Pages

Wednesday, August 13, 2008

nan setitik jadikan laut,nan sekepal jadikan gunung.

Those title was an excerpt from a song of 'Teater Muzikal Ibu Zain'. Am not a fan of teater actually, but to see one, theres no harm, is it? Maka aku pun pegi la ke Istana Budaya malam tadi.. tepat 8.30 mlm aku sampai.. tgk kat ruang legar still ramai lagi. So gi amik tiket kat kaunter.. dpt seat depan tuh. hehehe. Bila pikir2 balik, berfaedah sbnarnye tgk teater ni. Byk benda bleh blaja. Lagi2 teater ala patriotik sejarah..kadang kita tak aware pun sejarah2 org dulu2, camne dorang pertahankan tanah melayu etc. Kalau tau pun dlm buku teks. Itu pun bukan seme ingat kan. So bila tgk persembahan visual camni kita dpt merasai keperitan pejuang tanahair, dptla menghayati mcmana peritnye dorang nk merdeka kan negara kita nih kan. Dalam pada tu, ada la jgk few celebs yg dtg tgk.. yg aku nampak is Radhi Khalid, Safura (laki dia berlakon, dtg la tgk kan), Dato' Fadzilah Kamsah, Zaibo, etc.

Overall persembahan ni mmg bagus, teruja gak aku tgk walaupun agak sengal la jgk lutut aku duduk 3 jam dlm panggung tu, hehe. Keberkesanan pelakon2nya membuatkan aku tak bergerak kecuali punggung aku dh agak tak tahan sengal :p Byk jugak scene2 yg mencuit hati..sbb dialog yg dorang gunakan agak sempoi, takdela baku sgt. Yela slalu kalau teater zaman dulu2 ni agak tipikal dgn bahasa bakunye kan. Mungkin salah satu cara tanak org bosan kot. Teater ni diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir (ASWARA).


Paling aku suka bila scene che'gu bertiga tuh.. che'gu Munah, che'gu Ramlah n che'gu Jumilah. Satu panggung gelak dgrkan dorang bersyair sempoi..hehehe. Sape yg gi tgk tau la camne ;) N lain2 scene, cam scene budak2..dorang pun salah satu elemen penting yg membuatkan teater ni jd menarik. But the most suspense is bila scene zaman jepun menyerang, mmg real dorang buat, satu panggung breathtaking bila sorang nippon tuh heret sorang pompan, tarik rambut n buat aksi ala2 nak mencabul pompan ittew. awww. hehehe.


Satu lagi scene yg kononnya org dok gusip2 watak Avaa Vanja yg jadik mubaligh tu..aku rasa takde ape sgt. Sbb dr situ bila kita tgk, rasa mcm proud bila tgk Ibu Zain mempertahankan iman dia dr dipengaruhi oleh Ms Shellabear utk menghasut dia masuk Kristian. Part yg aku suka lebih kurang camni.. Ibu Zain menerangkan pd Ms. Shellabear, "Saya dah baca Bible dan Al-Quran, kedua-duanya saya faham" pastu dia tanya kt Ms. Shellabear, "Ms. Shellabear dah baca Bible?" (lebih kurang la dialog dia) pastu Ms. Shellabear angguk. "Ms. Shellabear dh baca Quran?" Ms. Shellabear agak teragak2 dan menjawab dgn slang English nye, "Buat apa saya perlu baca Quran? Saya org putih. Tak perlu baca" camtu la agak dialog dia. pastu satu panggung gelak, haha. Then Ibu Zain bertanya pd Ms Ruth "Ms. Ruth, agak2 siapa yg handal ye? Saya dah baca kedua2nya tapi Ms. Shellabear hanya baca Bible saja" Miss Ruth pun jawab sambil senyum, "tentulah Zainun". Time ni lagi gamat org gelak. Lepas tu Ibu Zain pun menyatakan hasratnya utk kekal dgn agama Islam. So takde apa sgt isu Kristian tu aku rasa, sbb cara "Ms. Shellabear" nak hasut dia pun bukan guna ayat2 holy ke ape. So kalau kita tgk, org yg mempunyai akal+iman yg kuat mmg takkan tergugat punye. Dari segi persembahan mmg i give full stars la cz theres no flaws except masa mula2 ada kesilapan teknikal, mic salah seorang pelakon agak tenggelam timbul. Nasib baik atas stage ada sari kata. Satu lagi keadaan lampu panggung yg kejap2 on+off. Agak mengganggu jgk la konsentrasi. Huhu.

Anyway overal mmg best la.. Aku suka sgt tgk Liza Othman bawak watak Ibu Zain tu..dalam lembut dia ada tegasnya. Mmg sesuai sgt dia bawak watak tu. Pendapat aku.. org UMNO zaman skrg patut tgk teater ni..hayati sikit camne perjuangan Ibu Zain dlm menaikkan UMNO dgn Dato' Onn. Bukan nak tuding sana sini mcm org politik skrg nih. Sampai bila nak abis pun taktau. Anyway bawah ni aku senaraikan pelakon2 yg terlibat.

                                                      4 generasi Ibu Zain

Liza Othman - Ibu Zain (Tua) & Ibu kpd Ibu Zain
Nur Fatimah - Ibu Zain (Dewasa)
Tengku Iezahdiyana Norhanie - Ibu Zain (Remaja)
Nurul Shariza Nor Azim - Ibu Zain (Kanak-kanak)
Dato' Rahim Razali - Munsyi Sulaiman (Bapa Ibu Zain)
Hisham Ahmad Tajuddin - Pandak & Ungku Omar
Mazlan Tahir - Syed Sheikh Al-Hadi
Sahronizam Noor - Yunus
Zaefrul Nordin - Dato' Onn
Mazin Ameen Siraj - Amin - Cheeseman
Catriona Ross - Miss Ruth
Avaa Vanja - Miss Shellabear
Tania Zainal - Munah
Shariffah Mariam Syed Adbullah Al-hadad - Jumilah
Farah Adila Apandi - Jemaah & Ramlah (Besar)
Amelia Abd. Aziz - Jiran
Siti Asmeira Zulaiha Hamsuri - Ramlah (Kecil)
Nurul Elfra Loy Ahmad Sabri - Adibah Amin (Kecil)

Oh ye.  Ni ada lirik  lagu yg aku maksudkan dgn tajuk entry tu. I love it so much.

Nan Setitik Jadikan Laut

Pesan ayahanda pesan keramat
Walau di mana ku akan ingat
Mendapat ilmu adalah rahmat
Akan ku kongsi sesama umat

Nan setitik jadikan laut
Nan sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
Akar di bumi akal ke langit

Akan aku membasah keringat
Memberi petunjuk dan maklumat
Dengan ikhlas memberi khidmat
Mendidik bangsa sepanjang hayat

Nan setitik jadikan laut
Nan sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
Akar di bumi akal ke langit

Lagu : Nik Nizam Jaafar
Lirik : Rosminah Mohd Tahir


                                                        Keluarga Ibu Zain

                                                              the booklet.

                                       Ms. Ruth & Ms. Cut. (Cute) hahahaha ;p


okeh. itu saje.. aku rasa mcm nk gi tgk lagi. lets see when i'm free:)

**all photos are courtesy of mine, Minaq-Jinggo, Budiey n paper clippings.

For more info on Ibu Zain's history n reservations, pls refer below.

Ibu Zain's Official Blog
Istana Budaya

0 comments: