Pages

Saturday, January 16, 2010

habis manis sepah dibuang

1. dibuang setelah tidak dipakai lagi.
2. sesuatu disimpan pada saat diperlukan saja, dan dibuang jika tidak diperlukan lagi.
3. selagi masih digunakan dirawat dengan baik, tetapi bila tidak dipergunakan lagi dicampakkan begitu saja.


dalam situasi aku, tidak kira apa maksud yang digunakan pun, maknanya masih sama. ungkapan atau pernyataannya saja yg lain-lain.

aku sendiri malas mahu fikir hal ini, tp bila kekadang teringat dan ternampak muka org yang telah 'membuang' aku, agak 'emo' la juga. (lihat, aku bukan emo tak bertempat, bukan macam dia, tanpa mengetahui cerita yg sebenar, terus menerus emo dan judgemental terhadap aku. kejam bukan?)

aku rasa, sesiapa yang tahu kisah aku ini, mungkin dengan sekilas baca sudah dapat mengagak. tak apa, biarlah. ini masa dia, waktu puncaknya tengah bahagia. tak kira lah apa versi cerita tentang dia, aku hanya tersenyum sahaja. tidak mahu mengiya atau menidakkan. kata dia kononnya, biarlah masa yang tentukan kebenaran. iya lah, betul lah tu. tunggu saja lah masa kau nanti. dan yang paling penting, saat kau ada masalah atau kesulitan seperti yang kau selalu mencari aku di waktu-waktu genting, sekarang tidak lagi. kau yang membuang, jangan pulak terhegeh mahu menjilat semula. jijik. ya, aku jijik melihat manusia seperti kau yang sungguh ketara bertopengkan kesempurnaan. setelah mendapat tahu apakah di sebalik kesempurnaan yang kau pamir kan. manusia memang tidak sempurna. tidak perlu pun. tapi masih ada yang mahu mengejar kesempurnaan disebalik kepalsuan. namun di sebalik kesempurnaan yang ditampilkan itu lah yang bakal menyesatkan mereka-mereka yang terlalu mengagungkan 'topeng' yang sempurna itu.

'entry' kali ini memang lahir atas luahan perasaan aku sendiri. tidak dipengaruhi oleh desakan atau pengaruh sesiapa pun. itu antara dia dan aku. bukan kau, mereka atau orang lain.

kepada engkau, jaga-jagalah tingkah laku mu. ramai yang memerhati. jangan ingat kau selalu di atas, dan sentiasa terselamat. tuhan itu maha adil.


jangan sesekali bertanya tentang ini lagi. sudah cukup. noktah.

2 comments:

ummiiqbal said...

babe, abaikan manusia tak kenang budi itu.
kamu dah 'dibuang' oleh dia, maknanye, kamu dah 'terselamat' dari 'ikatan' dia. juz stict wif org yg hargai kamu, org yg sentiasa anggap kamu sbg kawan dan org yg tak penah lupa dgn kamu bila dia berada di atas.
just ignore da negative person.

ummiiqbal said...

typing error:
*stick