Pages

Saturday, September 27, 2008

Dugaan lagi..

Hmm..bertimpa-timpa dugaan. Memang la nasib. Semalam gi Low Yat nak cari laptop. Dah dapat laptop, elok je masuk dlm Sri Computer tuh carik cooler, accessories..dah bayar, gi la turun..skali tersedar..mana hp aku?? Dok carik2 lam poket, beg, takde. Ah sudahhhhhhhhhh..mana plak? Patah balik..cari dalam kedai tadik..takde. isk.. Gelabah gilerrrr. Setelah beberapa kali me'nawaf' lam kedai tuh tak jumpa n sampai kaki aku naik 'cramp'...aku give up. Sah la ada org kaut kalau ye jatuh pun aku tak sedar apa. Hp kalo dah jatuh, 'selamat ah'. Jadi.. secara officially, hilang la sudah N95 aku yg satu tuh.

Wednesday, September 24, 2008

Hatiku luka lagi...

Seseorang telah melukakan hati dan perasaan aku. Pedih sgt..sampai ke ulu hati. Ditoreh tak berdarah namun sakitnya tak tertanggung olehku.. Sampainya hati... Sedih sgt:(

Thursday, September 18, 2008

Al-Fatihah buat adik Khadijah Hanim a.k.a Oxy... :(

Baca paper Kosmo aritu.. tgk tajuk "Penderitaan Khadijah Hanim berakhir".. aku tekejut gile!! Adik Hanim?? Dia ni sakit paru2 n bernafas melalui bantuan oxygen kt umah.. Arwah ni kenal ngan dia sbb dia minat Zahid.. Satu hari Astro surprisekan dia bwk Zahid dtg umah dia.. siap bagi hadiah piano lagik.. dan lepas tu dia rajin masuk forum za8fc.. keep in touch ngan kitorang.. in fact dgn aku dia rajin sms / call / mms.. sygnye pic dia ilang ngn memori hp lame aku dulu.. isk isk..
Sedih gile dpt tau dia meninggal.. Hmm.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Kesian jgk kat dia.. dah lama menderita, seminggu brp kali kena tukar tong oxygen baru utk bantuan bernafas.. Dia slalu ngadu kt aku dulu.. bosan sgt duk umah.. takleh nak gi mana.. :(((
kat bawah ni artikel from Kosmo..

"Penderitaan Khadijah Hanim berakhir"

KLANG - Penderitaan Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, penghidap penyakit paru-paru yang pernah mendapat liputan media suatu ketika dahulu berakhir dengan kesedihan apabila beliau meninggal dunia semalam.

Gadis yang tidak lekang dengan senyuman itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Taman Seri Andalas di sini kira-kira pukul 2.50 petang.

Bapanya, Mohamad Arif, 66, berkata, walaupun sedih, dia reda.

"Hati saya tenang tengok adik (Khadijah) pergi dengan senang dan dia kelihatan seperti sedang tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Katanya, Khadijah langsung tidak menunjukkan yang dia tidak sihat dan hanya mengadu sakit beberapa minit sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

"Tidak lama selepas itu, adik terus memejamkan mata dan dia tidak lagi bernyawa," ujarnya menahan kesedihan.

Mohamad Arif memberitahu, dia menyedari banyak perubahan yang berlaku pada diri arwah, antaranya gemar merakamkan gambar sendiri menggunakan telefon bimbit lalu mencetaknya dan sering memilih memakai pakaian putih.

"Terbaru, dia ambil gambar sendiri kira-kira setengah jam sebelum meninggal dunia," jelasnya.

Khadijah juga menyimpan dan menyusun rapi semua barangnya termasuk pencuci muka dan sabun miliknya di dalam sebuah bekas.

Sementara itu, ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, berkata, dia merasa pelik apabila anaknya itu tiba-tiba memohon maaf lalu memeluknya dengan erat pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

"Saya tanya dia kenapa minta maaf, dia jawab 'tak kan nak tunggu Syawal, Ramadan pun boleh minta maaf," ujarnya.

Kementerian Kesihatan melalui Tabung Bantuan Perubatan (TBP) membelanjakan lebih RM500,000 untuk membekalkan bekalan ubat Bosentan berharga RM14,000 sekotak untuk merawat penyakit Kecacatan Septal Ventrikular (VSD) dengan hipertensi dan kerosakan teruk paru-paru anaknya.


KERATAN akhbar 31 Januari 2006

Ni lak artikel from Utusan..

"Meninggal di pangkuan ibu - Khadijah rakam gambar sendiri setengah jam sebelum kematian"

KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam.

Allahyarham Khadijah Hanim yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna, meninggal dunia di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lipat Kajang di sini pukul 10 malam tadi.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamad Arif Samsudin, 61, anak keenamnya itu yang telah hampir sembuh dari penyakitnya hasil rawatan yang diterima, sempat memohon ampun dan maaf kepada ibunya pada sebelah pagi.

Katanya, Khadijah Hanim yang lebih mesra dipanggil 'Adik' juga seperti telah 'bersedia' dengan mengemas dan menyusun semua barang dalam biliknya serta membahagi-bahagikan barang-barang kesayangannya seperti mesin jahit dan televisyen mini kepada adik-beradik yang lain.

''Adik juga meminta katilnya yang bersaiz besar ditukar kepada yang lebih kecil agar biliknya lebih lapang.

''Dia juga kerap mengambil gambarnya sendiri dan mencetak gambar-gambar tersebut serta sempat membuat kuih-kuih raya pelbagai jenis.

''Malah setengah jam sebelum meninggal dunia dia sempat merakamkan beberapa keping gambarnya berpakaian serba putih menggunakan kamera telefon bimbit," cerita Mohamad Arif.

Gambar adik hanim 30min sebelum meninggal

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.


AL-Fatihah buat Adik Hanim a.k.a Oxy.. (dia suka bahasakan dia Oxy sbb dia terpaksa guna oxygen..)
Semoga roh mu ditempatkan di kalangan yg beriman dik...

Wednesday, September 17, 2008

Catriona Ross Dalam Drama Anjung Sofea

CATRIONA ROSS MEMBAWAKAN WATAK ’HITAM’, ISTERI YANG TAMAKKAN HARTA SUAMI MENERUSI ANJUNG SOFEA, SABTU (20 SEPTEMBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Jika sebelum ini nama pelakon Catriona Ross sinonim membawakan watak wanita lembut dan teraniaya, hujung minggu ini menerusi drama penuh konflik kekeluargaan, pelakon kecil molek ini membuat penampilan berbeza dengan membawakan watak ’hitam’ seorang isteri yang tamakkan harta suaminya dalam Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1.

Anjung Sofea terbitan NHF Production Sdn Bhd ini mengisahkan watak Tuan Johan, seorang hartawan yang memiliki segala kemewahan dari segi harta, ladang dan sebuah syarikat perniagaan yang maju. Begitu pun setelah sembilan tahun hidupnya dihimpit kesunyian, Tuan Johan yang memiliki anak perempuan, Yasmin memutuskan mengahwini setiausaha di pejabatnya bernama Linda.

Begitu pun perkahwinan Tuan Johan dengan Linda tidak direstui oleh Yasmin. Dia keluar dari Anjung Sofea, banglo mewah milik keluarganya yang dinamakan sempena memperingati arwah ibunya, Sofea lalu membawa diri tinggal sendiri di samping meneruskan pengajiannya di kampus.

Hinggalah satu hari Tuan Johan jatuh sakit. Atas arahan Linda, Pak Mat dan Mak Ani menghubungi Yasmin memintanya pulang. Yasmin yang begitu bimbangkan kesihatan ayahnya yang semakin terjejas menyatakan persetujuan kembali tinggal di Anjung Sofea meskipun tidak sepenuh hati mahu tinggal sebumbung dengan ibu tirinya itu.


Dengan hati yang berat Yasmin mula membantu Linda menguruskan perniagaan ayahnya itu demi menunaikan permintaan ayahnya itu. Di sana dia berkenalan dengan Danial, penasihat undang-undang merangkap pegawai kanan ayahnya. Timbul perasaan selesa di hatinya untuk menunaikan permintaan Tuan Johan memintanya membantu menguruskan pentadbiran syarikat.

Namun setelah beberapa hari di pejabat, timbul keraguan di hati Yasmin berkaitan aset-aset ayahnya yang telah dicagarkan dan dijual atas sebab syarikat ketandusan wang putaran modal. Danial meninggalkan segala kecurigaan itu untuk ditanggung Linda.

Sejak itu Yasmin memulakan misi untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu. Dia baranggapan penuh bahawa ibu tirinya adalah dalang di sebalik usaha untuk merampas harta milik keluarganya itu. Malah berbesar hati mahu Danial membantunya membongkar muslihat disembunyikan Linda daripada pengetahuan ayahnya itu.



Namun usahanya tidaklah semudah disangka apabila ayahnya tidak mempercayai cerita yang disampaikannya selagi tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Yasmin nekad untuk meyakinkan ayahnya itu dengan caranya yang tersendiri.

Tetapi hakikatnya Yasmin berdepan dengan musuh dalam selimut yang sentiasa mengawasi jejaknya ke mana sahaja. Siapakah dalang yang dimaksudkan? Berjayakah Yasmin untuk menyelamatkan harta milik ayahnya daripada terlepas ke tangan pihak yang tamak haloba itu?

Anjung Sofea menyaksikan lakonan hebat Catriona Ross disamping Nor Khiriah, Sahronizam, Rawi Mohd Said, Ghazali Abu Noh, Tengku Faridah dan Rashidan Baba.

Jangan ketinggalan menyaksikan drama mendebarkan ini menerusi Anjung Sofea mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (20 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1.

Kredit : www.budiey.com, www.kuncicinta.com/blog

tak sabar nak tgk! 

Raya.

Orang lain dah sibuk-sibuk pasang lagu raya.
Tapi aku belum.
Orang lain dah sibuk-sibuk shopping untuk raya.
Tapi aku belum.
Orang lain dah sibuk-sibuk citer pasal raya.
Tapi aku belum.

Kenapa haaaaa?
Adehh.


(belum ada momentum lagi kot.)

tapi tajuk entry ni pun dah sebut raya. kira aku dah citer pasal raya la nih kan?
oohh. apa-apaan aje lah.

Friday, September 12, 2008

Stay

Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay


Estrella.

Thursday, September 04, 2008

Al Rajhi Friends & Family - Program Komisen Tinggi

Program "AL RAJHI Friends & Family" menawarkan komisen setiap bulan sehingga 35 tahun!

REFER! REWARD! REJOICE!


SERBA SEDIKIT PENERANGAN BERKENAAN PROGRAM "AL RAJHI FRIENDS & FAMILY"
  • Terbuka kepada semua rakyat malaysia yang berumur 18 tahun ke atas

  • Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Komisen dibayar menggunakan sistem rujukan dan berperingkat (sehingga 4 level), sah untuk semua pembiayaan (peribadi, rumah, kereta).

  • Komisen dibayar untuk semua pembiayaan yang diluluskan setiap bulan sehingga 35 tahun(mengikut tempoh pembayaran pinjaman tersebut).

  • Tiada 'sales target'.

  • Tiada limit untuk rujukan terus, boleh cari seramai yang mungkin (sistem matahari).

  • Bayaran komisen terus dari pihak bank pada setiap 7hb.

BOLEH RUJUK : http://www.alrajhibank.com.my/ UNTUK MENGETAHUI TEMPAT & MASA PENERANGAN PROGRAM INI DI KAWASAN SEKITAR ANDA

CARA UNTUK MENDAFTAR:
  1. BUKA AKAUN DI MANA-MANA CAWANGAN AL RAJHI ATAU BOLEH DIBUAT SEMASA TAKLIMAT PROGRAM TERSEBUT DI ADAKAN.
  2. DAFTAR MENJADI AHLI AFF(AL RAJHI FRIENDS & FAMILY) DAN PASTIKAN NAMA DAN NO CIC KAWAN YANG MEMPERKENALKAN ANDA UNTUK PROGRAM INI DILETAKKAN DI KOLUM TERAKHIR DI DALAM BORANG AFF TERSEBUT.
  3. PENDAFTARAN UNTUK MENJADI AHLI ADALAH SEBANYAK RM50 SAHAJA DAN ANDA AKAN MENDAPAT:
  • Saleskit Al Rajhi Friends & Family Program.
  • Brochure, flyers dan sebagainya.
  • Kad debit VISA & kad keahlian.
  • Dokumen sokongan yang akan diberikan oleh agen.
KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN DI BANK AL RAJHI:

  • TANPA PENJAMIN.
  • TIADA CAJ BAYARAN LEWAT/BAYARAN PENUH SEBELUM MASA.
  • MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP SYARIAH ANTARABANGSA.
  • TIADA RIBA’.
  • MENJADI RAKAN KONGSI, BUKAN PELANGGAN.
  • PINJAMAN BESERTA TAKAFUL.
  • PEMBIAYAAN 5x GAJI ATAU 150K BAGI YANG LAYAK (PEMBIAYAAN PERIBADI).
  • TEMPOH BAYARAN ANSURAN SEHINGGA 10 TAHUN (PEMBIAYAAN PERIBADI).
  • REBAT KEUNTUNGAN BAGI PENJELASAN AWAL (PEMBIAYAAN PERUMAHAN).
  • YURAN PEMPROSESAN DIKECUALIKAN (PEMBIAYAAN PERUMAHAN).
  • FLEKSIBEL: PEMBIAYAAN 90% SEHINGGA 35 TAHUN (PEMBIAYAAN PERUMAHAN).

Pembiayaan-i Peribadi AL Rajhi

SYARAT-SYARAT:
  • Berumur 19 tahun ke atas.
  • Gaji RM1500 sebulan (swasta).
  • Gaji RM1000 sebulan (kerajaan).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  • 3 bulan slip gaji terkini (disahkan).
  • Penyata Bank/KWSP (disahkan).
  • 1 salinan kad pengenalan.
  • Salinan Bil Utiliti (Tel/TNB/Air/ASTRO).
  • Borang permohonan pembiayaan.
MENAWARKAN:

  • PEMBIAYAAN 5x GAJI ATAU 150K BAGI YANG LAYAK.
  • TEMPOH BAYARAN ANSURAN SEHINGGA 10 TAHUN.
  • TANPA PENJAMIN.
  • TIADA CAJ BAYARAN LEWAT/BAYARAN PENUH SEBELUM MASA.
  • MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP SYARIAH ANTARABANGSA
  • KELEBIHAN:
  • MENJADI RAKAN KONGSI, BUKAN PELANGGAN
  • PINJAMAN BESERTA TAKAFUL
  • TIADA RIBA’

Pembiayaan-i Kenderaan AL Rajhi

SYARAT-SYARAT:
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Gaji minimum RM1500.00.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  • Salinan kad pengenalan.
  • 3 bulan slip gaji terkini (disahkan).
  • Penyata Bank/KWSP (disahkan).
  • Salinan lesen memandu

MENAWARKAN:
  • KEPUTUSAN DALAM MASA 2 HARI.
  • FLEKSIBEL:
  • Pembiayaan sehingga 90%.
  • Tempoh pembayaran sehingga 9 tahun.
  • REBAT KEUNTUNGAN BAGI PENJELASAN AWAL.
  • PILIHAN BAYARAN BULANAN YANG MUDAH.
  • KONTRAK YANG TELUS DAN ADIL YANG MENGUNTUNGKAN ANDA DAN PIHAL BANK AL RAJHI.
  • TIADA CAJ PENALTI UNTUK BAYARAN PENUH SEBELUM MASA.
  • MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP SYARIAH ANTARABANGSA.
JADUAL KEUNTUNGAN UNTUK PEMBIAYAAN KERETA:

***PIHAK BANK AL RAJHI TIDAK MEMBENARKAN ANDA UNTUK MEMBUAT PEMBIAYAAN UNTUK KERETA TERPAKAI, KECUALI KERETA SEPERTI BMW, MERCEDEC DSBNYA***


Pembiayaan-i Perumahan AL Rajhi

SYARAT-SYARAT:
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Rumah yang sudah siap dan mempunyai CF & S&P.
  • Sesuai untuk membiayai semula harta tanah sedia ada.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  • 3 bulan slip gaji terkini (disahkan).
  • Surat rujukan dari majikan.
  • Penyata Bank/KWSP (disahkan).
  • Borang J / EA Form.
  • 1 salinan kad pengenalan.
  • Salinan S&P.
  • Borang permohonan pembiayaan.

MENAWARKAN:
  • REBAT KEUNTUNGAN BAGI PENJELASAN AWAL.
  • FLEKSIBEL:
  • Pembiayaan sehingga 90%.
  • Tempoh pembayaran sehingga 35 tahun.
  • TIADA CAJ BAYARAN LEWAT.
  • YURAN PEMPROSESAN DIKECUALIKAN.
  • MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP SYARIAH ANTARABANGSA.
JADUAL KEUNTUNGAN UNTUK PEMBIAYAAN RUMAH:

***UNTUK RUMAH YANG BERHARGA 500k KE ATAS, KAMI MENAWARKAN KADAR KEUNTUNGAN YANG BERBEZA, HUBUNGI AHLI AFF BERDEKATAN ANDA UNTUK PERTANYAAN LANJUT (TERTAKLUK KEPADA SYARAT DAN TERMA)***


Anda akan mendapat komisen setiap kali pelanggan anda membuat bayaran bulanan. Sebagai contoh, jika org yang berdaftar di bawah anda membuat pinjaman selama 35 tahun (pinjaman perumahan misalnya), selama 35 tahun anda akan mendapat komisen!

Maklumat lanjut : Al Rajhi Friends & Family


Monday, September 01, 2008

dan sebenarnya.

oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air

dan sebenarnya
aku rindu
aku tak mampu
tanpamu


by Yunalis

Pesawat's Mirage.

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin...asing....
Kau mungkin...pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru...Biru...
Kelam...Jiwaku..semakin KACAU

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada disisi

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada di...

Adakah ini satu mimpi?
Terasa bagai sebuah ilusi
Delusi...mata...
Mainan...jiwaku yg semakin KACAU

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada disisi

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada disisi

Haru...Biru...
Kelam...jiwaku semakin KACAU!

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada disisi

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat...ternanti nanti
Kau masih...tiada disisi


Desperately seeking "Permission" song.

Sape ade lagu-lagu Yunalis? Especially Permission. Pleaaaaaaaaaase share.

Tengkiu! :)











Oh. For those yang belum pernah dgr, kindly click here.

She's so cool!


Tak apa.

Last Friday i was asking someone (actually she's a friend, but not anymore, i guess.) about my own money tht she loaned from me.  Before that, i already asked for thousand times since last 2 weeks.  I dunno if it was my stupidity or what but knowing me, if a fren asking me for help, i cant resist myself to give a helping hand.  What a sweetie, am I? It cursed me, i think.  Ok, letme tell u what happened 2 weeks before.

First, i told her tht am in need of money so i ask if she cud give me the money (my money lah kan) and she told me back tht she will give me esoknya.  Ok, i wait.  Then esoknya lagi i asked her again.  She said sorry, she cant give but she promised to minggu depan.  Ok, aku yang baik hati ni, tunggu lah lagi kan.Tak apa. 

Second.  Minggu depannya, aku tengok dia dah tak online YM. Fuck.  I sensed a twinge of being cheated.  Tak apa.  Tgk dua tiga hari lagi. I give her another chance. 

Tak apa.

Kebetulan, celaka berdua tu datang mengacau aku kan.  So i decided to change my phone number.  Then I continued to stalk (stalk tuh!) her again.  Called her thousand times. Using my new number. She didn't even answer to every single call from me. I bet she even ignored any unknown numbers.

Tak apa.

Entah macam mana, satu hari, aku dapat panggilan dari satu nombor yang agak asing.  Nombor hp yg berpangkal dari Perak.  Aku rasa macam boleh agak..yg peliknya bila aku angkat, dia tak bersuara. Then letak. Apakah? Aku tertanya-tanya..siapa tuh. Tapi aku rasa aku tahu jawapannya. Oo..nak main-main ye. Takpe. I'll play your game if you want..

Tak apa.

Esoknya, aku membuat panggilan ke atas nombor tersebut. Terdengar suara perempuan tua. Aku sengaja menembak secara rawak, menanyakan namanya. Lucky me, tht old lady answered that the person i was asking is not there. She's in KL. Yess.. i was damn right. It's her. So why in the first place she called my new number but refuse to answer to my calls? Only god knows. Hmm..Tak apa.

So next week as in last friday, she YM-ed me. I was surprised that she stayed invisible. Oh..all these while she's been online but hiding. Hiding from me, obviously. I didn't have a chance to ask her, dia terus-terusan meminta maaf kepada aku. Kononnya dia tak berniat nak lari. Eh, i didnt say anything pun. Why dia nak terasa pulak aku tuduh dia kan. Faham-faham sendiri la. 
Dan aku tanpa bertangguh, terus menanyakan pada dia, bila yang dia nak bagi tu. Oh, bermula lah episod beribu alasan lagi. Again. Dem. I shoud have known it. Aku rasa macam dah lali je dengar. Tak apa lah. Layan je game dia. Petang dia memintak nombor akaun bank aku untuk kesenangan dia memasukkan duit tu nanti. Ya lah, bila agaknya. Malamnya aku saja check online banking. Tiada perubahan pada angka baki akaunku. Sah lah dia hanya bermain sandiwara. Ewah bahasa aku. Aku geram, terus sms dia dgn bahasa yg agak separa kasar. Oh jangan salah sangka. Aku tak maki dia pun. Cuma pesanan-pesanan terakhir aku yang bergelar sahabat untuk kali terakhir. Dia tak menjawab. Dan itu sahaja sampai lah sekarang. Tiada apa berita dari dia.


Tak apa. Sampai bila? Aku pun tak tahu..