Yang sebenarnya, aku sudah pun mengarang review untuk filem ini seusai menonton untuk kali kedua ketika Malam Gala sebulan yg lepas namun sehingga sekarang masih belum sempat untuk di 'publish'. Mungkin juga aku mahu menunggu sehingga tarikh tayangan sebenar dan melihat feedback dari para penonton yang lain. Namun masih belum di 'publish' lagi walau sudah empat kali ku tonton kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja dan event yang berkaitan dengan ofis. Ok itu cerita lain.
Malam Gala Kami Histeria
Cik Lang bersama Fazbulous Warriors nya :)
#FazbulousT boleh didapati di butik kepunyaan Fazura,
Ya, pertama ketika menonton pada Malam Apresiasi Filem di UiTM Shah Alam pada 12 Disember tahun lalu, yang kedua adalah ketika Malam Gala pada 15 Januari yg lepas, ketiga pula merupakan Special Screening yang diadakan oleh pihak produksi bersama peminat-peminat bertuah termasuklah aku yang sangat bertuah terpilih di antara 30 org Fazbulous Warriors pada malam Rabu 5 Feb sehari sebelum tarikh sebenar Kami Histeria dimulakan tayangan perdanya untuk satu Malaysia. Dan yang ke empat pula ketika menonton bersama rakan-rakan Fazbulous ku yg tetiba sahaja terserempak di KLCC di mana aku telah terkantoi mahu menerjah @missfazura yang dikatakan membuat terjahan lawatan wayang bersama 2 orang pelakon Kami Histeria di TGV KLCC itu. U terjah peminat, I terjah U balik. How sweet. Heheheh.
Mari masuk ke bab utama. Review.
Ok. Ehem. Kalau ada sedikit bias, abaikan ye. Jujur lah maksudnya itu.
Sebut tentang jujur, jujur ku katakan ketika mendapat tahu @missfazura kesayangan ku (dah mula dah bias dia) terlibat di dalam filem Kami Histeria ini, aku menyangkakan yg beliau akan membawa watak salah seorang gadis yang tersampuk histeria. Hehe, maaf. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali, malah aku sangat teruja. Yelah, jadi langsuir yg cun melecun tu. Siapa yg taknak tengok kan. Bukan manusia je, hantu raya pun confirm nak ngorat punya. Ok lagi sekali bias, tapi memang betul apa? Korang teruja tengok filem ni sebab Cik Lang kan, kan?
Sebelum aku review, meh aku cerita serba sedikit perjalanan kisah yang terjadi dalam band Histeria ni. Sikit ke? Banyak kot.. Haha.
Bacalah..
Aku tertarik melihatkan prolog yang dimulakan dengan kisah pekerja kedai mamak yang menghuni di satu apartment dihantui dengan bunyi-bunyian menyeramkan. Suara siapakah ittew? Paling menarik di sini ialah cara editor motion graphic designer (terbaiklah John Hafiz! Okay, sedikit salah faham kat sini. Semalam bermesej dengan John Hafiz, editor KH yg hebat di Instagram dan beliau memberitahu ini adalah kerja motion graphic designer. Yup, memang hasil yang terbaik! ) menyusun wording alih bahasa yang membuatkan aku tertanya beliau menggunakan effect apa ye? Nak jugak la buat mcm tu. (Ala2 seperti ternampak kawan kau post satu gambar yg cool di Instagram lalu gigih menanyakan apps apa yang beliau gunakan. Lol!) Ending prolog ditamatkan dengan wajah Sathia menjerit ketakutan bagai ternampak sesuatu yg mengerikan sangat menerujakan aku untuk tahu apa yang dia nampak sebenarnya?
Selepas itu disambung permulaan intro 'credit montage' yang sangat catchy dengan lagu latar belakang yang rancak berirama rock & roll di mana tajuknya juga "Hidup Mati Rock & Roll" berserta editing graphic dan typography yg cool. Seriously, John motion graphic designer, u guna software n effect apa ek? Hahahaha.
Intro montage yang rancak habis (masa ni kaki aku tak stop menghentak sebab lagu dia best sgt - sori la kalau org sebelah aku rimas sebab bergegar2, Lol) dan dimulakan dengan babak kumpulan Histeria yang berpindah masuk ke apartment baru, eh salah. Laila kata Flat. Okay. So diorang pindah masuk ke flat baru yang tak la baru sangat dan mula berkenalan dengan seorang mamat cute yg bernama Pit yang happen to be their neighbour yang si Airin rasa terpikat pada pandangan pertama. Eceh. Kemain si Airin ni ye. Baik sangat la budak Pit ni sampai diorang buli-tapi-Pit-rela tolong kemaskan dan cuci satu rumah yang ditinggalkan begitu saja oleh pekerja mamak sebelum tu.
Setelah seminggu diorang mendiami rumah tu, masih tiada apa yang pelik berlaku. So one night, they decided to start jamming. Namun, sebelum bermula, mereka terdengar satu bunyi mengilai yg menyeramkan. Tapi diorang saja buat-buat tak dengar sebab malas nak melayan benda-benda gitu. Anggap tak berlaku je lah. So diorang pun teruskan jamming untuk rekod lagu baru. Esoknya ketika Jojo nak upload video diorang ke Youtube, dia terdengar suara mengilai yg dah dirakam bersama dgn lagu baru diorang tu. Erkk, suara siapakah ittew? Mereka mula cuak dan Laila teringat kata-kata Pit ketika dia turun membeli breakfast pada pagi itu yang menurutnya itu adalah suara Langsuir yang dah jadi kebiasaan pada penduduk di sekitar flat tersebut. Airin dan Jojo teragak-agak nak meng-upload namun ditegah Bad. (kat sini dah nampak point utama keseluruhan cerita, di mana kalau Bad tak degil mcm ni, tak jadi lah cerita ni dan tak wujud lah Cik Lang kesayanganku itu. Sob sob. Maka, bravo Bad! Haha) Laila pun menurutkan kata Bad dan menyuruh Jojo meneruskan upload walaupun mereka berasa sangsi dan seram.
Tak disangka-sangka, lagu yg diberi nama "Muzik" yang dicipta oleh si Peanut yang pendiam itu meletop-letop macam keropok lekor yang digoreng dalam minyak panas menggelegak. Memang betul #MatiMatiMestiLetop lah. Sedangkan lagu kedua "Pujaan Hati" milik si Bad yeng keras hati direkod mereka tanpa "perisa tambahan" kurang mendapat sambutan sedangkan lagu tu lagi sedap. Aku pun berpendapat yang sama. Lagu ni sangat menonjolkan vokal Laila. Rupanya ramuan istimewa bunyi-bunyian tu yang membuatkan lagu tu meletop. Bad memberi cadangan supaya memasukkan ramuan istimewa tu ke dalam setiap lagu diorang. Tp geng yang lain tak berapa bersetuju sebab.. Ye la gila ke apa? Kau nak masukkan suara langsuir dalam lagu. Femes la langsuir tu nanti. Kesian budak-budak Histeria ni takleh cari makan especially vokalis diorang si Laila. Ada gak yang kena tendang dari group plak karang pastu si Langsuir plak sign kontrak amik alih jadi vokalis baru. Eh ni dah lain ni. Hehehe. Salah, salah.. Takde dalam tu pun. Saje menambah-nambah :P Anyway diorang tak setuju cadangan gila tu namun setelah disogok dengan kata-kata manis si Bad yang menurut dia ini je lah jalan singkat untuk diorang famous n berjaya. Ingat senang ke indie band nak famous? Susah wey. Bad nampak semacam tamak di situ tapi bila fikir logik, betul jugak cakap dia. Dan separa logik bila masuk bab nak memasukkan suara langsuir tu. Setelah puas menunggu ketibaan suara magis nyanyian langsuir yang tak kunjung bersiaran, they decided to see the banshee and ask by themselves. Angkara si Bad la jugak ni, kalau ikutkan 4 yang lain jadi kepala, memang haram sampai mampus pun takkan pergi. Diorang semua penakut nak-nak si Jojo. Nampak je kental & macho tapi.. Tikus pun geli! Acaner tu bro? Hehe. Tapi main game tembak hantu berani pulak kau kan. Tau la tu game je. Kui kui kui!
Sesampainya diorang di hutan belakang flat tu, Bad menggunakan jampi serapahnya dengan harapan Cik Lang keluar menunjukkan diri. Sekali tak datang-datang. Rupanya si Bad guna jampi serapah yang dia jumpa dalam internet. Hek eleh.. Ye ye je kau Bad. Ntah apa je yang kau baca, suka suki kau je. Patut la tak keluar Cik Lang kesayangan aku tu. Tak pasal-pasal terjadinya pergaduhan mulut secara minimal antara si Bad dan Laila kat situ dan tetiba ada benda jatuh lalu berterabur dan lintang pukang la diorang cabut lari. Lari punya lari entah macam mana diorang terjatuh dari bukit yang menyebabkan si Airin terseliuh kaki. Dalam masa yang sama, Bad ternampak sebuah rumah usang di mana itu lah rupanya kediaman Cik Lang yang mereka cari-cari selama ini. So kiranya jampi serapah Bad menjadi jugak la kan walau pun tak muncul tang tu jugak.
Ternganga nampak Cik Lang yang gorgeous!
Uiiiihh, bila berjumpa depan-depan, lawa bebeno la Cik Lang yang sorang ni. Gedik-tapi-hawt pulak tu. Asal dari utagha rupanya, camana la hangpa boleh tersesat kat Sri Gombak naa? Bad memberanikan diri memberitahu tujuan asal mereka ke situ. Cik Lang berasa sungguh teruja kerana tak sangka budak-budak perempuan indie band ni berhajat nak memasukkan suaranya ke dalam lagu diorang. Mesti la seghonokk, jadi retis la dia lepaih ni. Mana pernah Langsuir jadi retis kan? Kalau kat oversea, dari filem dracula dan pontianak je yang glamer. Kesian Cik Lang. Kat Malaysia ni dia la langsuir cantik pertama yang berhajat nak jadi penyanyi. Boleh masuk Malaysian Book of Records nih.
Tapiiiii, bukan semudah itu ye wahai budak-budak Histeria. Hangpa ingat senang-senang ja hangpa nak dapat fame (bukan frame ye, jangan salah baca hahaha) dengan percuma? Ye laa, kat dunia ni mana ada benda percuma, masuk toilet pun kena bayaq tau. *hint hint*
Dah janji, kena la bayaq naa..
Haaa. Sebut pasal bayaq, apa kata korang pi sambung tengok kat wayang cerita ni. Apa yg jadi kat budak-budak Histeria ni? Berjaya ke jadi famous? Apa kaitan Afdlin Shauki dengan KitKat? Haaa.. Yg hat tu la hangpa kena pi terjah wayang. Cheq jamin, duit tiket yang hangpa bayaq sangat berbaloi dengan filem yang hangpa bakal tengok ni. Choiii! Mesti korang frust, dah sedap2 baca tapi cerita tak habis kan? Bukan taknak habiskan, kalau cerita detail sangat kang semua taknak tengok kat wayang sebab dah tahu cerita. Kang aku kena marah dengan tuan pengarah Shamyl Othman sebab cerita detail sampai habis. Naik histeria dia kang terus bertukar jadi Cik Lang versi jantan. Hiks. Serius korang kena tengok, baca je tak best. Kena ada audio visual, baru best.
Ok dah sampai bab review. Actually tak banyak yang aku dapat cakap sebab sama je seperti org lain yang dah tonton, di mana rata-rata semua bagi feedback kata cerita ni best giler. Memang betul pun! Aku setuju lima ratus peratus sampai seribu peratus. Overnya. Hahaha. Dah memang best, nak buat mcm mana? Kalau ada yang kata tak best, sila tinggalkan komen kat sini. Sila bagi reason yang valid. Nanti aku cuba forward kat production. Tapi make sure la kritikan membina. Kalau setakat komen sebelum tengok, baik tak payah. Ibarat orang tak kenal kau tapi tuduh kau macam-macam as if dia tinggal dengan kau seumur hidup. Mesti sakit hati kan. Gitew la ibaratnya mengutuk filem yang kau belum tonton. Sejujurnya bila dah tonton banyak kali ni, aku cuba la juga nak cari flaw, tapi tak jumpa. Mana kau menyorok hah?? Sakit hati betul tak jumpa. Hahaha..
Filem ni pada pandangan aku banyak menyentuh tentang friendship. Banyak isu yg realistik as loyalty, bermuka-muka/talam (maybe this part was portrayed as a symbolic - yg dah tengok maybe akan faham - part Pit bersemuka dengan Laila & Badariah dalam waktu yang sama, walaupun part tu... takleh kasi spoiler kat sini, korang kena fikir sendiri, heheheh..), backstabbing, some points yang sentiasa play big part in a friendship. Tak kira lah kawan berdua ke, bertiga ke, beramai ke.
Anyway, seperti yang korang tahu, filem ni adalah dari hasil produksi Red Films (a sub-company for filmmaking under RedCommunications, di mana lakonlayar/cerita asal dan skrip ditulis oleh Rafidah Aziz (eh bukan, tu mantan menteri MITI daa) Cik Rafidah Abdullah yang semakin cun sekarang yang lebih dikenali melalui rancangan 3R, dan hasil kerja beliau di temui dalam filem dan drama siri Gol & Gincu (Oh My Gucci! Terbayang muka gedik @missfazura kesayangan. Ok bias lagi, hihi), filem Istanbul Aku Datang, Pisau Cukur dan lain-lain. Laaaa no wonder la best giler. Kan aku dah kata best, taknak caya. Hahaha. Dari segi actingwise, tak payah cakaplah sebab Shamyl yang merupakan anak kepada pengarah Othman Hafsham ni sendiri melatih hampir kesemua pelakon selama sebulan. Serius, kalau korang tengok, setiap lakonan diorang tak nampak kaku langsung pun. Setiap watak diberi perangai dan kebolehan masing-masing. Laila dengan perangai mengalah dia tapi boleh menyanyi, Bad dengan perangai keras hati-degil nak mati-tapi ada rasa sense of responsibility terhadap kawan-kawan, Peanut pendiam tapi kreatif, hampir kesemua lagu dia yang tulis. Si Airin dengan perangai gedik-mengada-tapi tak annoying malah menyerikan kumpulan dan si Jojo drummer kental yg penakut. Cik Lang gedik tapi kelakar seram tapi tetap cun dan hawt. Yang paling menonjol dalam ni aku rasa si Nad Zainal sebab dengan mimik muka dia je dah cukup difahami walaupun tak bersuara langsung, dan si Mila sangat improve lakonan dia dari filem yang dulu tu. But actingwise yang nak kaitkan dengan plot, Bad paling win la. Watak dia la punca segala-galanya. Kedegilan, kekerasan hati, kekasaran dia sangat memainkan peranan untuk filem ni. Senang cerita dia lah sorang Bad Ass! Haha. Dari segi pengucapan dialog lagi la champion realistik dia. Takde la baku dan kaku sangat sebab korang akan rasa macam diorang ni semua ada depan mata. Scene Laila & Bad bergaduh dalam van tu part yang aku paling suka. WIN! Kat sini aku sangat puji kerja editor (Yes, baru betul John Hafiz, haha) yang dimly-slowly muted the voices of Laila & Bad as background and concentrated on Airin & Jojo's scene at the front. Terasa macam kau adalah salah seorang yang berada di situ sebagai pemerhati. Pastu diorang main muzik pun dah macam band real. Sampai aku rasa nak diorang betul-betul wujudkan band Histeria nih la. Kalau jadi kan best. Ala-ala spin off gitew. Adakah akan dijadikan drama bersiri selepas ni? Macam gol & gincu? Best jugak kalau ada kan.
So, jangan lupa tonton (cliche sgt ayat ni kan) Kami Histeria yang sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam satu Malaysia. Sebanyak 72 pawagam menayangkan filem ni. Kalau tak jumpa kat satu pawagam tu, cari la pawagam lain yang berdekatan, confirm ada. Kalau takde, maknanya korang tengah duduk kat kutub utara or tersadai kat padang pasir. Hahahahaha. Ye la siapa suruh korang gi oversea. Tunggu je lah produksi keluarkan dvd nanti ek. (Aku sendiri pun tak tahu ada ke tak, tungguuuu. Tapi kalau ada aku pasti akan beli yeahuuuuuuu!) Dan jauh di sudut hati aku berharap produksi memanjangkan hari tayangan dengan lebih lama supaya lagi ramai orang dapat tonton filem yang menghiburkan ni. Bukan apa, korang jugak yang bising dengan industri filem yang entah apa-apa sekarang ni kan? Masa ni la nak buktikan yang korang sokong industri filem Malaysia dengan produk best yang tak cliche ni. Bosan kan dengan filem cliche je? Korang tak bengang ke tengok filem-filem merapu lagi banyak dapat sambutan kat luar sana tu? (Haaa keluar dah dialog ala Badariah.. Hehehe.. No pun intended!)
Jom layan video klip lagu-lagu best dari band Histeria ni. Nyanyian asal dari Diana Danielle, Mila dan Sara Ali (perghh Sara nyanyi siot) dimana kesemuanya dicipta oleh Monoloque. Perghh, skor muzik sangat terbaik especially muzik gamelan babak Cik Lang. I'm lovin it. Harap-harap dapat menang Skor Muzik terbaik utk FFM akan datang. Eh, korang boleh download (dengar/beli) soundtrack Kami Histeria ni kat Spotify & iTunes tau. Dan Deezer juga.
Kami Histeria (Original Soundtrack)
Muzik (Original Soundtrack)
Pujaan Hati (Original Soundtrack)
"Afdlin Shauki" (Original Soundtrack)
Dari segi sinematografi dan camera view pun sangat bagus. Editing dan efek khas yang hebat tu takyah cakap la, John Hafiz kan. (Betul kan? Salah. Ni kerja motion graphic designer jugak. LOL. Anyway, tetap kredit banyak ke arah John juga. Haha.) Eh, siapa buat props? Aku tergelak setiap kali nampak troli supermarket kat rumah diorang tu. Lawak gila especially part Badariah duduk dalam tu. Even masa scene crucial time Peanut di dudukkan dalam tu selepas tragedi lemas tu pun aku dok terkekeh-kekeh gak. Memang win lah propsmaster korang. Kelakar wey..
Eh, tadi aku cakap aku bias kan?
Bias sangat ke? Takde kan..
Hahahahahahahaha...
Bias sangat ke? Takde kan..
Hahahahahahahaha...
0 comments:
Post a Comment