Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?
Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu
Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh....
Siapakah diri ini?
Download lagu nih.
Sang by Atilia specially for Awan Dania drama series. Tak pernah tengok?
Rugi, rugi.. sila google or search Awan Dania dalam Youtube.Nak lagi senang, masuk je http://www.youtube.com/sharimie1
Sesiapa yang dah tgk sure 'jatuh chenta' dgn lakonan Scha yg selamba sengal akan buat kita tersengih-sengih mcm.. mcm apa ah? Hehehe aku pun dah 'indescribable' pasal Scha nih. Aku dah demam Awan Dania. Pendek kata korang mesti suka punyalah kat budak nih.Budak ke? Baya aku daa.. =P
Awan Dania ni pasal apa ar? Beskut ke? Baca sinopsis kat bawah.
Awan Dania mengisahkan perjalanan hidup Dania (Scha Alyahya) yang ingin menjadi pramugari. Begitupun, Dania gadis lasak yang membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi.
Dania sering memikirkan mengenai masa depannya, malah cemburu melihat orang di sekelilingnya berjaya dalam kehidupan.
Perkara ini berlarutan hinggalah beliau terdetik untuk menjadi pramugari. Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih untuk mendaftarkan diri di akademi latihan.
Perwatakan Dania yang lebih agresif dan lasak membezakannya dengan rakan lain. Di sinilah bermulanya kisah Dania mengharungi suka-duka dalam kerjaya dan persahabatan yang dibinanya.
Aku tak kisah walaupun drama ni adaptasi dari drama Jepun Attention Please, sebab garapan yang pengarah dia buat membezakan drama ni dengan drama tu.. every drama has its own speciality kan? Maka sesiapa yg ada Facebook, minat Scha, sila-sila la join fan page dia yg aku buat ye.. banyak gambar-gambar dia dalam tuh..
http://www.facebook.com/pages/Scha-Alyahya/38797818702
members dah cecah 2,000 org dalam masa 2 minggu aku create fan page tuh. Memang meletop-letop dah Scha nih.. tambah lak Histeria dia tgh tayang sekarang kan.. Hari tu ada juga dia tinggal komen kat wall fan page tu.. skang ni bz betul dia.. maklum ler org makin popular, nama tengah panas.. heheheheh. Aku sebenarnya dah start perasan Scha ni masa iklan Gua.com.my yg dia dok "wahhhh wahhh" dulu. Lepas tu drama Bella, Sadiq, Terlalu Istimewa (dengan Nasha Aziz). Apa-apa pun, harap jangan cepat panas, cepat sejuk ye Scha.. please maintain your personality. You've got potential, hang on there, babe! Ailebiu sho much lah =D
1 comments:
tibe2 aku cam nampak idung die macam mancung plak dr sisi.wakaka! ilusi optik kah?muahaha
Post a Comment