Pages

Thursday, December 18, 2008

Scha ? Awan Dania ? Surprise!!

 

Sapa yg layan cite Awan Dania, mesti minat ngn karekter Dania yg gila2 sengal tuh :P, so meh la join fan page yg aku buat utk pelakon watak Dania, Scha Alyahya kat facebook. Scha pun baru je post komen kat wall situ petang tadi. Sila baca kat wall (klik 'See all wall posts'). InsyaAllah kalau dia ada masa dia akan msg lagik kat situ.
Klik SINI utk link fan page Scha kat Facebook.

Ni pulak ada surprise utk peminat drama siri tuh, msg dari producer Awan Dania.

******************************************************
Kawan-kawan....ada satu surprise untuk semua.


Untuk Awan Dania, Astro akan memaparkan 3 episode yang istimewa untuk semua peminat drama ini. 

3 episod ini adalah 'Making Of' yang akan menemurah artis-artis yang terlibat dan juga memberi peluang kepada peminat drama ini untuk melihat bagaimana drama ini dijayakan. Ia akan disiarkan selepas tamatnya episod 13 untuk 3 minggu berturut-turut. Setiap episode akan memaparkan artis yang berlainan.

Dengan ini, Astro ingin menjemput semua untuk menampilkan soalan-soalan yang kawan-kawan semua nak tanya kepada artis-artis drama ini. Artis yang akan dipaparkan adalah Scha Al-Yahya, Irma Hasmie, Ummi Nazeera, Vanidah Imran, Farah Alya, Remy Ishak, Zizan Nin dan Hans Isaac. Turut bersama artis-artis ini adalah pengarah drama ini iaitu Azizi 'Chunk' Adnan dan Yusmal Ghazali.

Soalan yang terpilih akan dibaca di udara dan dijawab oleh artis kesayangan semua. Berikut adalah syarat-syaratnya :

1. Sila sertakan soalan-soalan anda yang berdasarkan drama siri ini. Contoh: jalan cerita, cara berlakon, cabaran penggambaran, suka-duka di lokasi, apakah cerita seterusnya?, watak yang dimainkan dan sebagainya.

2. Jangan sertakan soalan yang berbentuk peribadi, gosip ataupun yang bukan-bukan. Soalan-soalan berbentuk demikian tidak akan dilayan. Contoh soalan demikian adalah : Scha suka makan apa?, Boleh kita gi dating?, Boleh dapatkan nombor talipon?, Bila nak kahwin? dan sebagainya.

3. Anda boleh menujukan soalan itu kepada artis itu sendiri ataupun watak yang dimainkan.

Sila emailkan soalan-soalan semua ke : awandania.astro@gmail.com sebelum 23hb Disember 2008.

Sila nyatakan siapa yang anda mahu tujukan soalan itu di dalam email anda. Contoh, Irma : Bagaimana Irma mendapatkan ilham untuk memainkan watak **** ini? Tanyalah soalan kepada sesiapa saje...jangan Scha seorang saje! Kesian yang lain.

Pihak Astro berharap semua peminat drama ini (dan artis artisnya!) dapat menjayakan 3 episod yang istimewa ini and kita sama-sama enjoy. Share lah peluang ni dengan kekawan yang takde di forum ni.

Selamat bertanya soalan dan moga-moga berjaya dibacakan di udara. 

Cheers,
Chee Yeong
Penerbit Eksekutif (Drama)
Astro Entertainment Sdn. Bhd.

******************************************************

7 comments:

ranjau duri said...

huhuhuhuu....suka sgt tgk drama ni...terutamanya watak scha yg memang gila2 dan watak irma yg mcm budak blur...thanks...

slamba slamanya said...

hi hi... tak pernah tengok

kunyit nguyen said...

suka la tgk scha ni, cumil la. start dr citer 'bella' dulu dia bawak watak sofea dah nampak kebecokkan dia, mmg cute minah ni.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

rugi tak tgk, drama ni yg buatkan nama Scha meletup2 n melambung2! heehheehe ;p

btw citer ni bley tgk kat youtube, google je 'awan dania'.
thanks a lot to adik sharimie @ Amylicious kita tuh ;)

halida abu bakar said...

Tengok the earlier episodes. Not too bad, good publicity for Air Asia. Scha memang sesuai sangat and he acting is so natural..gila-gila manja gitu. Kenapa dalam list nama di atas nama Nasya Aziz tak de ek? Scha tu cerah masa depan kalau dia maintain good public image.

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

Sbb watak Nasha Aziz dah dimatikan.. episode last week dan seterusnya digantikan oleh watak baru oleh Vee..

Yup Scha skang nama dia makin meletup.. harap2 dia maintain her personality..

Ieja @ Ariza Mohamed Saleh said...

Dengar-dengar episod malam ni menarik.. ada pembaharuan dari pelakon2.. tak sabar nak tgk. :) Sbb episod kalini Yusmal amik alih pengarahan dari Azizi Chunk.. sbb Azizi ada komitmen lain.