Pages

Thursday, September 18, 2008

Al-Fatihah buat adik Khadijah Hanim a.k.a Oxy... :(

Baca paper Kosmo aritu.. tgk tajuk "Penderitaan Khadijah Hanim berakhir".. aku tekejut gile!! Adik Hanim?? Dia ni sakit paru2 n bernafas melalui bantuan oxygen kt umah.. Arwah ni kenal ngan dia sbb dia minat Zahid.. Satu hari Astro surprisekan dia bwk Zahid dtg umah dia.. siap bagi hadiah piano lagik.. dan lepas tu dia rajin masuk forum za8fc.. keep in touch ngan kitorang.. in fact dgn aku dia rajin sms / call / mms.. sygnye pic dia ilang ngn memori hp lame aku dulu.. isk isk..
Sedih gile dpt tau dia meninggal.. Hmm.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Kesian jgk kat dia.. dah lama menderita, seminggu brp kali kena tukar tong oxygen baru utk bantuan bernafas.. Dia slalu ngadu kt aku dulu.. bosan sgt duk umah.. takleh nak gi mana.. :(((
kat bawah ni artikel from Kosmo..

"Penderitaan Khadijah Hanim berakhir"

KLANG - Penderitaan Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, penghidap penyakit paru-paru yang pernah mendapat liputan media suatu ketika dahulu berakhir dengan kesedihan apabila beliau meninggal dunia semalam.

Gadis yang tidak lekang dengan senyuman itu menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman keluarganya di Taman Seri Andalas di sini kira-kira pukul 2.50 petang.

Bapanya, Mohamad Arif, 66, berkata, walaupun sedih, dia reda.

"Hati saya tenang tengok adik (Khadijah) pergi dengan senang dan dia kelihatan seperti sedang tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Katanya, Khadijah langsung tidak menunjukkan yang dia tidak sihat dan hanya mengadu sakit beberapa minit sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

"Tidak lama selepas itu, adik terus memejamkan mata dan dia tidak lagi bernyawa," ujarnya menahan kesedihan.

Mohamad Arif memberitahu, dia menyedari banyak perubahan yang berlaku pada diri arwah, antaranya gemar merakamkan gambar sendiri menggunakan telefon bimbit lalu mencetaknya dan sering memilih memakai pakaian putih.

"Terbaru, dia ambil gambar sendiri kira-kira setengah jam sebelum meninggal dunia," jelasnya.

Khadijah juga menyimpan dan menyusun rapi semua barangnya termasuk pencuci muka dan sabun miliknya di dalam sebuah bekas.

Sementara itu, ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, berkata, dia merasa pelik apabila anaknya itu tiba-tiba memohon maaf lalu memeluknya dengan erat pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

"Saya tanya dia kenapa minta maaf, dia jawab 'tak kan nak tunggu Syawal, Ramadan pun boleh minta maaf," ujarnya.

Kementerian Kesihatan melalui Tabung Bantuan Perubatan (TBP) membelanjakan lebih RM500,000 untuk membekalkan bekalan ubat Bosentan berharga RM14,000 sekotak untuk merawat penyakit Kecacatan Septal Ventrikular (VSD) dengan hipertensi dan kerosakan teruk paru-paru anaknya.


KERATAN akhbar 31 Januari 2006

Ni lak artikel from Utusan..

"Meninggal di pangkuan ibu - Khadijah rakam gambar sendiri setengah jam sebelum kematian"

KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam.

Allahyarham Khadijah Hanim yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna, meninggal dunia di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lipat Kajang di sini pukul 10 malam tadi.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamad Arif Samsudin, 61, anak keenamnya itu yang telah hampir sembuh dari penyakitnya hasil rawatan yang diterima, sempat memohon ampun dan maaf kepada ibunya pada sebelah pagi.

Katanya, Khadijah Hanim yang lebih mesra dipanggil 'Adik' juga seperti telah 'bersedia' dengan mengemas dan menyusun semua barang dalam biliknya serta membahagi-bahagikan barang-barang kesayangannya seperti mesin jahit dan televisyen mini kepada adik-beradik yang lain.

''Adik juga meminta katilnya yang bersaiz besar ditukar kepada yang lebih kecil agar biliknya lebih lapang.

''Dia juga kerap mengambil gambarnya sendiri dan mencetak gambar-gambar tersebut serta sempat membuat kuih-kuih raya pelbagai jenis.

''Malah setengah jam sebelum meninggal dunia dia sempat merakamkan beberapa keping gambarnya berpakaian serba putih menggunakan kamera telefon bimbit," cerita Mohamad Arif.

Gambar adik hanim 30min sebelum meninggal

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.


AL-Fatihah buat Adik Hanim a.k.a Oxy.. (dia suka bahasakan dia Oxy sbb dia terpaksa guna oxygen..)
Semoga roh mu ditempatkan di kalangan yg beriman dik...

14 comments:

ranjau duri said...

AL-FATIHAH....takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

-fyrdauze - said...

Al-Fatihah untuk beliau...

raewo tuleen said...

.... Innalil laha ina ilayha rajiun ...... al fatihah

arivai 76 said...

al fatiha....sedih saya....

TooTee LeeAna said...

:( trauma trauma..Al-Fatihah..

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

me too..mengalir air mata sbb i used to know her before.. dia rajin call, sms.. sbb dia bosan kt rumah tu.. terikat dgn tong oxygen..takleh nak gi mana.. :(

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

kebumi kt lipat kajang.. sama tempat with my late parents...

slamba slamanya said...

al fatiha....sedih saya....

sha lie said...

al fatiha

ila adila said...

alfateha...

dzu . said...

ada baca..
Al-Fatihah

Bella elvra said...

Al-Fatiha..Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Nur :) said...

al fatihah.... smoga rohnye d cucuri rahmat...

Warung Muzik said...

al fatihah....