2,Tk Cr,n sori 4 everythg..'.Kami berhubung dgn cara SMS jer.

beehun goreng said...

Masuk hari kedua,kak long jatuh kat bilik air.Dia terpaksa di bawa ke Hospital yg dekat sedikit.Aku tengok dari jauh..maaf aku tak dapat bantu dia.Masa kak long di bawa masuk kereta,aku duduk bwh pokok..akunangis dan nangis dan aku call kakak2 aku yg lain.Aku bagtahu mereka apa yg aku rasa.

Seminggu berlalu,kak long stabil tapi aku di serang batuk pulak.so,kuaratin ke atas aku diteruskan sehingga 10hb Nov.2006 birthday kak long.Keluarga aku celebrate di hospital.Aku hanya tgok gambar tak dpt bersama.
Satu hari aku ada appointment gan doktor di Hospital yg sama gan kak long.Aku tekad nak jenguk kak long.Mak aku punya membebel tengok aku muncul di wad tapi kak long senyum dan kata pd aku.."Heii..ambil satu katil laii,tidur sebelah ni.." dan kami sama2 ketawa.Manis kenangan itu!
Soknya aku kena balik KL,ada urusan yg perlu aku settle.Aku SMS kak long memberitahu dia.Tapi satu lagi kejutan aku terima..buahpinggang dia dh dijangkiti virus,dan perlu di cuci darah secepat mungkin.Sebelum balik KL,aku jumpa kak long,Aku kata pd dia aku perlu ke KL sekejap,Aku cium dia,aku peluk dia..aku kata pada dia,AKU SAYANG DIA SGT2,JGN PUTUS ASA MELAWAN SAKIT INI.. Dan kak long jawab,"THANKS 4 EVERYTHG,BUDI KAU TAK TERBALAS,KAU JAGA K.LONG SAMPAI SNDIRI JATUH SAKIT..KALAU K.LONG TAKDE TLG TENGOK2 KAN ANAK2 K.LONG YE.." DAN kami sama2 menangis.Dan itulah hari terakhir kak long bercakap dengan aku..itulah amanat terakhirnya kerana sehari selepas itu kak long koma sehingga hayatnya.Aku bergegas pulang lewat pagi itu dari KL.
kak long dimasukan ke ICU.Saat itu Aku mulai tunggu n jaga kak long setiap mlm.Aku masih batuk tapi kontrol..bedehem-dehem setiap masa tapi aku pakai mask.Mcm dulu pagi balikr umah,petang aku ke hospital.
Lebih kurang 4 hari di ICU,tetiba pg tu..aku tak di benarkan balik kerana ada family meeting dgn doktor do Hospital.Semua adik beradik ada..usulan dtg dari suami kak long..Kononnya,Dia telah mengmbil keputusan tekad..semua wire yg membantu pernafasan k.long akan di buang satu persatu atas alasan tak sanggup melihat si isteri menderita!!Cehhhhh!!!aku lah paling emosional mambantah..semua membantah tapi dgn egonya 'hamba Allah' itu berkata apapun kputusan adalah di tangan dia sendiri.Aku menangis dan anak2 dia pun menangis.Sebelum aku pulang ke rumah,aku jenguk kak long di ICU bersama-sama anak2 nya,aku bisik ke telinga kak long..' I luv u..luv u so much, pls dont go..'Aku sungguh emosional..aku tatap wajah itu puas-puas..Aku sempat bacakan yasin utk dia.Aku cium dia dan aku bisik pd dia..'Maafkan aku,cinta ini takkan mati utk k.long..buka lah mata,tgok anak2 ini perlukan ibu mereka..Plsss..".

Bersambung.......

lizz lizard said...

ya allah.....sedey;( uhuk3!!!

beehun goreng said...

Dan 2jam selepas peristiwa ini.Kak long pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Dan saat ini,aku sedang menjalani kehidupan yg sama di hospital.Abang ngah aku di sahkan kanser hati selepas 5bulan kak long pergi dan saat ini juga seorang lagi kakak aku di sahkan luekimia.
Apap yg aku cerita ini mungkin nampak seperti satu cerita rekaan tapi inilah kenyatan yg sedang aku lalui,kehidupan aku.Aku korbankan masa dan cita-cita aku untuk mengabdikan apa yg terdaya utk insan2 yg aku sayangi ini kerana aku mahu mereka tahu ini lah kasih sayangku yg ikhlas.

Ikhlas dari Beegoz.