Pages

Sunday, November 04, 2012

Telemovie: Akhirnya Kisah Perempuan (RTM2)

"Akhirnya Kisah Perempuan - berjuang demi maruah, hak dan kasih sayang"

Telemovie Sempena MAAL HIJRAH 2012

Penerbit/ Pengarah: FAHMI SARINDI

Penulis Skrip: SITI JASMINA IBRAHIM

SIARAN: 15/11/2012 (KHAMIS), 10 Malam, TV2

PELAKON : DIRA ABU ZAHAR (Maisarah), ZILA BAKARIN (Lina), KHATIJAH TAN (June), CORINNE ADRIENNE (Christina), ROZIE RASHID (Mona), TANIA ZAINAL (Julia), IKA FARHANA (Elina), RUBY OOI (Ajun) & MOHAMAD IZZAM SYAFIQ (Kamil)


Sebuah sekuel dari telemovie PEREMPUAN yang telah memenangi SKRIP TV TERBAIK
dan DRAMA TV TERBAIK di ANUGERAH SERI ANGKASA 2010. Kali ini kisah PEREMPUAN
muncul semula setelah 12 tahun perjalanan hidup watak-watak utama PEREMPUAN iaitu
MAISARAH, LINA, JUNE, MONA dan CHRISTINA di mana dahulunya mereka mempunyai
perkaitan kisah hidup dalam dan luar sedar mereka. Akhirnya Kisah PEREMPUAN akan
memfokuskan proses hijrah watak-watak ini dalam kehidupan mereka kini.



Kali ini muncul dua generasi baharu iaitu ELINA (16 tahun) iaitu anak kandung Maisarah
yang masih dia tidak temui selepas bayinya dahulu dijual oleh “bapa ayam” yang telah
melacurkan dirinya dahulu. Hakikatnya Elina adalah anak angkat Christina.

Seorang lagi watak baharu iaitu KAMIL (16 tahun) iaitu cucu kepada June yang tidak pernah
dia temuinya semenjak dibuang oleh anaknya sendiri iaitu JULIA ketika dia berada di dalam
tahanan pusat pemulihan. Julia berasa malu lantaran mempunyai ibu seperti June yang
merupakan bekas penagih dadah. Julia kini telah menjadi janda kaya setelah ditinggal suami
kayanya. Walau hidup mewah, namun hatinya tidak pernah aman. Julia lebih rela bermati-
matian memburu bekas suaminya atas dasar kasih dan sayang sedang hakikat anaknya
sendiri – Kamil terabai sehingga menjadi nakal, degil dan liar.


Maisarah, June dan Lina tinggal serumah di sebuah flat murah di tengah Ibukota Kuala
Lumpur. Maisarah bekerja sebagai sukarelawan di YAYASAN CHOW KIT – sebuah badan
bantu diri yang memberi perlindungan dan penjagaan harian untuk anak-anak gelandangan
Chow Kit yang mempunyai ibubapa tersasar laluan hidup (pekerja seks atau penagih dadah).


Khatijah Tan sebagai June

June pula berniaga buah-buahan dan minuman ringan dengan “warong tolaknya” di sekitar
Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib.

Zila Bakarin sebagai Lina

Lina iaitu kawan brutal Maisarah dan June semasa di pusat pemulihan dahulu, kini kerap
bertukar kerja. Walau luaran nampak tidak banyak hijrah diri berbanding dahulu, namun
hatinya kini lebih kuat, lebih baik. Lina protective terhadap Maisarah dan June atau terhadap
sesiapa sahaja terutama golongan wanita dan kanak-kanak Chow Kit yang cuba dianiaya
manusia lain.

Rozie Rashid sebagai Mona

Mona masih mencuba untuk mengubah diri menjadi seorang ibu yang lebih baik buat
Maisarah namun naluri nakal dalam dirinya mengatasi segala. Mona kini semakin liar akibat
ketagihan judi hingga kerap memeras wang gaji Maisarah.

Christina yang sudah memeluk Islam dahulunya kini telah memegang jawatan sebagai Ketua
Editor majalah PEREMPUAN. Namun selepas kematian suami iaitu USTAZ ALIF yang telah
membawanya ke jalan Islam, iman Christina diuji. Christina membesarkan Elina sendirian
dalam kesibukan tugas harian yang semakin berat dan mencabar hingga menyebabkan Elina
memprotes diri termasuk identiti dirinya sendiri. Elina berkawan dengan remaja perempuan
yang terpesong jatidiri – pengkid.




Pecahan kecil kisah-kisah PEREMPUAN ini bertemu di sekitaran hidup Maisarah dan June
di tengah-tengah kesibukan Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib memperlihatkan putihnya
secalit dosa lama manusia-manusia di situ. Hakikatnya hanya mereka sahaja yang berhijrah.



Nantikan tayangan Akhirnya Kisah Perempuan di TV2 pada Maal Hijrah ini.


5 comments:

Unknown said...

http://www.rtm.gov.my/myklik/index.php?option=com_content&view=article&id=425:akhirnya-kisah-perempuan&catid=14:telemovie

Unknown said...

klik link di atas untuk tontonan penuh :-)

n@d!r@h said...

salam, nk tanye kalau awak ade link cerita gol gincu the series season 1? utk sume episod? plsssss? teringin sangat tgk! season 2 ade kat youtube tp season 1 takde! :(

Unknown said...

Cik tak boleh buka pun

Unknown said...

knpa x bole